Tuesday, January 24, 2012

Wedding Review: Akad Nikah Ceremony

Assalammualaikum dan hai uolls!!

Sorry, lambat update. Last week was hectic. Rilla tak sihat, plus ada secret project kena siapkan (secret sangat la), and jahit baju adik last minute. Lepas tu Husband pulak tak sihat. Ok, Rilla sambung update dengan review untuk majlis akad nikah. Entri ini lebih kepada nak cerita perjalanan majlis. Rilla mula dari sehari sebelum ya.

{ Sabtu, 31 Dis 2011 } | Sehari Sebelum

8.00 pagi
Lepas bangun, mandi and siap-siap Rilla dan BFF Rilla (nama dia Na) pergi sarapan dan seterusnya pergi Floristika untuk ambil bunga yang ditempah). Nak pergi Floristika, waktu weekend pagi-pagi adalah yang terbaik sebab senang parking. Tapi jangan lupa bayar parking ya, sebab even weekend pun, DBKL sangat rajin datang saman.

8.30 pagi
Sampai Floristika, kena pilih bunga. Walaupun Rilla dah tempah, Floristika dah call awal2 cakap banyak stok yang Rilla nak tak ada. I said 'OK, takpe. Nanti Sabtu saya datang, saya pilih yang lain'.

11.30 pagi
Lepas sampai rumah, terus letak bunga-bunga dalam baldi. Lepas tu kitorang packing doorgift untuk VVIP. Sedara-mara lain pula tolong packing telur kukus. Telur dikukus oleh keluarga pakcik Rilla di rumah mereka. Lepas dah kukus, diorang hantar ke rumah Rilla untuk packing.

5:00 petang
Mula mengemas dan menghias bilik pengantin.

7:30 malam
Mula menggubah hantaran (lesson learnt, kalau hantaran guna bunga keliling, sepatutnya mula pukul 6 petang). Ini, pukul 12 malam baru habis, pulak dulang total sembilan, kalau sikit, tak apa.

12:00 malam
Mula memakai inai

1:00 pagi
Tidur

See? Tido pukul1 kau! Rila tidur dengan inai yang dah dibalut dengan plastik, jadi boleh tido terus. Cuma korang kalau gubah hantaran sendiri, start awal sedikit ya.


{ Ahad, 1 Jan 2012 } | Hari Kejadian


7:00 pagi
Lepas mandi-manda semua, MUA mula make-up kan. MUA Rilla ni makeup cepat je siap. Lepas siap makeup, pakai baju bersiap-siap semua. Pukul 8.30 pagi Rilla dah siap.

8.30 pagi
Sebab siap awal, kerja Rilla tunggu jelah, sambil posing-posing dalam bilik, hehehe. Lepas tu ada juga sepupu-sepapat Rilla datang naik ke bilik, borak-borak. Pukul 9.20 adik Rilla naik bilik minta stand by sebab rombongan lelaki dah sampai.

9.40 pagi
Rilla turun sebab tok kadi panggil. Tapi duduk belakang tangga sahaja. Hanya untuk tok kadi tanya sama ada Rilla setuju atau tak untuk dinikahkan dengan Fuad.

Tok Kadi: "Saya ni cuma nak tanya lah, kot-kot awak ni kena kahwin paksa ke. Awak setuju ke dinikahkan dengan Fuad Suffian bin Abdul Majid?"

Gituuu.. kelas soalan Tok Kadi. Aku pun jawab "Saya setuju" dengan penuh sifat keayuan yang dibuat-buat.

Tok kadi minta Rilla jangan keluar dulu sehingga waktu kuthbah untuk isteri. Lepas tu Rilla duduk di sebalik divider (rumah Rilla da divider untuk pisahkan liiving hall dengan tangga)

Tengah dengar khutbah suami.


9:50 pagi
Rilla keluar dan duduk di atas bantal nikah untuk khutbah isteri pula.

10:00 pagi
Upacara akad nikah dijalankan. Ramai orang tanya apa perasaan sebelum ni, honestly, Rilla rasa biasa-biasa je. Tadi masa duduk kat tepi divider rasa nervous amat, tapi bila duduk je atas bantal tu, terus hilang semua rasa nervous tu, and it felt so natural to be getting married to him (cewah).

Upacara Akad Nikah. Alhamdulillah, Rilla dinikahkan oleh ayah sendiri.


Lepas habis akad nikah (nasib baik parents Rilla tak nangis, jadi Rilla pun tak nangis lah. If diorang nangis, confirm berjurai air mata gua). Terus ke upacara pemberian mas kahwin dan pembatalan air sembahyang.

Jelingan Manja dariku


Seterusnya kami bersalaman dengan semua tetamu diikuti dengan sesi fotografi. Lepas tu apa lagi? Melantak lah! hahaha. By the time habis, memang waktu lunch. Kitorang order nasi putih dengan lauk kampung. Rilla kalau dapat ikan masin, memang laju je makan.

Both side of the family.
L-R: My dad, my mum, the bride & groom, his mum, his elder brother.


Alhamdulillah, majlis berjalan lancar. I couldn't ask for more. I'm so happy and so blessed.

Ok, itu je. Bai.

17 comments:

  1. suke bace entry rilla. tak sabar nak tunggu review yg lain :)

    ReplyDelete
  2. Sweet yang time tengah dengar khutbah suami tu. Hehhh

    ReplyDelete
  3. Rilla!suka sangat vid nikah kat atas tu!aaaaa...!
    Selamat pengantin baru!
    Moga kekal hingga ke syurga~

    ReplyDelete
  4. Zimie: Hiks, dah tak sabar ek? Rilla pun rasa camtu dulu

    Hayati: Insya Allah, more coming up!

    Dhiera: Alhamdulillah, rezeki dapat pakai baju cantik

    ReplyDelete
  5. cantik nye baju rilla.. suke kaler biru tuh! :)

    kite tgok video nikah rilla kn, tbe2 jd touching.. haha pesal ntah =,=

    ReplyDelete
  6. Ika: Hehehe, suka angle ni, tapi gambar ni captured from video

    Rina: Rilla pun suka banyak-banyak

    Izayani: Thank youu!

    ReplyDelete
  7. Alang: Aamiin. Rilla pun suka amats ngan video tu

    ReplyDelete
  8. alhamdulillah semuanya berjalan lancar :)

    xsabar nak ready for the nx entry!
    visit mine n let's xchage link;)
    http://www.our-wedding-diaries.blogspot.com
    tQ rilla :)

    ReplyDelete
  9. wahh..
    bestnya..
    kita pulak yg nerves bce entri ni..hehe..

    ReplyDelete
  10. sumenyer cantik2..rilla cute sgt..
    xsabar tggu next review rilla..

    ReplyDelete
  11. i senyum sorang2 je bace post ni.. huhu..suka sgt, simple n gorgeous..! :D i pon mcm zimie=xsabar nak tunggu moment camnie.. :D

    ReplyDelete
  12. Sue: Tunggu ya~~

    Nasha: Hehehe.

    Lisa: Simple is my middle name. (Pandaije kau Rilla, mak bapak kau takde pun bagi kau middle name)

    ReplyDelete
  13. Fieka: Thank you!

    Renee: Your moment tak lama je lagi ni :D Hehehe. Masa I dulu lagi few weeks before rasa tak sabar jugak, hahah

    ReplyDelete