Tuesday, March 29, 2011

Kalau Tak Kahwin, Tak Bahagia Kah?

Assalammualaikum dan haiii :D Rilla baru balik dari training, maaf lama tak update.


Source
Gambar hiasan


Wah, tajuk kontroversi. Jangan bimbang, Rilla ngan Kanda tak ada apa-apa masalah pun. Cuma sekadar nak berkongsi pendapat. Rilla tak tahulah kenapa, tetapi budaya masyarakat kita ni suka benar bertanya. Bertanya bukan niat mengambil berat, tapi bertanya sebab tak tahu nak cakap apa, untuk nampak ramah dan sebagainya. Tak kisahlah kita kat fasa hidup yang mana, mesti ada soalan-soalan seperti:

Kalau umur dah lebih 25: Bila nak kahwin?

Dua minggu lepas kahwin: Bila nak ada baby?

Setahun lepas dapat baby: Bila nak tambah lagi?

Bila anak dah besar: Bila nak terima menantu?

Bila anak dah kawin: Bila nak timang cucu?

See? Rilla rasa orang tanya soalan ni pun bukannya nak tahu sangat pun. It never stops. Belum kawin pun orang tanya, dah kawin pun tanya, dah beranak pun tanya..it's endless, and it's very tiring. Macam Rilla, I'm safe for now sebab dah ada perancangan nak kahwen. Tapi before this meamng semput jugak nak mejawap soalan no. 1 tu.

Benda-benda ni macam satu kemestian dan kewajiban bagi masyarakat kita. Contoh, umo lebih 25 [main petik je 25 ni], mesti kahwin, kalau tak hidup macam tak lengkap dan tak mungkin kau akan bahagia. I mean, come on. Kalau ko tahu orang tu umur dah lebih 25, belum ada jodoh, belum ada calon pun, jangan lah gatal nak tanya 'Bila nak kahwin?'. Macam tu jugak soalan no 2, jangan tanya 'Bila nak dapat baby?'. Mana tahu couple tu has been trying very hard to conceive, cuma belum berjaya, your're just going to rub salt on their wound. It's mean. Plus buat tambah stress diorang je.

Terasa nak buat entri ni sebab tengok salah seorang kawan Rilla. Perempuan. Umur nearing 28. Still single. Tapi macam tak puas hati dengan pressure yang masyarakat letak kat dia. Dia single, tak semestinya dia tak happy. Ada ke peraturan yang cakap kalau rasa kesunyian, memang jangan haraplah rasa bahagia tu nak datang. Ntah-ntah dia happy je sebab bebas dan dapat berdikari. Lepas tengok rakan pejabat dia ambil kesempatan sebab dia single. 'Ko lah buat kerja extra ni, ko single, belum kahwin, banyak masa', 'Ko tak payah cuti lah, ko tak ada anak'. Mahu saja saya lempang orang yang cakap macam tu. Ya saya faham, yang sudah berkeluarga memang mempunyai tanggung jawab yang lebih berat, tapi tak semestinya yang single tak boleh buat apa yang dia nak hanya kerana dia masih single.

Mungkin la generasi yang dah jadi makcik-makcik sekarang ni susah nak tukar habit ni. Tak apa, saya faham, old habits die hard. Oleh itu, saya menyeru kepada generasi saya [ayat macam politician pulak], marilah kita berhenti bertanya soalan-soalan ini. [Unless kalau memang dah tau orang tu memang dah nak kawen or memang tengah pregnant]. Jodoh dan rezeki di tangan Allah. Apa yang Allah dah aturkan tu adalah yang terbaik. So, let's just let it flow. Kita tak payah nak menyibuk ok?

