Wednesday, March 14, 2012

Wedding Review: Reception Ceremony (Overall) + Floor Layout

(Amaran: Entri panjang sebab agak rajin)

Assalammualaikum dan hai korang!

Rilla mengagahkan diri, nak update review cepat-cepat biar habis hutang review. Dalam perancangan majlis, Rilla sebenarnya suka pengurusan yang tersusun dan sistematik. Walaupun majlis Rilla buat di rumah sahaja, tak bermakna boleh main hentam sahaja tentang pengurusannya. Semuanya Rilla ada dokumen. Kalau buka folder Rilla memang banyak gambar rajah, pelan lokasi untuk letak signboard pun ada, cerewet kan? Kali ini review secara keseluruhan tentang majlis resepsi/persandingan Rilla.

Tarikh
Di buat pada hari yang sama dengan hari nikah - senang, satu hari sahaja sudah siap dua majlis.

Masa
Majlis resepsi bermula dari pukul 6.00 petang hingga 10.30 malam (jadi banyak masa antara majlis nikah di sebelah pagi dan majlis sanding - Rilla sempat tidur).Tetapi di dalam kad, kami tulis majlis tamat pada pukul 9.30 sebagai satu inisiatif (inisiatif kau!) crowd management. Mula-mula kami sekeluarga mengumumkan yang majlis Rilla akan dibuat pada waktu malam kepada ahli keluarga yang lain, ramai yang beri reaksi yang tidak beberapa positif (bukan negatif tau, cuma kurang positif).

Agak pelik di Malaysia ini kalau majlis kahwin dibuat pada waktu malam untuk resepsi di rumah. (Kalau kat dewan atau hotel, tak pelik). Tapi kami gembira dengan keputusan kami. Bagi kami, Malaysia ini negara yang panas dan lembap, buat di sebelah malam lebih sejuk. (Tambahan pula dapat guna khemah lutsinar -ok, itu aku yang mengada). TETAPI, sebab yang paling penting kenapa Rilla mahukan majlis di sebelah malam adalah Rilla tak mahu mak dan ayah Rilla berdiri tengah hari, tengah panas nak sambut tetamu. Jadi walaupun mendapat sedikit persoalan dari orang lain, kami teruskan juga kerana ini keputusan keluarga kami.

Akhirnya ramai sahaja tetamu yang puji buat majlis malam - tak berebut dengan kenduri orang lain dan tak panas.

Tempat
Haruslah rumah ibubapa kesayangan! Dulu, masa nak buat keputusan tentang tempat, memang pening. Rumah ke dewan? Dewan ke rumah? Yang si emak nak di dewan. Si ayah nak di rumah. Tiba-tiba si anaknya pula nak mengada buat majlis outdoor. Tetapi si anaknya tak kisah, ikut sahaja cakap ibu bapa. Akhirnya kami memilih buat di rumah sahaja kerana rumah yang menerima tetamu mendapat berkat. Tetapi masalah utama adalah tempat letak kenderaan. Sudahnya jalan besar di rumah Rilla menjadi sesak kerana kenduri Rilla. Ampun!

Pelan Lantai
Tadi Rilla cakap pasal dokumen dan gambar rajah kan? Ini termasuk pelan lantai sekali (majlis atas jalan, ke kena panggil pelan jalan?). Rilla punya majlis buat di rumah, jadi kedatangan tetamu tu memang ramai sebab bukan majlis RSP. Tambahan pula majlis dibuat di sebelah malam. Pengurusan orang ramai sangat penting di sini.

