Tuesday, May 21, 2013

Wedding Review: Bertandang Attire

Assalammualaikum dan hai semua (hado lagi ke yang baca blog ni?)

Last entry about outfit - bertandang.

Ni lah outfit kitorang. English themed la kononnya.

 Baju Kanda, macam baju-baju kahwin dia yang lain, tempah di Classic Point, Nilai. Baju Rilla pula? DIY je sudah!



Baju Kanda, sebab kenduri buat tengah hari, pakai kemeja, vest dan pants sahaja. Tak perlu full suit, panas kot tnegah hari buta nak pakai suit. Tie dan shirt beli kat Padini je sudah. Janji lakiku hensem dimataku.


Kasi can lah Kanda nak posing gini. Bila lagi kan?

Baju Rilla pulak 1-piece dress. Material chiffon, lining silk. Baju ni simple saja, sebab Rilla kan tak suka baju yang sarat-barat. Jadi Rilla tak letak beading pun. Cuma Rilla patch lace di tangan, pinggang dan bahagian bawah skirt tu.

Sebab dah beli 10 meter border lace kan? Boleh patch keliling baju.

Rilla guna sash yang Unaisah Azlan (perlu ke letak nama penuh?) buat untuk baju sanding hari tu. Pakai balik masa tandang. Kebetulan boleh masuk dengan baju Kanda. Instead of a traiditional train, Rilla letak train kat bahu. Seronok tau sebab masa photoshoot, angin tiup, dia menggerbang. Rasa macam pari-pari sekejap.


Pari-pari Fuad Suffian


Selain itu, shoulder train juga boleh digunakan untul selebung suami ala-ala cerita Hindustan.



Haaa...gitulah kisah baju bertandang kami yang simple. Kos baju pun jimat.

Daa~

Thursday, March 28, 2013

Wedding Review: MUA for Nikah & Sanding

Assalammualaikum dan hai korang~

Ada lagi ke orang yang baca blog yang dah berhabuk ni? Hahaha. Takpelah, Rilla nak jugak sambung buat review. Rasanya Rilla lah bride yang ambil masa paling lama nak review wedding dia kat Malaysia ni. Hehehe.

Kali ni tentang makeup masa majlis nikah dan sanding. Rilla telah mendapatkan khidmat juru solek Lenny Emelda (skema kau ayat!). Oh my! Sangat suka dan sangat-sangat berpuas hati dengan servis dan hasil Lenny. On customer relation, Lenny reply SMS laju, senang sangat nak book. Mula-mula Rilla tanya availability untuk sanding je, lepas tu tengok dia reply dengan pantas, terus book untuk nikah sekali, senang, tak payah aku pening kepala. The rate pulak sangat reasonable untuk result yang sangat memuaskan hati. For me, worth every cents.

Sebenarnya, Lenny ni anak didik Kak Sai (tak dapat Kak Sai, dapat anak didik dia pun ok lah kan?). Selain wedding job, dia juga ada buat makeup job untuk TV dan photoshoot. Lenny sangat cekap lah makeupkan Rilla, tak sampai sejam dah siap semua. Bila siap awal, boleh lah Rilla posing-posing depan kamera lebih-lebih sementara menunggu kan? hahaha.

Untuk nikah, Rilla minta makeup natural saja. Lenny pun pandai, she gave me a romantic look. Pink lips with soft colours for my eyes. No bulu mata, berat! Hahaha.

Sorry Gambar biru sikit sebab malas nak edit.

Untuk sanding pulak, makeup lebih heavy dekat mata. Warna bibir lebih kepada coral.

Ni gambar fresh lepas makeup. MAsa ni terkejut tengok kat cermin. Lepas tu tanya Lenny, "tak pekat sangat ke?" Maklumlah Rilla tak biasa makeup gini. She assured me that it'll look good. Memang betul, dalam gambar cantik dan masa majlis ramai yang suka. Agaknya masa ni makeup belum cair.