Friday, March 25, 2011

Hari Jumaat Yang Ntahpape

Assalammualaikum dan hello y'all

Entri ini adalah untuk menceritakan apekah yang terjadi pada saya hari ini. Pada sebelah pagi, hari saya seperti biasa sahaja. Kemudian, memandangkan hari ini hari gaji, maka saya dan rakan pejabat telah memutuskan untuk makan pizza. Usai bersantap, kami pun balik [kami lunch di Subang Parade sebab memang office sebelah Subang Parade pun]. Tengah dok berjalan tu, tetiba Rilla rasa langkah kaki kiri sepeti terbatas. Rupa-rupanya kasut Rilla rosak. Tapak tercabut, sole pun tercabut. Korang bayangkan tengah-tengah shopping mall tu.


Kasut yang tak dapat diselamatkan lagi. 'Maka tamatlah riwayat hidup saya sebagai wedges kaki kiri'.


Pandai pulak kasut tu rosak depan kedai kasut. Terus la masuk kedai kasut. Mungkin rezeki saya dapat kasut baru. Yay untuk kasut RM37.00. Beli kat VOIR, ada 50% off.


Kasut baru saya. Lihat arch saya, tinggi kan? Susah nak cari kasut. Kasut yang baru ni pun tak support. Tapi dah terdesak kan?


Sempat juga saya beli benda kat bawah ni. Ni semua BBF punya pasal la. Nanti dah pakai for a week or two, Rilla review ya.


Hado Labo Arbutin Whitening Lotion



Sapa pergi BN Youth Job Fair 2011 esok, say hi to me at booth C13 ya.

Monday, March 21, 2011

Veil Gaya Baru - Ala Selubung

Assalammualaiikum dan salam sejahtera (wah! skema)

Kali ni Rilla sangat excited nak share veil gaya baru, ala-ala gadis melayu zaman dulu-dulu berselubung guna kain batik. Mula-mula sekali jumpa style macam ni kat blog Rizalman:




Lepas tu jumpa gambar Irma Hasmie pakai gaya yang lebih kurang sama. Cuma Irma punya style dia tuck-in veil dia kat sash belt:


Cantik tak? Cantik kan? Kan? Kan? Rilla suka gaya-gaya segar dan mempunyai kelainan macam ni.

Friday, March 18, 2011

Lollipops Doorgift

Assalammualaikum dan salam sayang *cewah*

Hari tu Mak Rilla ada mention pasal doorgift. Mungkin untuk kanak-kanak, nak bagi gula-gula. Terus menyala mentol kat atas kepala Rilla. Instead of bagi gula-gula pelbagai jenis dan isi dalam kotak/uncang dan sebagainya, Rilla ingat nak bagi lollipop seorang seketul. BTW, doorgift Rilla sebiji-sebiji je, maksudnya Rilla tak ada sediakan papaerbag dan isi pelbagai barang dalam paper bag tu. Rilla lebih suka tetamu bawa pulang doorgift yang comel-comel. Lepas tu lagi best kalau lollipop tu jenis yang clear dan ikut warna tema Rilla, comel kan?


Source
Lollipop yang clear macam ni yang Rilla suka. Comellah, bentuk butang.


Dah ada lollipop, kena la decorate sikit kan?


Source
Simple, mudah dan murah



Source: Pink Frosting
Macam ni pun menarik



Source
Yang ni Rilla amat suka. Tapi macam leceh pulak nak buat satu-satu.



Source
Cuteness alert!!!


Suka yang second last, tapi rasa macam tak cukup masa nak buat.

Thursday, March 17, 2011

Love Note #1




Yes, I'm a freak,
But thanks for loving me,
You're doing it perfectly

-What Do you Want From Me, Adam Lambert







Majlis Pertunangan: Kemajuan Setakat Ini

Assalammualaikum. Good morning starshine, the earth says hello! [Johnny Depp in Charlie and The Chocolate Factory refers].

Baru perasan widget Followers terhilang sekejap, dia berjalan pergi mana ntah. Patut la tengok blog macam kosong je. Tak apa, no worries, Rilla dah panggil widget tu balik dan duduk diam-diam kat atas tu.

