Entri ini adalah sebahagian dari siri Rilla's Craft. Sila klik logo di atas untuk paparan semua siri ini.
Assalammualaikum dan hai semua!
Sudah lama tak ada entri Rilla's Craft kan? Kali ini adalah tutorial untuk Ring Pillow (Oshinz, ini untuk awak). Rilla memang dah lama nak pakai bantal cincin untuk hantaran Rilla berbanding dengan bekas cincin yang sudah biasa digunakan. Sejak dari tengok Tuanku Zara punya majlis pernikahan, dah memang pasang niat nak guna bantal cincin. Punyalah lama, masa tu belum kenal dengan Kanda lagi, heh. Minta maaf jika kualiti gambar kurang memuaskan, masa ambil gambar ni memang terkejar-kejar, maklumlah, saat akhir baru terhegeh-hegeh nak buat.
Inilah hasil yang kita cuba buat hari ini. |
Langkah 1 Buat bantal. Ala, yang macam biasa tu. Saiz, ikut sesuka hati anda. |
Langkah 2 Potong beberapa jalur kain. Lebar 5cm, panjang tidak kisah. Lebar juga boleh disesuaikan. Kalau nak kelopak yang kecil, kecilkan lebar jalur kain ini. |
Langkah 3 Lipat jalur kain tadi seperti ini. |
Langkah 4 Potong bahagian atasnya mengikut bentuk separuh bulatan. Bakarkan sisi-sisi kain jika fabrik anda jenis yang berbulu-bulu. |
Langkah 5 Buka lipatan kain yang dipotong tadi. Jahitkan ke atas bantal seperti di dalam gambar ini. |
Langkah 6 Jahit mengikut bentuk bulatan. Apabila sampai ke penghujung kain, sambung dengan jalur kain yang lain pula. |
Langkah 7 Jahit sehingga bulatan sampai ke tengah. |
Langkah 8 Potong sedikit kain berbentuk bulatan dan jahitkan di tengah bantal. |
Dan Siap! Inilah rupa bantal cincin yang diletakkan di atas dulang hantaran. |
Selamat mencuba!
Nota kaki:
Rilla ada dapat beberapa pertanyaan tentang penggunaan cermin Malma Ikea untuk hantaran Rilla dan perbandingannya dengan hantaran Intan. Rilla memang tak cadangkan korang ikut cara Rilla pakai cermin Malma ni kalau korang nak fungsi cermin itu sendiri. Cuba tengok Intan punya hantaran, nampak reflection bunga-bungaan kan? Intan custom-made dia punya cermin, dia hantar ke kedai frame. Tambahan, lepas guna untuk hantaran, lebih cantik untuk menghias rumah berbanding cermin Malma ni. Cermin Malma ni, bahagian cermin dia kecil sahaja. Kalau tengok hantaran Rilla, semua pun Rilla tutup bahagian cerminnya. Rilla tidak mahukan fungsi cermin itu, sebaliknya lebih kepada nak menampakkan elemen papan kayu. Kalau nak beli papan kat kedai kayu mahal lepas tu nak kena sapu dengan kertas pasir, cat lagi, banyak makan masa. Jadi cermin Malma adalah pilihan yang terbaik buat Rilla. Rilla tetap akan cadang korang guna cara Intan kalau nak hantaran korang ada pantulan cermin.
thanks for the tutorial, rilla. macam mana nak attach ring dengan ribbon tu?
ReplyDeleteOh senang je. Sarungkan cincin kat reben tu, lepas tu ikat reben tu. Bila masa nak sarung cincin, buka je riben tu. JAngan ikat mati bulak.
Deletecantik..sangat sangat sangt cantik..
ReplyDeleteThanks dear
Deletethanks a lot sis!!!! cume nak tanye, kain yang di guna kan utk buat bantal tu kain jenis ape ye? kalau rajin nak DIY la, kalau malas, nak tempah kat sis boleh ke? hehe.
ReplyDeleteRilla guna textured velvet. Boleh je kalau nak tempah. No hal.
Deletethanx 4 sharing rilla..sgt cantek.sgt2 adore dgn talent awk ^_^
ReplyDelete~azie~
Thanks Azie!
Deleteini entry yg ditunggu-tunggu! thank u so much for sharing this rilla :)
ReplyDeleteMy pleasure dear
Deletenice one..very creative! :)
ReplyDeletei'm loving it! fabric yg rilla guna buat nmpk elegan..:)
ReplyDeleteKain lebih dari alas dulang, LOL. Tapi kain ni memang cantik.
Deletemacam senang tapi jadi lagi senang bila tangan memang kreatif..hehe
ReplyDeletecantik dear!!
Senang je, cubalah!
Deleteactually ringpillow sgt jarang kite nmpak kat msia pakai kan...byknye letak ring kat bekas2, telur2 tergantung, etc.. but rilla bring back the ringpillow style back! :D and, rilla punye berganda2 lagi chun dari SSF or kedai2 kawen kat luar tu..
ReplyDeleteSo true! Ring pillow kat kedai banyak yang tacky la (i.e. shiny cheap satin frabric with lacey ruffles overload) XD
DeleteMemang senang pun, confirm Jimie boleh buat
ReplyDeletecomelnya !! macam warna tema nikah kite la .
ReplyDeleterilla sgt kreatif! jealous!! hehe
ReplyDeletekreatif nye awak....comel je bantal ru.
ReplyDeleteKalau nak beli kain batik, kain sutera atau bag jenguk-jenguk la blog saya . TQ
http://nota-notakecil.blogspot.com/
terima kasih utk share ideal..... tu ilmu yg manfaat tu.
ReplyDeleteDear, xde buat utk tempahan ke? thanks xoxo!!
ReplyDeleteSorry Dear, tempahan dibekukan seketika.
DeleteRilla tengah pantang ni,memang orang tak kasi menjahit. Tak sure lepas pantang nanti free ke tak.
lawa baldu tu
ReplyDeleteIni dijual? Berapa harganya including shipping?
ReplyDeletesaya tinggal di Jakarta.
Maaf, saya tidak lagi mengambil tempahan untuk ring pillow
Deleteini dijual? Berapa harganya including shipping cost? saya tinggal di jakarta :)
ReplyDeleteaaaaa dok tgk poning nk buat bekas cincin dh jmpe yg kiut miut....mmg lain pd len....thanks ea entry yg beguna utk sye yg buta diy...•﹏•
ReplyDelete