Tuesday, March 27, 2012

Wedding Review: Reception Attire by Unaisah Azlan

Amaran: Entri banyak gambar. Sila klik gambar untuk melihat gambar yang lebih besar.

Assalammualaikum dan hai sayangku

Rilla masih lagi belum dapat buat ulasa selaju yang diinginkan. Sebenarnya, bermula dari bulan Februari hari tu, Rilla telah diberi tugasa yang memerlukan Rilla ke Melaka setiap Isnin dan Selasa sehinggalah Mei nanti. Tambahan pula, sekarang department Rilla baru melancarkan projek, Rilla kena banyak ke luar pejabat. Penat, bila balik, tak fikir blog dah, tidur saja. Jadi, Rilla minta maaf jika terlambat membalas emel atau pun mesej di FB.

Ok, berbalik kepada topik. Baju sanding kami. Untuk baju Rilla, Rilla tempah dengan Unaisah Azlan. Untuk baju Kanda, kami tempah di Classic Point, Nilai. 

Baju Rilla

Hasil dari Unaisah Azlan :)
Cah Tambah rhinestone crystal dekat lace Rilla.
Konsep majlis Rilla adalah Melayu moden. Jadi, Rilla pakai dress, bukan kebaya. Rilla memang kurang minat baju yang sarat dan penuh manik-manik. Ini antara salah satu sebab Rilla tempah dengan designer berbanding dengan sewa di butik. Rilla mahukan baju yang ringkas sahaja. Baju ni boleh dipakai semula kalau company Rilla ada buat anual dinner nanti, hahahah.

Rilla minta Cah design sekali tudung untuk Rilla. Senang di situ. Tak payah Rilla susah-susah nak fikir. Rilla sangat suka dengan keseluruhan pakaian Rilla. Alhamdulillah, ramai sangat puji baju ni. Baju Rilla adalah dress A-line. Material yang digunakan adalah Guipure/Prada Lace, Tafetta (lining skirt), organza (overlay skirt dan sash), silk satin (top) dan silk chiffon (tudung). Lace dan Tafetta tu Rilla beli di Bandung dulu.

Ini tudung yang Cah designkan untuk Rilla. Cantik kan?

Jangan tanya macam mana pakai shawl tu. Rilla tak berapa ingat. Rilla minta Cah datang petang tu untuk pakaikan baju dan tudung Rilla. Tapi yang pasti, Rilla pakai dua helai shawl masa ni. Masa nak siap tu, pakai kaedah trial and error sahaja. Cah lilit-lilit sambil tanya pendapat Rilla. Cah sendiri pun tak ingat, hahahah. Nantilah, kalau ada masa Rilla cuba balik nak pakai macam mana.

Rilla memberi kepercayaan kepada Unaisah untuk buat baju Rilla ni. Memang puas hati sangat. Fitting dua kali sahaja. Pertama adalah untuk fitting toile (baju olok-olok guna kain murah untuk pastikan fit betul sebelum potong kain yang sebenar). Fitting toile pun sekejap saja, tak sampai 10 minit sebab tak ada apa nak ubah. Perfect fit. Fitting kedua atau terakhir adalah bila baju hampir siap. Fitting yang ini adalah untuk labuh baju selepas pakai heels. Tapi dari segi potongan baju memang tak ada perubahan.

Kalau nak buat baju dengan Cah, kena percaya kat dia yang dia akan siapkan baju korang. Dia tak pernah lagi ada kes baju tak siap.

Baju Kanda

Baju Kanda pakai Nehru suit. Kami beli dua pasang sampin songket di PKNS. Kemudian tempah tengkolok dan bengkung dari BMO Tradisional. Kanda tidak sesuai pakai tengkolok biasa, nampak pelik. Jadi kami tempah tengkolok dengan cara lipatan yang lain. Kalau di BMO, tengkolok ini dippanggil Tengkolok Raja Muda Selangor. Kalau korang rajin, cuba Google gambar sanding Noh Hujan, tengkoloknya dilipat dengan cara yang sama. Korang Google lah, Rilla malas, LOL.

