Tuesday, January 18, 2011

Bandung Trip: Pasar Baru

Assalammualaikum dan bon voyage! salut!

Rilla rasa, entri ni lah yang paling ditunggu-tunggu oleh kalian semua kan? [Ok, Rilla perasan ada orang tertunggu-tunggu entri Rilla. Diva sekejap]. Rilla start draft entri ni dari hari Ahad. Nak make sure Rilla tak tertinggal apa-apa details. Ok, where do I begin? Banyak nak cerita nih. Panjang tau entri ni.

We went to Pasar Baru on our second and third day. Yup, dua kali. Second day, lepas turun dari Tangkuban Parahu, terus pergi Pasar Baru ni, dalam pukul 10 pagi da sampai and we stayed there until 5pm, hahah. Dasyatnya shopping. Dan selama itulah Pak supir kitorang menunggu. Waktu operasi Pasar Baru adalah pukul 9 pagi sampai 5 petang. Ada lapan tingkat semuanya, termasuk basement.

Pasar Baru levels.


Not sure if you guys can see the pic properly or not. Listing where to buy what adalah seperti di bawah:
  • Tingkat 1 dan 2: Textiles
  • Tingkat 3: Kelengkapan ibadah/busana muslim
  • Tingkat 4 dan 5: Ready-made clothing, footwear and accessories
  • Tingkat 6: Food court
Kat basement tu dia punya pasar basah, jual buah, sayur, ikan, etc, etc.

Tujuan pertama kitorang mestilah kedai kain. We went straight to D'Fashion. Through my observation, kedai ni lah paling best dan besar. Ada a few seating areas, jadi memang selesa. Servis sangat bagus, the SAs was very friendly and funny. Actually, kitorang just duduk je, diorang yang akan bawakkan kain, tunjuk kat kita. SA takkan paksa kita beli kain yang paling mahal, nor will they push us to buy more meters than we need. Kita cakap nak buat baju macam mana, diorang akan advise on the meters.

D'Fashion


Rilla bagi colour scheme print-out Rilla, dan diorang akan pusing kedai cari kain. Diorang dah siap ada patung untuk drape the fabrics. Jadi kita boleh tengok macam mana rupa kain setelah di match. Tak cukup dengan patung, SA dia pun jadi mangsa didrapekan, hahah. The boss is this Indian guy named Vicky. Muka macam Amitabh Bachan. Fluent sangat cakap bahasa Indonesia, which was somewhat a bizarre phenomenon to witness o.O

Business card diorang. So kalau, nak pergi kedai ni, silakan ke lantai dua ya buk.


Rilla memang recommend kedai ni if you plan to buy a lot of fabrics. Rilla beli kain dari untuk bertunang sampai bertandang kat sini. And we spent about 4 hours kat kedai ni saja, tak campur lagi time spent went I went there on our third day. Diorang siap bagi makan dan minum. Not only that, they provide my mom with massaging chair. Sedap je my mom duduk kat kerusi urut tu sambil tengok kain-kain yang dibawa oleh SA. If nak pergi toilet, diorang akan bagi pass, jadi kita tak payah bayar. Kat kedai ni jugak boleh pakai credit card. Don't worry on the 3% fees, kedai ni yang tanggung, diorang tak charge kat kita. We paid 2mil in cash, lebih tu swipe card. Rilla takut duit nak shopping tempat lain tak cukup. And guess what? I ended up bringing 1mil plus home. Huhu, rugi sikit lah.

Mak saya yang gumbira dapat berurut sambil minum teh botol.


SA kitorang yang gigih angkat kain kehulu-kehilir. Notice the Sangria-colored fabric. Untuk baju mak pakai time kenduri nanti. Glamer mak I nanti you. Mak pengantin harus glamer.


In terms of price, Pasar Baru memang murah kalau banding dengan Malaysia. Berganda-ganda murahnya. Okeylah, boleh cover flight ticket and travel agent punya fees. Untuk kemudahan readers kesayangan Rilla sekalian, Rilla list harga kain yang Rilla beli kat sini, lebih kuranglah. Price per meter ok kawan-kawan. Conversion rate: IDR 1,000,000.00 = RM 351.00.


