Sebenarnya dah pernah dapat permintaan, tapi lambat pula Rilla nak kongsi skrip pengacara majlis ni. Teks ini Rilla Google dan kemudia diubahsuai mengikut kesusaian majlis Rilla (tak ingat link asal, siapa tahu, bagi tahu Rilla ya). Rilla ada dua pengacara majlis pada malam tersebut, seorang lelaki, seorang perempuan, tapi teks ini masih sesuai untuk digunakan kalau ada seorang pengacara majlis sahaja. Teks ini juga hanyalah untuk majlis 'dine and go', bukan 'seated dinner'.
Rilla kongsikan di sini untuk rujukan semua ya. Boleh copy dah ubah suai ikut majlis korang. (Memang teks asal, kalau nak copy, silalah tukarkan kata nama khas yang digunakan ya).
----------------------------------------------------
Majlis Perkahwinan Rilla & Fuad
1 Januari 2012
Teks Pengacara Majlis
Pengacara Majlis:
Amir Hamidi Amha
Rafidah Mohamad
Masa
|
MC
|
Teks
|
Nota
|
8.40 pm
|
Didi
|
Majlis memohon kerjasama para hadirin untuk duduk
dan mengambil tempat bagi memberi laluan untuk pengantin berarak.
|
|
8.45 pm
|
Rafidah
|
Sirih junjung berhias indah,
Sekacip pinang pembuka kata,
Bunga manggar kilau bercahaya,
Datang berkunjung ke majlis meriah,
Sejarah terukir nilai permata,
Lembaran sejarah kini bermula.
|
Paluan kompang dimulakan selepas pantun selesai
dibaca
|
|
Didi
|
*selepas pengantin tiba di pintu gerbang*
Diiringi paluan kompang, sama cantik dan sama
padan, beriringan masuk, pasangan raja sehari; Amrillah Binti Amrullah dan
Fuad Suffian Bin Abdul Majid
|
|
8.55 pm
|
Didi
|
*selepas pengantin duduk di pelamin*
Dari Raub pergi ke Pontian
Terus pula ke Kuala Perlis
Harap semua berikan perhatian
Mohon saya mulakan majlis
BismilLahir Rahmanir Rahim
Assalamu `Alaikum W.B.T.
|
|
|
Rafidah
|
Yang dihormati Encik Amrullah Buang dan Puan
Rohani Md Hussain, selaku tuan rumah, yang diraikan pasangan mempelai, yang
dihormati ahli keluarga, saudara-mara, teman sekerja dan rakan-rakan
kedua-dua mempelai, hadirin dan hadirat para tetamu yang diRahmati Allah
S.W.T. sekalian.
|
|
|
Didi
|
Saya, Amir Hamidi Amha
|
|
|
Rafidah
|
dan saya, Rafidah Mohamad
|
|
|
Didi
|
pengerusi majlis pada hari yang berbahagia ini,
mengucapkan Selamat datang ke
Majlis Perkahwinan Amrillah Binti Amrullah dan
Fuad Suffian Bin Abdul Majid.
Bagi memohon majlis ini diBerkati dan dirahmati
Allah SWT, marilah sama-sama kita menadah tangan mengaminkan bacaan selawat
dan doa yang akan dibacakan oleh saudara Mohd Hanafi Munshi.
Dipersilakan.
|
|
|
|
*bacaan doa dan selawat*
|
10 minit
|
|
|
*pertunjukkan silat tari & kompang*
|
10 minit
|
9.15 pm
|
Didi
|
Bagi tidak membuang masa lagi, kita terus ke
majlis menepung tawar dan merenjis air mawar.
Dengan itu, saya menjemput Encik Amrullah Buang & Puan Rohani Md.
Hussain, Ayahandabonda kepada pengantin perempuan.
|
|
|
Rafidah
|
Seterusnya, Puan Hajjah Safiah Abdullah &
Encik Farmy Abdul Majid, Bonda & abang kepada pengantin lelaki.
|
|
|
Didi
|
Seterusnya, Y.B. Tan Sri Dato' Setia Ambrin Buang
& Isteri, Ibu & bapa saudara kepada pengantin perempuan.
|
|
|
Rafidah
|
Seterusnya, Encik Othman Md. Hussain &
Isteri, Ibu & bapa saudara kepada pengantin perempuan.
|
|
|
Didi
|
Seterusnya, Puan Marlia Abd Majid, kakak kepada
pengantin lelaki & Suami.
|
|
|
Rafidah
|
Dan, Puan Marlina Abd Majid, kakak kepada
pengantin lelaki & Suami.
|
|
9.30 pm
|
Didi
|
Demikianlah tadi, acara menepung tawar dan
merenjis air mawar bagi memeriahkan majlis persandingan pasangan pengantin
kita hari ini.
