Wednesday, January 12, 2011

Filler Flowers

*this is a scheduled entry

As-Salam dan hello semua. Ni scheduled entry. Time ni mungkin Rilla tengah menikmati keindahan Tangkuban Perahu ;p

Kali ni Rilla nak ajak korang sama-sama belajar pasal bunga-bungaan. Rilla pun tak la tahu sangat. So kita belajar sama-sama ok? Mana lah tahu ada readers yang nak DIY hantaran ke, centerpiece ke, pelamin ke, atau ape-ape decorations, boleh la rujuk entri ni. Entri kali ni kita belajar pasal Filler Flowers dulu.

Apekah itu filler flowers?
Ia adalah bunga-bunga yang digunakan untuk memenuhkan ruang-ruang kosong dalam gubahan bunga. Selalunya filler flowers ni rimbun-rimbun. Satu tangkai ada banyak bunga, so boleh buat tutup gaps. They're cheaper compared to focal flowers macam roses, lilies, etc. So filler flowers are also used for economical purposes. Moh kita tengok common types of filler flowers.


Asters

Aster ni selalu orang guna untuk filler flowers. Kecik-kecik je bunga dia, I'm sure you all dah biasa tengok bunga ni kan? Bunga ni yang bestnya, dia ada banyak warna. Purple, pink, putih, kuning.


Baby's Breath

This is a common filler. Bunga dia kecik sangat. Kalau dari jauh nampak macam dots. Bunga ni Rilla suka sebab nampak romantik. Stem dia sangat lembut. So, kalau nak cucuk tu, jangan rajin sangat petik satu-satu. Cucuk sejambak-sejambak.


Hypericum Berries

Hypericum Berries ni selalunya ada dalam warna merah atau orange. Stem dia kukuh, jadi bila nak cucuk-cucuk tu kuat sikit la. Kalau guna dalam hand bouquet, jangan letak banyak sangat, takut berat nanti.


Limoneum
Source

Limoneum ni bunga dia kecik-kecik je. Sesuai kalai nak mix dengan bunga warna purple or lavender. Cuma stem dia lembut, jadi agak susah nak cucuk.


Queen Anne's Lace
Source

Juga dikenali sebagai wild carrot. Bunga dia warna putihdan agak besar. Jadi, if nak guna as fillers, better jangan guna banyak sangat, takut tenggelam your focal flowers. Tapi Rilla tak pernah nampak pun kat Malaysia. Orang jarang guna kot?


Solidago

Juga dikenali sebagai Golden Rod atau Peacock. Warna kuning, tapi Rilla pernah nampak yang warna hijau jugak.


Statice
Source

Statice ni, bila kita pegang petals dia, rasa macam kertas sikit. Yang bagusnya, statice sangat durable dan tahan lama. Kalau you all pernah tengok bouquet yang ada guna statice, sure you all perasan, bunga ni la yang paling lambat layu. Ada dalam warna purple, pink, violet dan putih.


Sweet William
Source

Rilla sangat suka bunga ni sebab warna dia terang-terang semuanya dan bunga dia sweet. Ada dalam warna putih, purple, pink, macam-macam lah.


Wax Flower
Source

Bunga ni adalah bunga native Australia. Ada dalam warna pink, merah dan putih. Rilla jarang tengok orang kita pakai bunga ni, tapi ada.


Harap entri ni dapat bantu korang. Lepas ni, nak masuk kedai bunga, dah tahu la nak sebut nama bunga kan? Hehe. Entri pasal focal flowers ngan flower care mahu tak?

Reference

8 comments:

  1. ini kalau nk guna fresh flower eh?

    ReplyDelete
  2. Iedayah and Amy: Tenkiu and no problem.

    Ain: Ha'ah, untuk fresh flowers

    ReplyDelete
  3. you are amazing. you have helped me so much because i was searching all over for the names of filler flowers. now i get to teach my little preschoolers about the names of these flowers we're using for mother's day flower arrangement tomorrow.

    you rock! :)

    ReplyDelete
  4. nak guna fresh flower ke??saya pn guna fresh flower..sgt senang!! 2jam jerk siap 9hantaran without any testing pun

    ReplyDelete