Jenis Fabrik
Harga[IDR]
Harga[RM]
Angelina
30,000.00
10.53
Cerrutti Chiffon
35,000.00
12.29
Giorgio Armani Wool
325,000.00
114.08
Heavy embroidered lace
450,000.00
157.95
Jasmine Silk
25,000.00
8.75
Lace borders
170,000.00
59.67
Japanese/Semi French Lace
70,000.00
24.57
Shantung
15,000.00
5.27
Silk Chiffon
80,000.00
28.08
Silk Charmuse
150,000
52.65
Silk Tafetta
65,000.00
22.82
Tulle/Net
12,000.00
4.21

Sorry, Rilla tak ingat harga French lace dan beaded french lace. Agak-agak dalam 200k++, lebih kurang. Depends on the design lah, ada macam-macam. Rilla tak guna French lace untuk buat baju kahwin, that's why tak ingat harga. We settled on lace jugak, but an unconventional type. Rilla tak beli kain kat D'Fashion je, kedai-kedai lain pun pergi jugak, untuk beli kain yang mana tak dapat kat D'fashion. I think I bought fabrics from about 4-5 shops.

Suit material for kanda pun Rilla beli kat sini, Giorgio Armani wool. Materialnya sangat cantik. Soft, tapii nampak structured.

The lace I bought for my sisters. Diorang pun boleh la glamer-glamer nanti. Colour lari sikit. It's actually in dusty rose. Cost me RM167 for 5.5 meters of lace and 6 meters of jasmine silk. Kat Malaysia, kalau harga ni, sepasang pun tak lepas lagi, tu baru harga semeter lace T.T


I'm sure you all penah tengok kain ni kan? I have to say, seeing it up close, kain ni memang terlebih gojess. Definitely worth the money. Tak salah Pn Nawal pilih. Masa Rilla kat sana, kain ni tinggal 2.5 meter jek. But I'm not going to disclose the price here, it seems inappropriate, better ask Nawal sendiri.

But, ada new arrival for this type of fabric, macam yang warna putih kat sebelah tu, memang semuanya cantik-cantik. Do leave your email address if you wanted to know the price of the new arrivals.

Chiffon kat Bandung ni memang limited. And don't come here aiming to buy beaded chiffon. Nan ado. Rilla tak nampak pulak kedai yang ada jual. For me, kalau nak beli Chiffon, beli je kat Malaysia. We have a lot more choices.

Shopping for fabrics at Bandung is heavenly for me. Rilla memang suka sangat dengan fabrics. Even kat Nagoya pun Rilla boleh merayau lama-lama, apatah lagi kat sini. Masuk D'Fashion tu, rasa macam contestant project Runway [perasan lagi]. Mula lah mintak tafetta and charmeuse. Kat malaysia mahal.

Wait till you guys see this, my favourite fabric buy at Bandung.

Tadaaa!!!

Lace border galore!!

Yang bestnya, the whole bidang of the fabric are lace borders. Satu bidang ada 10 baris border. Harga RM60.00 per meter. Kalau kat Jakel, yang border lebar-lebar macam ni RM200.00++/meter. Itu pun dapat dua baris jek. So Rilla beli 1 meter je, now I have 10 meters of lace borders, muahahahaha [gelak ebil]. Daripada tak plan nak pakai lace veil, terus ada plan. Rilla beli kat kedai Angel Fabric - D'Fashion tak ada stock. Diorang cakap ada satu butik kat Malaysia dah borong semua.

Okaylah, enough about fabrics. Sorry if it's too long, I can't help myself. On to hantaran items. We bought sejadah and telekung here. Pun murah juga.

Our matching sejadah, hiks. Tebal dan besar. Tapi murah. RM42.00. Ada yang lagi cantik, siap glitter-glitter, tapi mahal sikit lah. Rilla memang cari sejadah yang tak ada gambar Kaabah atau masjid, takut ada orang terlangkah.


My telekung. Fully embroidered cotton. Harga RM61.00. Suka sangat. Dah lama nak telekung macam ni.


Our haul. Masa ni kat hotel, lepas balik shopping, nak susun barang dalam beg. We used so much plastic bag, so sad :( Please bawak your own shopping bag, kalau boleh yang ada roda tu, senang sikit. My mom bawak, tapi tertinggal kat hotel masa gi shopping tu. Save the environment!

Rila beli kebaya top yang sulam-sulam tu jugak, untuk baju tunang. Main hentam keromo je beli walaupun tahu diri tak cukup body nak pakai kebaya. Nanti ada seperate entry pasal ni.