Tengok ticker, lagi 1 bulan 2 minggu sahaja. Nikah pulak dah tak ada angka 3 kat depan, tinggal 200++ hari. Oh, masa berterbangan. Nak bertunang tak lama lagi, cuak ok. Masa untuk review E-day checklist.

Outfit
Dalam entri ini, Rilla dah cerita kan yang outfit dah siap? Well, I decided to change the tudung. Sebelum ni dah buat tudung guna warna dan material yang lain. Bila cuba pakai, kulit Rilla nampak kusam. Kulit Rilla tak putih, jadi kena hati-hati dengan pemilihan warna. Sudahnya, Rilla buat tudung baru sahaja, warna dan material yang lain. Masih perlu jahit tepi. Veil pun ada sedikit alteration kena buat pada detailings. Tapi sudah dry-clean. Hantar kat dobi biasa sahaja dalam Jusco AU2 tu. Masa ambil, semua orang dok pandang baju Rilla, wuu malu *>.<* Jalan laju-laju pergi parking. But please don't expect too much. Baju Rilla biasa-biasa sahaja, tak meletup pun. [Tapi Rilla rasa sweet, hahah] Nanti taruk teaser, mahu?

Make-up
Emak tersayang sudah tolong memilih opsyen yang sesuai. Senang hati, tak perlu kusut-kusut lagi dan ikut sahaja cakap Mak. Harap-harap I nampak cantik nanti, LOL.

HDC
Nak makeup macam ni.


Guestlist
Already invited two BFFs, they are my ultimate BFFs. Untuk friends, Rilla panggil diorang berdua sahaja. Rilla ramai kenalan, tapi tak ramai kawan >.< [unnecessary and awkward info-sharing there]. Selebihnya adalah saudara-mara terdekat dan rombongan lelaki. Gueslist juga sudah mengembang dengan sihatnya. Racangan asal pada tahun lepas, mahu panggil ibu dan bapa saudara sahaja. But parents decided to invites my cousins too. Rombongan lelaki juga lebih ramai dari yang dirancang - turns out Kanda is a favourite amongst his extended family and family''s friend :D Jadi, ramai yang nak ikut. Rilla tak kisah, ikut sahaja cakap ibu bapa. Kami sedia menerima Rombongan Mak Piah ke Keramat [ni tajuk trip yang Kanda letak].

Foods and Beverages
Caterer sudah ditempah. Menu makan petang sebab majlis lepas Asar. Rilla tak tahu kenapa, tapi Rilla suka majlis petang atau pun malam. My little sister akan buat bread puddings. Sila minta adik anda belajar culinary arts, supaya dia boleh buat bread puddings untuk e-day anda, macam saya, hahah.


Source
Bread Pudding


Doorgift
DIY chocolate chip cookies as per mom's request. Akan bermula pada April. Yang bagusnya resepi Rilla ni, dohnya boleh disimpan dalam peti sejuk sebelum dibakar. Jadi, boleh buat adunan banyak-banyak dulu. Packaging, mungkin guna balang tetapi belum contact supplier. Packaging decoration mahu buat yang ringkas sahaja, tetapi belum diputuskan.


Source
Lebih kurang macam ni


Hantaran
DIY juga. Hari Isnin lepas, ambil cuti dan pergi Nilai 3 dengan Kanda. Barang-barang untuk deco sudah beli. Tapi ada yang tak cukup dan kena beli lagi. Trial pun dah buat dan dah finalised. Cuma dulang sahaja belum confirm.


Antara barang yang dibeli kat Nilai 3 Isnin lepas


Hantaran Item
Cuma tinggal kasut Rilla sahaja. Tapi susah lah nak cari. Kaki Rilla ada arch yang tinggi, jadi memang susah nak cari kasut yang selesa. Kasut ni akan digunakan untuk bersanding dan bertandang. Kalau tak jumpa juga, akan tukar kepada sunglasses - yang Rilla memang sangat perlukan untuk driving. Sunglasses lama dah patah. Hataran kami banyak barang sebenarnya, tetapi semuanya barang yang akan digunakan semasa nikah, jadi jimat di situ. Oh, kek juga belum ditempah.