Inilah Pelan Lantai Rilla

Anggaran jumlah jemputan adalah 1000 pax. Kebiasaannya caterer akan mencadangkan sekurang-kurangnya 5 khemah tetamu diperlukan untuk jemputan seramai ini. Tetapi kami ambil kira keadaan majlis. Berdasarkan pengalaman, walaupun majlis siang, 5 khemah kadang-kadang tidak cukup, apatah lagi jika majlis sebelah malam. Jadi, kami menggunakan 11 khemah keseluruhannya. 7 khemah disediakan oleh pihak catering - jenis Arabian, 5 khemah dari perniagaan famili Rilla sendiri (ini bisness dulu, sewakan khemah, khemah pyramid yang biasa sahaja). 2 khemah lagi dari YSA Wedding untuk jenis khemah lutsinar - digunakan untuk khemah pengantin dan khemah VIP. VIP di sini bermaksud rombongan pengantin lelaki ya, bukan Tan Sri mana pun. Itulah VIP Rilla. Kapasiti pelan ini dalam satu-satu masa adalah 380 orang (tidak termasuk kerusi tambahan).

Untuk meja VIP Rilla gunakan meja bulat kerana caterer bagi set dome. Rezeki Rilla mungkin, dapat sewa khemah lutsinar dan kerusi Chiavary dengan harga promo, memang murah. Niat di hati memang nak tukarkan semua khemah jadi lutsinar, tetapi kupendamkan sahaja nafsu itu. Kami tidak mahu kenduri yang nampak terlalu mewah. Rilla sangat suka khemah lutsinar dan kerusi Chiavary ni, cantik! Terima kasih mak dan ayah kerana izinkan Rilla gunakan keduanya.

Khemah rombongan pihak lelaki. Kebetulan depan rumah Rilla ada surau kecil, digunakan untuk tetamu menunaikan solat.



Untuk khemah tetamu pula Rilla gunakan susunan meja panjang supaya nampak lebih kemas. Gambar di ambil waktu petang. Mak cakap, pukul 6 petang tu dah memang ramai yang datang.

Kemudian, kami menambah sewaan kerusi dari caterer sebanyak 250 unit. Kerusi ini adalah untuk digunakan tetamu yang sudah selesai makan, habis makan duduk di kerusi, bagi can orang lain makan pula, begitu.

Keseluruhannya, Alhamdulillah majlis berjalan lancar (cuma masalah parking). Kalau nak ikut, khemah tak cukup, mungkin kena tambah lagi dua? Tapi mungkin kerana Rilla anak sulung, jadi ramai yang datang.

Itu sahaja, kalau ada yang Rilla lupa, Rilla tulis di entri akan datang ya.

22 comments:

  1. hai rilla, sy penah berhajat (hiks) nk bt majlis waktu mlm. tp org2 mcm pelik dan ssh nk terima :( reasons nk bt majlis waktu mlm sm mcm rilla. tahniah ya sbb berjaya bt majlis pd waktu mlm :))
    part kerusi tambahan tu fmly sy juga merancang begitu :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kan? Orang agak susah nak terima, tapi sebenarnya seronok tau buat malam. Tetamu yang bawak baby pun suka sebab tak panas.

      Delete
  2. FY pun guna chiaviary nnti utk majlis..tetapi utk vip lah (mcm rilla gak, vip tu kaum keluarga belah lelaki..hehe)..tak mampu nak sewa vip utk semua org..harga seketul chiaviary mcm harga per pax makan..sayang nya, kesemua majlis FY buat belah siang..kempunan lah nak pakai khemah lutsinar..huhu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Rilla dapat price RM10/unit je, murah kan? Huhu, kalau pakai transparent canopy siang, terbakar la tetamu. Takpe dear, am sure your wedding will turn out beautiful.