Pasar Baru vs Tanah Abang
Personally, Rilla rasa, kalau nak beli kain untuk kahwin, lagi best Pasar Baru. Tapi kalau nak shopping telekung, kain sulam, lagi best Tanah Abang. Hari tu sempat singgah Tanah Abang masa kena turun Jakarta untuk buat presentation. Kain sulam kat Tanah Abang lagi banyak pilihan.

I'm sure if you guys rajin jalan-jalan dan pusing Pasar Baru, boleh dapat harga yang lagi murah dari yang Rilla dapat ni. Rilla malas nak survey-survey, sila jangan tiru. Ok, dah abis. Penat tulis. Pape pun, Rilla bersyukur sangat sebab ada rezeki nak shopping kat sini, Alhamdulillah. Not only dapat shopping, tapi dapat pergi tengok negara orang.

Ok tak review Rilla ni? If you guys nak tahu apa-apa lagi, jangan teragak-agak nak tanya kat comments ya?


Rilla malas nak review pasal factory outlets ngan hotel ;p

37 comments:

  1. kalau shopping kat Pasar Baru, sehari pun memang x cukup! hehehe. last time pegi jugak d'fashion tp xde kain yg i berkenan so i settled kat few other shops

    nway, balance duit tue leh simpan for next trip kan? leh gi shopping sakan lagi :D

    ReplyDelete
  2. eee bestnya dpt gi,,nnti bulan 4 liza gi..nnti nk mntak tips dr rilla la..nnti liza contact ya

    ReplyDelete
  3. Aya: Tulah, sehari memang tak cukup. Rasa macam nak beli satu Pasar Baru tu jek (nafsu).

    Liza: boleh2. no hal punya, mana yang Rilla boleh tolong, Rilla tolong. Leave your email address ya nanti.

    ReplyDelete
  4. hi dear..cm seronok je shopping kt sane.. =)
    ingat nak pegi jugak bulan 5/6 nnt..
    nk tny boleh?u guna travel agent ke cmne ek?sbb xpnh pegi so xtau cmne nk pegi sane sndiri..
    thanks.. :)

    ReplyDelete
  5. rilla, amy suka border lace tu jugak!! seriously ada 10 baris ke? kalo kat mesia yg amy perasan ada 2 baris je.

    ReplyDelete
  6. assalamualaikum rilla,

    hati dah melonjak-lonjak nak ke bandung lagi settle barang-barang kahwin. hi3x

    insya Allah, bulan 4 nanti sampai la sana.

    ReplyDelete
  7. Mizzunderstood:Rilla guna travel agent yang based kat sana.

    Boleh refer link ni: http://kandadindawithlove.blogspot.com/2011/01/bandung-trip-travelling-our-travel.html

    Amy: Seriously, 10 baris. Yang kat KL ,maybe diorang dah potong2 kot? that's why 2 baris je.

    Syahira: Nak join melonjak-lonjak jugak, hahah

    ReplyDelete
  8. hi rilla
    i'm a b2b ,huarghhhhhhhhhh tension gile dgr price u bg semua murah2 dan cntik2! ni yg rs nk cepuk tunang i ni..hari tu dia pegi semua mahal! telekung lebih kurg mcm u rm100+.
    border lace dia kata kat sne mahal jugak. damn...
    pttla chiffon kt sne mahal..tak jumpa.last2 famly in laws g sebat chiffon silk kot.plain pulak tu! semeter rm80. grrrrrrrrr.terkilan pun ada.kalau i tau...i tak nk pesan kain!huwaaaaaaaaaaaa.tak terkata baca review org dgn hasil yg dpt sndri..(i tak pegi sbb takde bajet huahua) plus main agenda diorg melancong so cant comment lebih2...huhu...sigh...

    dah lepas dah pun malas nk kenang.haha

    ReplyDelete
  9. lace border tu sgt menarikkkkk...10baris 1m??berbaloi giler! kalau kat jakel or gulatis mmg mahal for 1m.. huwaa nak jugakkkkk..huhuhuhu.. ;p

    meow~
    http://reneemeowwedding.blogspot.com

    ReplyDelete
  10. Best kan bandung... boleh addicted pergi Bandung.. hehe saya pergi lagi march ne.. nak sambung beli lace. i bought mine at Jai Ho... time tu dah so tired exhausted tak cukup rehat pergi pasar baru so one stop tengok kedai jai ho terus beli kat sana... this march i will go and visit D'fashion. tempted sungguh!