Ada ape-ape yang Rilla tertinggal tak?

Wednesday, March 16, 2011

{DIY} Raibow Pudding

Assalammualaikum dan hai you all *wink*

Ape khabar semua? Sihat? Dah makan? Kali ini Rilla mahu kongsi DIY Raibow Pudding yang Rilla jumpa dengan pembaca semua. Mungkin boleh praktikkan idea ini untuk candy buffet, dessert atau doorgift. Kalau tak mahu warna-warni pun boleh tukar untuk samakan dengan warna tema korang.


Sila klik gambar di atas untuk tutorialnya.

Selamat berDIY.

Sunday, March 13, 2011

Award: Stylish Blogger

Assalammualaikum dan salam sejahtera [skema]



Entri pantas sahaja. Dapat award lagi :D Rilla stylish kah? haks haks. Seperti biasa, bila dapat award, mesti ada syarat kan? Mari mulakan.

::To thank the person whom have awarded this::
Tenkiu Cik Puan Syafa. You're too kind *peluk-peluk*

::To write 7 things aboout me::
Ni yang buntu ni...bukan award lepas pun kena cerita ke?

1. Suka mandi lambat [buruk perangai]
2. Suka mereka-reka merekacipta.
3. Suka membaca
4. Suka berangan
5. Suka milo ais tabur+roti tisu sebagai snek malam
6. Kerja dalam bidang Human Resources sebagai kuli cabuk
7. Cerewet

::To award this to others to keep the cycle going and inform them::
1. Syahira
2. R-YuzSha
3. Amy

Friday, March 11, 2011

{DIY} Hydrangea Pomander Ball

Assalammualaikum dan hola!

Sape suka hydrangea angkat keyboard! Memang bunga favourite Rilla la. Tapi masalahnya bunga ni diva sikit, susah nak jaga dan cepat layu. Tapi Rilla ada jumpa tutorial ni, bunga ni dijamin tak akan layu atau duit anda dikembalikan ;p Sungguh senang, sekayu mana pun tangan korang [kalau korang tangan kayu] Rilla yakin, korang mesti boleh buat punya.


Click the picture for the tutorial.

Selamat berpomander semua :D

p/s: Ya, Rilla tulis ni pukul 6 pagi. Boleh tak semalam tertidur dengan baju kurung sampai pukul 5.45 pagi?

Tuesday, March 8, 2011

E-day Favor: Packaging

Assalammualaikum dan hai cantiks.

Mula-mula sekali Rilla nak mintak maaf sebab tak sempat nak blogwalking dan komen-komen kat blog B2B semua. Kerja sangat hectic, siap stress sampai gastrik. Sudahnya, Jumaat lepas kena MC. Lepas tu kerja bertimbun, semalam pukul 6.30 pagi dah gerak pergi office sebab nak menjawab email-email employees. Ampun ya?

Pada 5 Mac lepas, tamatlah undian untuk E-day favours saya. Dan secara rasminya saya umumkan pemenangnya adalah Choc Chip Cookies!! Encik MonsterCookies kalah dengan majoriti 2 undian.





Dulu pernah verangan nak buat cupcake-in-a-jar. Tapi Rilla takut tak sempat sebab Rilla yang nak bertunang kan? Lainlah kalau buatkan untuk orang lain. Simpan sahaja anganan itu. Tak apa, choc chip cookies pun comel juga. Ini permintaan mak Rilla. Kunun nak bagi tetamu merasa air tangan bakal perantin.

Jadi sekarang dah boleh fikir macam mana nak buat packaging ni. Cookies ini akan jadi satu-satunya favours kerana mak saya akan tapaukan makanan untuk tetamu sekali. Maknanya tak ada paperbag untuk isi banyak-banyak doorgift. Jadi packaging tidak boleh terlalu kecil. Moh survey.