      Delete
  3. speechless. awesome, rilla! more update pls..~

    ReplyDelete
  4. rilla..bab u letak kerusi extra kt tepi tu bernas..tapi cume kekurangan die adalah tetamu..bukan nk perkecilkan tetamu tapi kadang2 ada tetamu yg bawak lari kerusi time kt meja bulat buat kumpulan lain kt tepi..so kerusi utk tetamu mkn x cukup..tp rasenye bende ni x terjadi kt majlis rilla kot..suke chiavary rilla~~

    psl majlis di waktu malam..i pun phm mesti ramai x puas hati sbb mlm katenye singkat je boleh buat majlis..pastu gelap susah nk amik gambar..n ade tendency family n pengantin tdo lmbt sbb majlis mesti habis tgh mlm..tp yg penting rilla punya famili setuju..tu yg paling penting..bagusla family rilla memahami :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. A'ah, tak terjadi, sebab kerusi ekstra tu memang kat tepi, jadi kalau diorang nak buat bulatan ke petak ke ape, diorang pakai kerusi ekstra tu je, tak kacau kerusi kat meja panjang.

      Majlis malam, sebab tu start pukul 6 supaya tak terlalu singkat. By 10.30 tetamu dah balik. Pukul 12 dah siap kemas. So workd fine for us, Alhamdulillah. Tu lah, yang penting keputusan parents Rilla, Rilla ikut je.

      Delete
  5. wah my dream weddingggg..yg part scallop kaler putih ngn kerusi chiaviary..tp tang scallop kaler putih dpt tentangan, kerusi tu lg la susah nk cari kt penang. berape ye sewa kerusi tu rilla?

    -yna

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hehehe, Rilla pun gaduh jap pasal scallop putih, tapi bukan dengan family, tapi dengan caterer. Pelik dia sebab Rilla mintak all-white. Sewa kerusi tu Rilla dapat RM10/unit. Kena sewa kat KL kot? lepas tu kena bayar transportation.

      Delete
  6. Hahaha, tenkiu abang-abang RELA. Thanks for coming Zimie. Kalau Zimie rasa nak datang lagi sekali, Rilla pulak rasa nak sanding lagi sekali XD

    ReplyDelete
  7. assalam.
    ur entry sangat banyak membantu :)
    khemah lutsinar dan kerusi chiavary tu Rilla sewa kat kampeni mana ye? YSA tu ke? ada link tak? thanks and selamat pengantin baru (hope tak lmbt sgt wish)

    -Nes

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alaikumsalam.
      Dear, ni link YSA: http://www.facebook.com/ysa.events

      Delete
  8. hye dear .. serious cantik .. mmg rela sgt penting .. hehe .. ryn pun de reception mlm gakz tp mlm berinai la .. family ryn its quite complicated skit .. so byk la yg ryn kene ikut .. pe pun .. cantik dear ..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Takpelah, mana yang parents decide, kita ikut je. Insya Allah majlis lancar.

      Delete
  9. Omg, dah review..teringin nak reception malam jugak! Tp mcm xpenah dibaut kat taman rumah i..kat penang jgk..i pn nak cri kerusi mcm tu!! Hehe..keep on updating review! Nak tgk pics;)

    -khairani

    ReplyDelete
  10. gud job u rilla! mila suka kerusi putih tu, english style..nak wedd camni tapi diri xmampu..nway dah prgnant belom? sama2 doa moga dpt rezeki anak cepat :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Thank you~~ Kami belum ada rezeki lagi. Tapi kitorang tak rushing nak dapat baby. Mana-mana dan bila tu, kitorang serah je kat Allah :)

      Delete
  11. ya Allah rilla.cantik sesangat! dulu penah berhajat nak buat majlis malam.tp semua tak setuju.so tukar siang :) tapi memang adore ngan kerusi tuuu.dr dulu.tp macam kte buat kat dewan dah sedia sekali kerusi banquet tu,.mcm rugi pulak kalau sewa kan.tp teringinnya la hai!cantik sesangatttttttttt.pengsan jap.

    ReplyDelete
  12. Hi Rilla,nak tanya masa ambik YSA ni susah ke nak get in touch/contact diorang? I dah bayar 2 weeks still tak dapat receipt. Dah mula nak risau ni.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hai. Masa Rilla dulu, bila contact sms/call memang berjawab

      Delete