Tuesday, May 21, 2013

Wedding Review: Bertandang Attire

Assalammualaikum dan hai semua (hado lagi ke yang baca blog ni?)

Last entry about outfit - bertandang.

Ni lah outfit kitorang. English themed la kononnya.

 Baju Kanda, macam baju-baju kahwin dia yang lain, tempah di Classic Point, Nilai. Baju Rilla pula? DIY je sudah!



Baju Kanda, sebab kenduri buat tengah hari, pakai kemeja, vest dan pants sahaja. Tak perlu full suit, panas kot tnegah hari buta nak pakai suit. Tie dan shirt beli kat Padini je sudah. Janji lakiku hensem dimataku.


Kasi can lah Kanda nak posing gini. Bila lagi kan?

Baju Rilla pulak 1-piece dress. Material chiffon, lining silk. Baju ni simple saja, sebab Rilla kan tak suka baju yang sarat-barat. Jadi Rilla tak letak beading pun. Cuma Rilla patch lace di tangan, pinggang dan bahagian bawah skirt tu.

Sebab dah beli 10 meter border lace kan? Boleh patch keliling baju.

Rilla guna sash yang Unaisah Azlan (perlu ke letak nama penuh?) buat untuk baju sanding hari tu. Pakai balik masa tandang. Kebetulan boleh masuk dengan baju Kanda. Instead of a traiditional train, Rilla letak train kat bahu. Seronok tau sebab masa photoshoot, angin tiup, dia menggerbang. Rasa macam pari-pari sekejap.


Pari-pari Fuad Suffian


Selain itu, shoulder train juga boleh digunakan untul selebung suami ala-ala cerita Hindustan.



Haaa...gitulah kisah baju bertandang kami yang simple. Kos baju pun jimat.

Daa~