Thursday, June 28, 2012

Wedding Review: Henna/Inai

Assalammualaikum dan hai korang

Rindu tau! Hahaha, salah sendiri kan biar blog berhabug. Rilla cuba sehabis baik untuk kembali mengemaskini blog dan sambung buat review. Maaf ya, ini semuanya kerana hal itu.

Entri ini Rilla dedikasikan kepada Diana Dian. Dia email Rilla tentang henna atau inai yang Rilla pakai masa nikah hari tu.

Rilla takde semua gambar kahwin dengan Rilla sekarang ni, semua dalam hard disk kat rumah. Rilla dah sebulan tak buka PC tu, percaya tak? Hahaha. Yang ada cuma gambar outdoor nikah sebab CD dia memanng dah sedia ada dalam laptop ni.

Inilah rupa inai yang Rilla pakai. Kalau korang tengok dalam video nikah  pun ada dan lebih jelas.

Rilla guna inai serbuk yang Rilla kirim dari Mekah.Tak campur dengan apa-apa pun kecuali air. Rilla sangat suka dengan warnanya. Tak terlalu merah dah gelap. Sweet sahaja. Dan memang Rilla sengaja nak pakai inai  style tradisional, iaitu cuma di jari tanpa ukiran-ukiran bunga ke apa. Nak nampak kalsik. Rilla kan ringkas orangnya.

Tentang cara nak pakai, Rilla minta bantuan BFF merangkap pengapit Rilla, Na. Lepas dah bancuh inai dengan air, NA letakkan inai tersebut di sekeliling jari Rilla. Lepas tu potong plastik kecil-kecil (Rilla guna plastik shopping warna putih) untuk balut inai tadi. Kemudian Na sellotapekan plastik tadi. Rilla pakai sehari sebelum nikah. Inai ni sangat tahan lama. Sekarang ni dekat jari dah habis sebab kuku dah memanjang. Tapi dekat kaki masih terang, tak pudar pun. Jadi malam tu Rilla tidur dengan inai sekali. Esok paginya, bangun, baru basuh inai tu. Cara ini membolehkan Rilla tidur tanpa mengotorkan cadar.

Maaf gambar kurang jelas, ambil pakai kamera telefonsahaja di waktu bilik sudah gelap, sebelum tidur.

Harap ini membantu, Dian :)

11 comments:

  1. leh tau jenis apa erk yg inai mekah?
    cz jmpa jenis xmerah2 laksss

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tak tahulah jenis ape, tapi yang beli kat tepi-tepi jalan tu. Boleh kirim kat siapa-siapa yang nak pergi Umrah.

      Delete
  2. oo.. ade gak inai mekah yg xmerah..pastu ade inai mekah yg dr india gk..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ha'ah. Tapi Rilla tak pastilah ini original Mekah atau inai India yang dijual di Mekah sebab Rilla kirim kat orang. Tapi Rilla pernah baca, inai ni bergantung kepada kulit dan darah kita juga untuk warna dia.

      Delete
  3. MG pon pakai jnis klasik ni gak...x dak ukir2..sbab tak smpat nak wat..hehe..pakia cam ni lagi sweet dan tak serabut

    ReplyDelete
  4. rilla, tahniah for being m2b dear ! syukran :)

    ReplyDelete
  5. rilla tahniah for being m2b. extra care urself okeh :)

    ReplyDelete
  6. Cik Am,
    samaler kita tp akk ikat dgn getah. malah sekarang kalo nak pakai pun wat cara yg sama guna plastik...tiba2 rasa dah lama sgt x pakai inai serbuk...(padahal kat umah ada bnyk shbt bg dr mekah jugak)

    Kak Maz

    ReplyDelete
  7. Cik Am, kita serupa ler...balut dgn plastik tp akak ikat dgn getah. gud idea guna salotape - Kak Maz yg duk nun sebelah jer

    ReplyDelete
  8. yeayy atie ske inai tanpa ukiran..just rase rimas ade ukir2 n x rasa cantik pun..hik3 but diff people diff thought kan..yg pntg hati ske..hue3..

    salam perkenalan dr atie..nervesnye lg 2 bulan..^_^

    ReplyDelete