Source
Kalau buat monster cookies, confirm Rilla buat packaging macam ni. Tapi kalau isi biskut kecik pun boleh jugak kan? Rilla suka idea ni sebab economical...dasar cheapskate.



Source
Letak dalam balang pun boleh juga. Beli balang saiz macam botol jem tu. Cuma masalahnya Rilla kesempitan ruang nak simpan balang-balang ni. Tapi comel kan?



Source
Option paling senang. Bungkus je dalam plastik dan ikat dengan reben. Tapi Rilla tak suka, sebab guna plastik kan? Tak biodegradable. Tahukah anda, rakyat Malaysia secara puratanya menghasilkan 0.8Kg sampah SETIAP HARI? Kalau sampah senang reput tak apa. Plastik mengambil masa sehingga 1000 tahun untuk reput.



Source
Calon seterusnya - susu dan biskut. Ok, Rilla tak akan buat yang ni, tapi taruk jugak sebab lapar =.=;;



Source
Taruk dalam kotak yang macam kotak susu? Rilla suka idea ni. Tapi untuk birthday party mungkin, bukan untuk engagement party.



Source
Paperbag pun ok kan? Cuma choc chip cookies ada butter. Jadi akan ada tompok macam tompok minyak bila kena kertas. Tak cantik la pulak.



Source
Alamak, sangat comel! Ini guna kertas keras sikit dari paperbag. Ok kot?



Source
Dalam kotak pun cantik juga kan?


Ok, pening sebab banyak choice. Tulah, siapa suruh rajin sangat Google banyak-banyak?

Sunday, March 6, 2011

300 Hari Lagi

Assalammualaikum dan hello

Terperasan ticker hari ni:



300 hari lagi???? Serius? Mana pergi lagi 65 hari tu? Rasa macam banyak benda nak kena settle. 65 hari yang dah berlalu tu rasa macam berlalu macam tu je. Tak banyak progress pun. Lepas ni tak boleh tangguh-tangguh dah. Masa untuk membuat checklist... Esoklah. Eh? Tadi cakap tak nak tangguh-tangguh? Hahahah

Saturday, March 5, 2011

Undian: Eday Favours - Choc Chip Cookies vs Monster Cookies

*sticky mode entri hingga 5 Mac 2011*
Assalammualaikum dan hai cantiks

Masih lagi entri mengenai majlis pertunangan saya. Rilla nak minta tolong korang vote favours mana yang sesuai untuk majlis Rilla tu nanti. Calon-calonnya, adalah:


Source
Chocolate Chip Cookies

vs.


Source
Monster Chocolate Chip Cookies


Rilla akan DIY cookies ni, Insya Allah. Kalau chocolate chip cookies yang biasa tu, kecik je, macam saiz Famous Amos punya cookies. Cute. Yang besar pulak senang nak buat, sekejap je dah siap. Yang besar juga senang nak pack. Koran rasa yang mana?

Vote kat poll atas tu ye? Tengs :D

Friday, March 4, 2011

Festival Perkahwinan Minggu Ini

Assalammualaikum dan hello semua :)


Rasanya semua orang dah tahu ada dua festival perkahwinan minggu ini. Tapi Rilla tepek jugak lah di sini untuk memudahkan semua. Jom pergi ramai-ramai.

Festival Pengantin 2011




Tarikh: 4-6 Mac 2011
Tempat: Mines International Exhibition Centre (MIEC)
Senarai Booth:
  1. Pelamin: Bright Sail (M) Sdn Bhd
  2. Honey Vacation
  3. Krulmatric
  4. Stailista
  5. Setelkahwin.com
  6. Nazreen Idris
  7. Ari Wedding Couture
  8. Wafi Soft Ice Cream
  9. Kad Lestari
  10. G.I Photoshoot
  11. Ministry of Moments
  12. Rien Zaid
  13. Qalas-Qalas
  14. Khemah Syakila
  15. Mines Wellnes Hotel

Ekspo Kahwin KL (Edisi 2)



