Assalammualaikum dan hello my darlings (gaya Fazura).
[entri percubaan menggunakan Bahasa Melayu sebanyak yang boleh]
Seperti biasa, minta maaf sebab kadar kelajuan membuat ulasan majlis Rilla tidak selaju yang diinginkan. Sepatutnya entri ini dinaikkan minggu lepas, tetapi Rilla amat sibuk. Hari minggu kami habiskan dengan mengecat rumah kami. Isnin dan Selasa Rilla ke tugasan luar.
Sebenarnya Rilla mahu gabungkan sahaja ulasan hantaran pihak lelaki dan perempuan dalam satu entri, tetapi sedikit malas nak edit gambar. Gambar dalam entri ni pun ada yang terang, ada yang malap, jangan salahkan OP ya. Rilla yang pandai-pandai edit.
Hantaran Rilla DIY, cuma sirih junjung diDIY oleh ibu saudara Rilla. Alas dulang Rilla guna textured velvet dengan lace patching. Rilla guna bunga hidup sebagai dekorasi. Alas hataran pula, Rilla tak guna bantal mahupun polisterin. Sebaliknya Rilla gunakan cermin MALMA yang Rilla beli di IKEA. Harganya RM2.90 sahaja sekeping. Pakai cermin Malma ni memang tak nampak pun cermin dia, sebab cermin tu kecil saja. Tapi bingkai dia cantik, macam papan kayu. Selepas digunakan untuk hantran, Rilla akan guna untuk hias rumah pula nanti. Jadi tidak membazir di situ.
Inilah sirih junjung Rilla, ibu saudara yang buatkan. Rilla rasa ibu saudara Rilla buat dengan amat baik sekali.
Seterusnya cincin nikah dan buah epal. Cincin nikah diikat di atas bantal cincin yang juga diDIY dari material yang sama dengan alas dulang.
Sejadah yang dibeli di Bandung dahulu. Dekorasi hantaran zaman sekarang mudah. Sejadah tidak perlu dibentuk hingga jadi masjid, cukup sekadar melipatnya dan ikatkan dengan reben. Al-Quran pula kiriman dari Mekah.
Set minya wangi dan chocolate truffle. Oleh kerana keduanya sudah mempunyai kotak yang cantik, Rilla cuma tinggal letakkan sahaja di atas dulang. Mulanya mahu belikan Kanda coklat lain, tetapi bila terpandang coklat ni, terus sahaja beli sebab pembalutnya sama warna dengan tema. Bolehkah begitu?
Akhir sekali kemeja, tali pinggang dan tali leher. Set ini dipakai oleh Kanda semasa bertandang. Jimat di situ sebab kami beli barang yang memang akan dipakai semasa bertandang, berbanding dengan membeli barang untuk hantaran semata. Dulang terakhir adalah jam tangan yang dipilih sendiri oleh Kanda.
Rilla gunakan bunga hidup kerana ia lebih murah. Kos dekorasi setiap dulang (termasuk membuat alas dulang baru) adalam RM40.00. Cuma oleh kerana tarikh nikah Rilla itu musim sejuk, pilihan bunga import memang sangat terhad. Jadi terpaksa gunakan bunga mana yang ada di dalam stok. Asalnya mahukan semua bunga yang berwarna putih. Akhirnya terpaksa campur dengan bunga berwarna lain. Bunga yang digunakan adalah Kekwa, Mawar, Orkid dan Baby's Breath.
Baguskan entri Berbahasa Melayu ini? (tak boleh nak buat lawak sangat lah)
Hantaran buat sendiri?
ReplyDeletecantik la rilla..anyway congrats ye ;)
ReplyDeleteShura: Ha'ah, buat sendiri jek
ReplyDeleteBlurpl3: Thank you dear~~
cantiknye kak rilla :)
ReplyDeletetq sebab memberi sikit2 idea tuk gubah sendiri hantaran nnti :)
Cantik nye.. Org kreatif letak riben pun cantik. Huhu...
ReplyDeleteas suka cermin malma tu...nak cari jugak lah sebab as tak ada alas hantaran lagi.. :(
ReplyDeleterilla nak tanya la..cermin MALMA tu besar mana? bole email kan saya x klu ada. sangant inspired tgk hantaran awak. tengah pening nak pakai politerin tapi leceh kena keje banyak nak cantikkan. btw letak sermin tu atas bunga xpenyek ke bunga tu?
ReplyDeleteabnulhisham.nabila@gmail.com
thanks rilla!!
cantiknya hantaran rilla..just simple n sweet..nak tanye..guna fresh flower lg murah eh?
ReplyDeletecantekk
ReplyDeletealas dulang dan bantal cincin yang menarik rilla! mane beli material tu?
ReplyDeleteentry yg best. suke kt bantal nikah dan material alas dulang tu. mane rilla beli?
ReplyDeleteakak, camne nak wat pillow ring tu?
ReplyDeleteSoulmate: I'm happy to share :)
ReplyDeleteHanys: Tenkiuuu
asfiza: Sila, sila. Cermin tu nanti lepas kahwin pun boleh guna lagi
Ila: Tak sure pulak measurement, tapi boleh check size dia kat website IKEA. Cermin ni letak je, tak payah deko. Bila nak letak bunga tu, batang dia potong panjang sikit, supaya dia terkeluar lebih dari cermin, barulah tak penyek.
ReplyDeleteSyaz: A'ah, Rilla rasa lebih kurang/lagi murah. Fresh flower beli yang murah-murah macam 1 bunch of chrysanthemum (RM11) and orchids RM% sepeket pu dah cantik.
Tqah:Thanks dear
ReplyDeleteNuha: Rilla beli kat Nagoya je. Kat Kamdar pun ada jugak
Oshinz: Hari tu memang dah tangkap gambar masa buat ring pillow tu. Kena draft entri and edit gambar nak tunjuk cane buat. Belum sempat lagi, huhuhu
ReplyDeletesuke idea alas cermin Ikea tu. xxterpikir pun boleh buat cmtu. congrats.. ;)
ReplyDeleteSalam Rilla,
ReplyDeleteMost awaiting entry I must say...hahaha
anyways, semuanya cantik..job well done!
:)
i likeee.....!! i mmg suke bila bride buat hantaran DIY.. rilla punye sgt chantek..!! our taste kan sama..heeeee.. :D
ReplyDeleteHi Rilla, your hantarans are so cantik! I'm inspired and asking for your copyright to tiru :)
ReplyDeleteI have few questions to ask. Since Malma is flat, how to make the things put on top to stay still? Especially fruits.
And, bunga2 tu Rilla cucuk dekat span or simply susun bawah frame tu?
Really hope you could share ;)
Thanks in advance Rilla.
Alhamdulillah, thank you. Double sided tape was my best friend. Semua I lekat pakai tape. As for the flowers, bawah cermin tu ada span basah, balut dengan aluminium foil. Lepastu letak cermin, baru cucuk bunga.
Deletenew idea. thanks! :)
ReplyDeleteRilla, fresh flowers beli di florist berdekatan ataupun beli melalui alam maya?huuhhhh
ReplyDeleteRilla beli kat kedai Floristika bangsar
Delete