Assalammualaikum dan hai pembaca-pembacaku sekalian. Sihat hendaknya.
Harap kalian bersabar sahajalah dengan Rilla yang tak habis-habis buat review tentang majlis-majlis Rilla. Kali ini tentang meja makan beradab pula. Sekali lagi, seperti aspek-aspek lain dalam majlis Rilla, hiasan meja makan beradab Rilla adalah ringkas sahaja. Rilla tak suka hiasan yang terlalu berat dan sarat. Yang penting, muka pengantin mesti nampak. Kadang-kadang terlalu banyak hiasan, tetamu tak dapat lihat pun muka pengantin.
Pandangan hadapan meja makan beradab Rilla |
Untuk meja makan beradab, Rilla hanya menggunakan reben, lantern, tealights, dan pasu berisi bunga. Lantern dan tealight holders Rilla beli di IKEA. Harga lantern RM25/unit. Harga tealight holder RM1.90/unit. Pasu pula berharga RM11.90. (Letak harga awal-awal sebelum orang bertanya).
Dalam gambar ni boleh nampak pasu yang diisi bunga orked. Dalam gambar ini juga korang boleh nampak ribbon lantern yang Rilla DIY. |
Rilla juga telah DIY Ribbon Lantern seperti yang korang boleh nampak di dalam gambar di atas. Senang je nak buat. Main gam sahaja reben ke gelungan dawai.
Kat sini boleh nampak gambar botol berisi bunga. |
Botol-botol pula Rilla beli di SSF, harga dalam RM9.90 kalau tak silap. Sekarang ni botol tu dah dijadikan botol untuk isi air dalam fridge. Jadi walaupun digunakan untuk dekorasi, tetap ada kegunaan yang praktikal selepas kahwin.
Untuk centerpiece meja VIP juga menggunakan idea yang sama. Bunga orked yang diletakkan di dalam botol. |
Kerusi chiavary yang dihias dengan reben organza. |
Untuk hiasan kerusi pula cuma hiasan ringkas menggunakan reben organza. Cuma sayang, Rilla beli segulung sahaja, jadi tak dapat diikat dengan panjang dan berjurai. Tapi tak mengapa, Rilla pun malas nak membazir sebab reben-reben ni akhirnya entah ke mana.
Sekian entri hari ini. harap kalian suka :)
Untuk tempahan kemah dan kerusi chiavary, sila search "YSA Weddings" di Facebook.
Untuk tempahan kemah dan kerusi chiavary, sila search "YSA Weddings" di Facebook.
Erk. Br pasan rilla xletak ke badge yg 4weddingku kasi 2? Most creative bride 2011. Hehehehe.
ReplyDeleteYa ampun... nak letak, tapi asyik lupa je. Thanks for reminding!
ReplyDeletesweet la rilla. cantik !!
ReplyDeletehik2..nsb bek ade org ingatkn haaaaa...^_^
ReplyDeletesuka idea meja tu!!
ReplyDeletehee cantik n kretifnye..
ReplyDeleteberapa meter ye kain pakai untuk buat backdrop dy?
rase mcm nak diy jugak..:-)
Rilla tak sure la dear sebab kain back drop tu vendor kemah yang sediakan
Deletekerusi tu mana nak dapat ya?sewa ke?dimanakah?berapa cost?
ReplyDeletekerusi tu mana nak dapat ya?sewa ke?dimanakah?berapa cost?
ReplyDelete