Rilla dah malas nak tulis. Korang tengok gambar sajlah. Rilla letak banyak-banyak supaya korang puas tengok.

Kat sini boleh tengok gambar penuh untuk baju Kanda.
Suka sangat gambar ni!
 

Gambar penuh untuk baju Rilla.
Gambar dari tepi dan styling tudung.
Sash diikat di high-waist Rilla. Buat kaki Rilla nampak panjang berjela.
Sebenarnya memang badan Rilla pendek tapi kaki panjang. Potongan ini
buat Rilla nampak tinggi kan? ;p

Pandangan dari belakang.
Cah tak ikat reben untuk sahs tu. Dia cakap takut Rilla
nampak macam budak-budak, hahahah.
Keluarga Rilla pula pakai warna Sangria. Adik perempuan Rilla pakai
warna dusty pink sebagai petugas memberi bunga pahar.

Baju ini akan dibuka untuk sewaan. Insya Allah malam ini Rilla akan buat entri untuk butirannya ya.

34 comments:

  1. admire dgn baju rilla.. sangat cantek... good job Unaisah and Rilla <3

    ReplyDelete
  2. rilla, nice outfit ;)
    kalau beli 1 metre kain prada lace cukup ke utk bj je?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Insya Allah cukup. Rilla beli 2 meter, tapi banyak lebih.

      Delete
  3. cantk sgt!!
    bru perasan lace suria x sama ng rilla,
    tp sebijik cam akak suria tp dia color coklat/purple!

    rilla cpt lah nk sewa...hihi ;)

    ReplyDelete
  4. wow akak nk buka utk sewa.. hooray, dah jd slh stu plhan ht ni..haha ;p

    ReplyDelete
  5. cantik gile baju n tudung u. sangat cantik! i suka baju nikah n baju ni! *melt*

    ReplyDelete
    Replies
    1. I love my tudung most! Hoho, tak sama dengan orang lain.

      Delete
  6. yes rilla nampak tinggi..walaupun x pernah jumpe rilla..tp dr gambar ni nmpk cam kaki panjang :)

    suke prada lace rilla.. :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ahak. Ilusi itu penting. Rilla ni 5 kaki 2 inci jek. I love the lace too!

      Delete
  7. suka sangat...very inspiring...n love the lace! :)

    ReplyDelete
  8. Hi Rilla, yang tudung tu saya suka.. macam mana boleh ikat jadi macam gitu?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hehe, as mentioned in the entry, tak ingat, LOL.

      Delete
  9. salam.cantik sgt2 baju rilla.suka ngan prada lace tu.berapa RM semeter?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Dalam RM150/meter. Rilla beli kat Bandung dulu.

      Delete
  10. cantik sgt!

    -fatin ismail-

    ReplyDelete
  11. Cantik sgt sgt tau rilla cantikkkk sgttt pitanm

    ReplyDelete
    Replies
    1. Eh? Rilla ke yang cantik? hahahah. Alhamdulillah

      Delete
  12. Cantik sangat rilla! classic. Ni pakai sampai 7 keturunan pon tak makan dek zaman. hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Classic = timeless. Nanti 30 tahun dah kawen tengok baju ni, still akan rasa cantik, hoho. Plus it's simple enough to wear to other functions.

      Delete
  13. rilla....
    u punye dress sgtla mncairkn hati ni ;)
    i do contact unaisah by email, but no response
    i nk sgt dpt dress secantik u punye with her magic fingers.
    camne ea nk contact die?

    ReplyDelete
  14. One of the best wedding dresses+tudung i've ever seen... sgt22222 inspiring, chantek n supergorgeous..!! ur tudung tu pun i suka giler, very2 different and gorgeous..! im sure byk brides akan ikut ur trend tudung ni after this.. can i call it "tudung Rilla"?or "tudung kahwin Rilla"..voley? hehehee...

    ReplyDelete