No colour lenses for me. I like my eyes just the way it is ;)

I love her work! Kalau tanya jika diberi peluang untuk tukar MUA, Rilla akan jawab tak nak tukar.

Nikah entry @ Lenny's Blog
Sanding entry @ Lenny's Blog

Thursday, February 14, 2013

Blogger Bride Gathering @ Flora Terrace

Assalammualaikum semua!

Rasanya ramai dah tahu pasal gathering ni kan? Rilla punya entry je overdue, heh. Mak busy uolls. Rilla join gathering kat atas ni walaupun dah jadi ex-bride. Bukan ex-bride je, dah jadi mak budak pun. Saja je nak jumpa bloggers lain, merapatkan silaturrahim gitu.


Event ni buat kat Flora Terrace. Mula pukul 2 petang. Tapi Rilla sampai pukul 4. Ni bukan janji Melayu dah, tak tahu janji apa, haha. Maaf, saya kena ikut jadual bos kecik saya. Pukul 1 Zain nak susu, pastu nak dodoi tidur. Dengan Bonda dia sekali tidur. Pukul 3 baru terjaga, itu pun sebab Zain nak susu. Siap-siap, pukul 4 lebih baru sampai, ampun FY!

Masa Rilla sampai, diorang tengah main games. Rilla pun tengok sambil dukung Zain. Zain masa ni moody sebab ngantuk. Jadi sebelum dia teriak, kenalah dukung dia, pusing-pusing dalam cafe tu. Bila sampai game yang ketiga baru Rilla letak Zain dalam stroller sebab dia dah tidur. Maka, daku pun ambillah makanan. Jamah je sebab sebab sebelum datang dah lunch dulu. Makan tartlets dan roti jala. Sedap!

Tengok, elok je si teruna ni tidur. Kasi can Bonda dia makan.

Games ketiga tu game buat baju dari bahan-bahan terpakai. Jadi sementara mereka yang terlibat siapkan baju tu, Rilla mingle around. Best! Dapat la jumpa Renee, FY, Zimie, Rina, Huda, Alya Syaqiera, Mya, Ann, Sati..siapa lagi ek? Tak ingat sudah. Best tau pegang perut boyot Zimie, hahaha.

Ni Ann from Ann Magnifique Planer. Dia bukak booth.

From left, Mya from 4Weddingku, Ann and yours truly. Ni geng mak-mak.

Renee, a cute mommy, Ieda and Rina

Orang kuat majlis ini, FY. Salute to her!

Doorgift: Chocolate coated apple (Candilicious Buffet Station) and sticker (Atie)

Doorgift: Ikea ice mold

Doorgift: Peanut butter spread (Sugar Sweets) and cookies (LurveRing). Ada lagi, muffin (Adibah), tapi dah makan dulu, hoho, sedap!

OP for the day - Funthography. Calendar by Aurora Design.

Overall, event ni sangat fabulous! Kudos to FY for pulling it off. Cuma tu lah, ada baby ni, kena ikut time dia. Rilla pukul 6 dah balik sebab nak sampai rumah before Maghrib. Makanya tak dapat join sesi bergambar. Takpelah, next time maybe.

Monday, February 4, 2013

Thursday, January 31, 2013

{DIY} Paper Accordion Pinwheel Cake Topper

Assalammualaikum dan hai semua!

Ramai yang tanya Rilla macam mana Rilla buat paper medallion/accordion pinwheel untuk hiasa bilik pengantin Rilla. Tutorial yang Rilla jumpa ni boleh terangkan macam mana nak buat cuma untuk hiasa bilik pengantin, kena guna kertas yang lebih besar.

Tutorial ini adalah untuk cake topper. Salah satu idea untuk menjimatkan perbelanjaan majlis korang. Tempah je kek dengan icing kosong, dan cucuk cake topper ni. Nah, tak payah bayar RM500-600 untuk kek kahwin.


Selamat mencuba~