    Btw, angel fabric kat mana yer? pasar baru also? wahh i'm looking forward again to go there..

    ReplyDelete
  11. Inaza: Wah, bbestnya pergi sana lagi. Tetiba I verangan jadi fashion designer, mesti selalu shopping kat Bandung [ntah pape je].

    Angel Fabris also dalam Pasar Baru. If you walk stright from D'Fashion, a lil' bit further than Jai Ho, on your left hand side.

    ReplyDelete
  12. Lisa: Betul, barang lepas jangan dikenang *pujuk Lisa* Memang kat sana chiffon limited sikit.

    ReplyDelete
  13. Renee: Terlebih berbaloi kan? Giler lah kedai Malaysia mark-up. Maybe cost of shipping mahal kot?

    ReplyDelete
  14. hahahhh!! Complete lah penerangan kamu ni :P
    Memang sehari tak cukup untuk ke Pasar Baru ni :P

    ReplyDelete
  15. Fati: Gelak pulak, hahahah. Terlebih excited, that's why detailed.

    ReplyDelete
  16. omg pasar baru! I went there last Oct just for holiday but i ended up angau ng pasar baru until now! InsyaALLAH i'll b going there again Oct this year. Sgt suke shopping kaen kt sane.. Well, even kalo kt jalan tar pon i leh menapak sorg2 sparuh hari ape ntah lg ble smpi kt tmpt cm pasar baru. I ended up beli berpasang2 kaen kt sane within 4hrs of shopping which includes 2pairs of lace yg i sndri xtau nape i beli. Gedik kan.hahahaha.. Sebaek time g sane xde beaded chiffon, if x confirm i akn bazirkn duet utk chiffon gk coz i mmg da lama minat beaded chiffon tp kt Msia mahal sgt (xworth nk beli just for pkai raya etc). Ok2,b4 i melalut pnjg lg,better i stop here. Da mcm i nk wt post br je kt cni. Sorry ye tuan rumah..hehe

    ReplyDelete
  17. Fiza: Hai Fiza :D Takpe, Rilla suka orang komen panjang-panjang macam nak buat entri. Meriah gitu.

    Rilla pun mahu shopping lagi kat sana. Ikut awak boleh?

    ReplyDelete
  18. Rilla.... jom2.... kte g bln 10 ni.... hahahahaha.... start saving from now!!! hua3

    ReplyDelete
  19. amboi shopping sakan..
    bestnyer....

    ReplyDelete
  20. hahahaa rilla!terpanggil2 baca post ni,rupanya ada kain ku haha.memang tak ada org beli kain tu lepas kitorang ptong ...haha...vicky bes kan??dia bagi nasi beriani tak??haha..jumpa ghani n chandra tak?masa ktrg dtg tu ghani and vicky yang rajin melayan..oh rindunya nak buat preps kawen haha...good luck tau!baju u mesti cantik,kain kat sana tak menahann...

    ReplyDelete
  21. rilla....ruginye elya tak beli lace border kat sana!!!!
    bile dh smpai kt sana..elya jaid kaku..rambang mataaaaaaa huhu

    ReplyDelete
  22. Yahya: Haha..confirm my parents tak bagi pergi lagi

    Fatin: Haruslah sakan..dah datang jauh2

    Nawal: Wah..Nawal datang belog saya :D Vicky siap berlakon jadi adik Rilla..ntahpape jek, diri tegap2 sebab cakap adik Rilla tinggi cam dia. Dia bagi kuih ape ntah..tapi kuih tu sentiasa refill dengan magiknya..sentiasa ada 4 atas piring. Jumpa Ghani and Ratna..diorang la dok melayan Rilla ni ha. Badan Ratna tu berapa kali dah kena lilit ngan kain.

    ReplyDelete
  23. Elya: Rilla pun x plan nak beli border lace..tapi terjumpa. Tengok SA tu bukak je terus cakap "saya nak"

    ReplyDelete
  24. salam rilla, i minat sgt kat telekung u tu...cantik giler. Beli kat PB ke or kat tanah abang? Kita nak la sebijik camtu...kat mana nak cari ek? help me!!! help me!!!

