Wednesday, November 20, 2013

Weeding Review: DIYed Hanbouquets

Assalammualaikum dan hai semua

Rilla terlupa nak cerita pasal handbouquets Rilla. Ni bukan entry basi, ni entry reput berkulat dah, hoho. Gasak! All of my HB are DIYed. Untuk Nikah dan Tandang, Rilla buat sendiri. Untuk sanding, Mak Lang Rilla buatkan.

Nikah




Rilla pilih Hydrangea warna biru dan Eustoma warna krim. Memang nak warna yang sweet, je. Hydrangea ni susah nak maintain. Kena potong elok-elok, kalau tak, layu. Rilla DIY pukul 5 pagi sebab takut nak buat awal-awal. Rilla guna plastic flower holder tu, boleh beli kat Floristika. Potong bunga, terus cucuk kat span dia. Tak berani buat hand-tied arrangement, lagi pun nak cepat. Jadi plastic holder la paling senang. Plastic holder tu Rilla balut dengan riben dan rhinestone chain. (Malas nak upload gambar yang nampak handle).

Sanding


Lepas tunang, Mak Lang Rilla offer nak buatkan HB Rilla. Wah! Pucuk dicita ulam mendatang! Dia tanya Rilla nak warna ape, Rilla jawab pink. Sebab rasa warna pink paling sesuai dengan warna baju Rilla (Rilla bukan peminat pink). Itu sahaja yang Rilla minta, selebihnya Rilla serahkan saja pada Mak Lang.

Bila Mak Lang sampai pagi tu, nah! Size XXXL bunga. I love it! Dia guna pink roses dengan tulle. Keliling dia ada daun dan Eustoma. Berat, tapi Rilla suka.

Tandang


Maaf, tak ada gambar close up. Untuk majlis Tandang Rilla guna Cala Lilies warna putih, Lily dan Anthurium warna merah. Asalnya nak guna Cala Lilies je, tapi masa beli bunga tu, ada yang kuncup-kuncup je. Yang kembang-kembang tak ada. Jadi terpaksa tamba Lily biasa (tak tahu species ape) dan Anthurium. Kira dah jadi HB tropical, haha. Kali ni arrangement hand-tied je. Rilla beli bunga hari Khamis, arrange hari Jumaat, bawak pergi Johor, majlisnya hari Sabtu. Masa beli Lily merah tu kuncup je dia, time majlis dah kembang. Tak nak susahkan Kanda cari florist kat JB, sangguplah Rilla DIY dari KL.

Yes, my HB tak nampak professional pun, tapi Rilla masih sukakannnya sebab semua ada cerita dia sendiri. Memang saja nak fresh flowers sebab Rilla tak suka simpan barang (LOL). Harap-harap post ni boleh memberi inspirasi untuk B2Bs semua DIY HB sendiri juga. Kalau Rilla boleh, korang pun mesti boleh.








Monday, November 4, 2013

{DIY} Twig Centrepices (Cantik dan Murah!)

Assalammualaikum dan hai pembaca semua!

Siapa tak suka idea murah, mudah dan menarik? Tengah surfing, Rilla terjumpa idea untuk menggunakan ranting kayu sebagai centerpiece. Sesuai untuk majlis-majlis yang bertema rustic. Projek ini tidak memerlukan kos yang besar. Lepas majlis pun tak sayang nak buang.



Selamat mencuba!