Tarikh: 4-6 Mac 2011
Tempat: Central & East Atrium, Ground Floor, Wangsa Walk Mall
Senarai Booth:
  1. Booth C01: QUNTUM CHANTEK
  2. Booth C02: FIREFOX STUDIO
  3. Booth C03: RAHSIA CETAK
  4. Booth C04: BELUNCAS PHOTOGRAPHY
  5. Booth C05: ASPIRASI KAD KAHWIN
  6. Booth C06: KOLEKSI PENGANTIN ARYANI
  7. Booth C07: 7 DULANG CREATIONS
  8. Booth C08: JUE EDEN D’ RIAS
  9. Booth C09: JUE EDEN D’ RIAS
  10. Booth C10: PESONA CANOPY & CATERING
  11. Booth C11: DEWI SERI BRIDAL
  12. Booth C12: RESTORAN SERI MELAYU
  13. Booth C13: TAG PHOTOGRAPHY
  14. Booth C14: SONGKET SUTERA
  15. Booth C15: YEOB CATERING
  16. Booth C16: YEOB CATERING
  17. Booth C17: AM PHOTOGRAPHY
  18. Booth C18: TIMIEZA FLORAL & DECO
  19. Booth C19: BOUNCE TEAM PROJECT (MALAYSIA)
  20. Booth C20: TAG PHOTOGRAPHY
  21. Booth C21: TUJUH AURA IMPIAN
  22. Booth C22: DETIK INDAH PHOTOGRAPHY
  23. Booth E01: DAVENCY WEDDING WORKSHOP
  24. Booth E02: MAYAGRAPHY
  25. Booth E03: EEYA GRAFPRINT
  26. Booth E04: DAVENCY WEDDING WORKSHOP
  27. Booth E05: DIENA HENNA & PHOTOGRAPHY
  28. Booth E06: SHIDA BRIDAL COLLECTIONS
  29. Booth E07: D’ LA ROSSA CREATION
  30. Booth E08: ANGEL CUPID KITCHEN
  31. Booth E09: THE LEAGUE
  32. Booth E10: THE LEAGUE
  33. Booth E11: WARKAH PESONA ENTERPRISE
  34. Booth E12: ZIELYNN’S BOUTIQUE
  35. Booth E13: ENCHANTED WEDDINGS BY KOLEKSI WAWASAN
  36. Booth E14: D NATRAH
  37. Booth E15: WARISAN BONDA CATERING & EVENT SERVICES
  38. Booth E16: WARISAN BONDA CATERING & EVENT SERVICES
  39. Booth E17: WHITESIGNATURE PHOTOGRAPHY
  40. Booth E18: D’ LA ROSSA CREATION

Tuesday, March 1, 2011

Theme Colours: Engagement Day

Assalammualaikum dan hai-hai semua

Rilla kembali lagi dengan entri baru. Ikutkan sebenarnya tak larat tak update blog, tapi gagahkan diri jugak. Tuntutan kerja sangat berat sekarang sebab dah nak dekat hujung financial year. Walaupun tak kerja bahagian finance, tapi sangat terpalit, huhu. Oh, mesti korang bosan baca cerita Rilla sebagai kuli cabuk ni kan? Rilla, sila balik kepada topik.

Dari blog KandaDindaWithLove, kami bawakan kepada anda, warna-warna untuk majlis pertunangan Rilla!!! [sila baca dalam nada suara introducer untuk AJL 25].




Warna-warni tak? Hahahah. Lantak la orang nak cakap macam Krimas ke, macam citrawarna Malaysia ke, yang penting Rilla suka. Saje je untuk majlis bertunang ni mahu warna yang nampak playful. Sebab konon-konon nak majlis yang ceria dan kurang formal. Nama tema ini adalah majlis pertunangan di dalam hutan magikal, LOL. Rilla nak nampak macam dalam taman la konsepnya. Tapi majlis Rilla ringkas habis. Tak ada mini pelamin bagai. Biasa-biasa je. Tapi dah gatal nak berwarna tema jugak kan?