Puan dibawa ke Gunung Ledang
Dibawa dengan penuh beradab
Lauk pauk telah terhidang
Kini masa makan beradab
Majlis diteruskan dengan acara kemuncak kita pada
hari ini iaitu majlis makan beradab. Dengan rasa hormatnya, saya menjemput
pasangan pengantin dan ahli keluarga untuk bersama - sama ke meja yang
disediakan bagi menikmati hidangan.
*Pengantin berjalan dan duduk di meja utama*
|
|
|
Rafidah
|
Semerbak bunga seroja
Dibelai dara pingitan
Lauk pauk penuh semeja
Jemput mempelai menikmati hidangan
Bagi hadirin / hadirat yang dirahmati sekalian,
janganlah malu janganlah segan untuk sama – sama menikmati juadah enak yang
disediakan. Bagi tetamu yang baru tiba, saya mengalu – alukan kehadiran tuan
tuan dan puan puan ke majlis yang bersejarah ini.
|
|
|
Didi
|
*selang masa 30 saat*
Bagi mengisi ruang dan waktu ketika ini, majlis
mempersilakan En. Edzuan Shamsuddin, rakan sekuliah kepada pengantin
perempuan untuk menyanyikan sebuah lagu diikuti dengan persembahan layar
majlis pernikahan yang berlangsung pagi tadi.
|
|
9.30 pm
|
|
*nyanyian oleh Edzuan*
|
5 minit
Lagu: Sedetik Lebih
|
9.35 pm
|
|
*playback video nikah*
|
5 minit
|
9.40 pm
|
Didi
|
*selang 30 saat selepas playback nikah*
Untuk ke acara seterusnya, Majlis dengan ini
menjemput kedua – dua mempelai untuk acara memotong kek. Dengan segala
hormatnya, dipersilakan.
|
|
|
|
*upacara potong kek*
|
5-10 minit
|
9.45 pm
|
Rafidah
|
Tanam laguna tumbuh kelapa
Terbit bunga pucuknya mati
Budi semua tak kami lupa
Sudah terpaku di dalam hati
|
|
|
Didi
|
Tuan puteri tersenyum-senyum
Melihat laksamana bermain rodat
Senyum-senyum jangan tak senyum
Sudah sempurna segala adat
|
|
|
Rafidah
|
Pergi ke dusun memetik kelapa
Kelapa muda si kelapa barli
Jari disusun maaf dipinta
Panjang usia bersua kembali
|
|
|
Didi
|
Mohon maaf atas segala kekurangan semasa
mengacarakan Majlis ini. Berjumpa kita lagi pada masa yang akan datang. Saya
mengucapkan salam hormat buat semua, Wabillahitaufiq walhidayah
wassalamualaikum WBT.
|
|
Thanks Rilla, sangat useful. You rock!
ReplyDeletereally help me a lots! thanx rilla~
ReplyDeletethanks rilla :)
ReplyDeletethanks kak rilla!
ReplyDeleteWow sangat sangat membantu.Ziema memang tengah cari teks untuk wedding malam hehe :)
ReplyDeleteThanks Rilla :)
berguna d ms depan ni.. heeh tq for share kak..:)
ReplyDeleteTq for the sharing.minta izin utk extract a few xords dr skrip ni ye...tq
ReplyDeletekalau dinner punya sesuai tak???or ada link2 yg berkaitan???da tepu da otak ni mencari....
ReplyDeletebagus sgt membantu..tq
ReplyDeletebagus byk membantu
ReplyDeleteAs salam....
ReplyDeletemohon kebenaran untuk kita jadikan serta gunakan ayat-ayat pemanis dalam teks ini...
terima kasih yer...
Mohon share ya sebagai panduan. tq
ReplyDeleteSalam..mohon izin untuk jadikan rujukan :) terima kasih
ReplyDelete