    ReplyDelete
  25. Suzana: Alaikumsalam. Rilla beli kat PB. Tapi kat Tanah Abang pun ada. Don't worry, both places pun memang berlambak telekung camtu.

    ReplyDelete
  26. hai,
    i just search new price lace kat bandung tuk beli this wekeend..sekali u ader bgitau lak kat sni..its just nice..tq for this great info..

    ReplyDelete
  27. rilla,u tau tak kat sana kang diorang panggil lace border tu apa ya? haritu ada gak ckp kt diorg nak lace border.tapi diorg tak paham T_T huhu

    ReplyDelete
  28. Seri: You kena explain. Cuba cakap 'ada tak lace yang coraknya yang pinggiran-pinggiran aja?' cenggitulah yang Rilla tanya

    ReplyDelete
  29. Thank u so much for posting this. The best blog i jumpa setakat ni both for bandung trip and persiapan for wedding. My trip to Bandung bulan januari 2012. About a year after urs, so hopefully xbyk beza with d price of fabrics u wrote. Really interested to know about price for puan nawal's fabric. Email me. izziennie@yahoo.com
    P/s Where do u stay?

    ReplyDelete
  30. Hi Rilla, nak tanye... kat pasar baru ade jual kain baju melayu jugak tak?

    ReplyDelete
  31. Diha: Ada. KAin baju melayu family Rilla dan Kanda pun Rilla beli kat situ.

    ReplyDelete
  32. murah ye?

    diha pegi bandung weekend ni nak shopping kain. this post really helps! thanks Rilla =)

    waiting for review of your wedding day =)

    ReplyDelete
  33. Rilla..
    boleh tak rilla share, mana lagi untung kalau shoping brg kawen kt bandung (include flight tiket + accommodation + makan) atau kt malaysia?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Bagi Rilla lebih kurang sahaja jumlah duit yang diperlukan. Cuma pergi Bandung dapat lah kain yang tak ada kat Malaysia. Macam Lace yang Rilla beli kat Bandung tu memang takde kat sini.

      Delete
  34. Fashion adalah salah satu kedai dari grup kami yang terdiri dari 4 kedai textile. Dan kedai terbaru kami (the latest store just opened) is COSMO textiles di lantai 2 Pasar Baru Bandung. The same service, same friendliness, same care and attention, same price, same goods and of course same The Botol ! :) you can contact us Jemmy, Naresh, Rajesh and Ravi or you may login to our facebook "COSMO BANDUNG" . Kami tunggu kedatangan anda.

    ReplyDelete


  35. Thanks to ALL OUR BELOVED CUSTOMERS AND WELL WISHERS for all your continuous support and blessings.

    PLS BEWARE OF THIS:
    WE D'FASHION DUNT HAVE ANY OTHER BRANCHES NEIGTHER OUR SERVICES OR PRICES CAN'T BE GIVEN OR IMMITATED BY ANY OTHER TEXTILE STORES IN PASARBARU BANDUNG.

    Our hard work and creativity gives our beloved customers to JUDGE who we are.

    Feel free to comment and correct us every now n then on:
    melwani_vicky@yahoo.com
    ajaychugani@hotmail.com
    www.dfasion-bandung.com

    walk into for very latest collections with better prices and choices

    HARD WORK IS OUR MOTTO


    REGARDS
    D'FASHION

    ReplyDelete

  36. Assalamualaikum Tuan/Puan.

    Salam dari Kita Holidays Travel & Tour Indonesia.
    Kalau Tuan/Puan nak melawat ke Indonesia, jangan risau hati sila hubungi kami di:

    KITA HOLIDAYS TRAVEL & TOUR INDONESIA
    Tour operator & Travel Agency

    Kami memberikan pengkhidmatan tour ground handling di beberapa daerah yang favorit untuk di lawati di Indonesia. Kami arrange secara profesional dan dengan penuh rasa kekeluargaan, juga dengan harga tour yang sangat berpatutan seperti ke : Padang dan Bukittinggi Tour, Aceh Tour, Medan Tour, Jakarta dan Bandung Tour, Jogjakarta Tour dan Bali Muslim Tour.

    Contact person : Amsyahril
    Mobile : +6285263007445
    E-Mail : am_holidays@yahoo.com / kita_holidays@yahoo.com / kitaholidays@yahoo.com.

    ReplyDelete