Monday, March 5, 2012

Hantaran Deco in Vibrant Dusk


Assalammualaikum dan hai korang!

Entri ini adalah kesinambungan untuk entri semalam - dekorasi hantaran menggunakan palet Vibrant Dusk. Ini adalah tempahan pertama Rilla untuk dekorasi hantaran yang bukan hantaran Rilla sendiri. Alhamdulillah, ramai yang puji. Hujung bulan ni ada lagi satu tempahan. Marilah kita ke gambar-gambarnya.


Keseluruhan hantaran

Palet warna yang digunakan


Rilla gunakan empat jenis bunga:
  1. Agaphantus / Lily of the Nile. Bunga ni adalah spesis bunga Lily cuma bunga dia kecil-kecil, tapi batangnya besar macam bunga Cala Lily. Rilla jatuh cinta dengan warnanya, jadi warna bunga-bunga yang lain pun Rilla koordinasikan mengikut bunga ini. Kiranya bunga ini jadi bunga utama.
  2. Statice. Menggunakan warna Persian Plum.
  3. Limonium Perezii. Menggunakan warna Blueberry. Limonium ini juga merupakan adik-beradik statice.
  4. Chrysanthemum. Dalam warna Dusty Rose. Chrysanthemum ini banyak jenis. Rilla guna Chrysanthemum Pyrethrum.

Sirih junjung


Cincin


Wajik. Wajik ni datang kosong. Rilla tambah strawberry yang dipotong bentuk kipas dan bunga wafer.


Buah-buahan.


Alas dulang yang Rilla buat sendiri. Nanti bila ada masa, nak tambah lagi bunga, pearls dan kristal bagi lagi meletup.



Tengok balik macam tersama dengan warna hantaran Renee. Cuma Renee punya lebih lush dan tak ada warna pink. Harap korang suka entri ini. Jumpa lagi!


8 comments:

  1. nicely done!!! love the romantic pallete

    ReplyDelete
  2. wah..cantik bangat. mane rilla beli stok bunga2 ni?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Rilla beli kat Floristika Bangsar, dear

      Delete
  3. unik pilihan bunga rilla..lain dr yg lain :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sebenarnya Agaphantus tu yang buat unik. Suka sangat bunga ni. Bunga lain tu bunga biasa je.

      Delete