Wednesday, September 28, 2011

Wordless Wednesday: Bunga Telur Crochet Anyone?



*Siapa berminat untuk tempah, boleh click link kat atas tu ye. I don't receive any comission on this. I'm just sharing it with you guys because I think it's cute :3

Tuesday, September 27, 2011

Baju Nikah Beading: Done!


But not mine, hahaha


Assalammualaikum dan hai cantiks.

It's actually a client of mine punya baju. If you guys remember, Rilla pernah publish entry pasal satu beading untuk baju tunang dulu, it's the same girl. Sekarang Rilla buat beading baju nikah dia pulak. Baju nikah ok, bukan boleh buat main. Part of every girl's biggest day of her life. Nevertheless, I'm beyond honored.

Actually, baju dia memang chiffon beaded. Memang dah banyak manik pun. Cuma she wanted a pop of colour. So Rilla decide warna biru (she left it to me untuk sesuka hati decide warna). Pink dah selalu sangat orang buat kan? But then again, tak boleh buat design yang bombastik sangat, design simple camni pun, baju tu dah jadi berat.

This is what I have to work with


Close-up shot (I love this pic, boleh? Hahahaha. Masuk bakul, angkat sendiri)

Simple sahaja. Rilla guna sequins, glass beads, some pearls, sugared beads (taram jek, tak tahu nama sebenar beads ni) and a couple of hundred hot-fix crystals. Alhamdulillah, dia suka. Which makes me happy :D


Action shot. Takde yang penuh la pulak.
Tahniah Ate!

Monday, September 26, 2011

{DIY} Felt Flowers

Assalammualaikum dan hello my lovely readers.

Kali ini entry untuk sekumpulan tutorials felt flower yang Rilla jumpa. Felt flowers kan tengah in, so Rilla compile tutorials kot-kot ada yang teringin nak DIY. Kos buat felt flowers pun tak mahal sebab felt ni murah je. RM5/gulung kat Daiso. Click the links under the pictures for the tutorials.




















Banyak kegunaan felt flower ni, the possibilities are almost endless. Garlands, centerpieces, hand bouquets, corsages, bunga telur, you name it. Selamat mencuba!

Sunday, September 25, 2011

98 Hari Lagi: Entry Versi Cuak

Assalammualaikum dan hai cantiks.

Huhu, I missed the '100 days to go' milestone. Sebab on that day Rilla pergi Perak, so focus untuk travel sahaja. Tau-tau, hari ni dah 98 hari lagi je. Sudah jadi dua digit sahaja, sobs T.T (sedih sebab banyak preps beluum settle).

No more 3-digits :O


Banyak ok yang Rilla belum buat. Tapi salah sendiri sebab malas, hahah.

"Ya Allah Ya Tuhanku. Jauhilah aku dari sifat malas." Aamiin.


Important Next Steps:
  1. Legal stuff: Settlekan borang permohonan nikah.
  2. Baju: Satu ape pun tak tempah lagi. Jangan kata tempah, design pun nan ado lagi. Giler selamba kan aku?

OK, harus settle kan ini dua or at least ada progress di situ.

Thursday, September 22, 2011

Bridal Look Sketch 2: Elie Saab for Renee

Assalammualaikum dan hai sayangs

Oleh kerana sambutan untuk entri Bridal Look Sketch yang pertama amat menggalakkan, maka Rilla akan teruskan segmen ini. Kali ini khas ditujukan buat Renee menggunakan dress dari Elie Saab Fall 2011/2012 Couture collection. Tajuk entri macam Elie Saab yang designkan untuk Renee, kikiki. Tapi tak dapat Elie Saab pun, dapat Rilla punya digital sketch pun jadilah kan? Hahahah, boleh ke substitute gitu?


Ada buttons on the top, tapi tak nampak sangat sebab colour macam blended sikit. I like the outcome. Pastu pakai simple hair accessories macam hairband di bawah ini:



Oh! Sangat sophisticated!

To Renee, I tried my best and hope you'll like it dear *kenyit mata banyak-banyak dengan harapan Renee suka* LOL

Tuesday, September 13, 2011

Setting You Wedding Date: Some Tips

Assalammualaikum dan hello my lovely readers semua.

Bride Doll courtesy of Zehabix

So how does one determine their wedding date? Ni salah satu benda yang memeningkan kepala bagi setiap B2B and G2B (groom to be). Rilla tak sure lah whether tips ni berguna ke tak, but this is how me, Kanda and our family decided the date for my wedding.

  1. Discuss with your fiance on possible dates. Ni no-brainer pun kan? Tapi make sure list beberapa dates yang sesuai ok, bukan 1 date je. So your elders ada options. Remember, we're dealing with two families here.
  2. Decide on your events arrangement. Nak nikah and sanding hari lain-lain ke, same day ke. Majlis tandang bila? Nak join kenduri ke ape.
  3. Consider the holidays. Whether it's important for your family to have it on school holidays or not. In my case, tak berapa penting sebab family tinggal dekat-dekat dan sepupu semua dah besar-besar. But I tried to have it on public holidays.
  4. Run through the possible dates with both sides of the family. Macam Rilla, Rilla bagi tahu kat mak dan ayah while Kanda informed his mom. Minta diorang pilih a few options juga. Bukan 1 date je. Make sure you inform them date you and your fiance paling suka. Lepas tu minta diorang bagi tahu you all date yang diorang prefer juga dari a few options yang diorang bagi tu.
  5. Next, sit down and discuss with your fiance dates yang match. Meaning yang both family free. Then select your date.
  6. Check whether your date tu clashed or too close with close relatives' events. Ni sangat penting. Mana tahu kot ada sepupu nak kawin time dekat-dekat wedding korang jugak kan. If they have chosen their date first, and your date tu dekat sangat atau sama dengan date diorang, back-out please...or at least try as much as possible to find another date. Mungkin pada kita tak apa, tapi kita tak tahu kemampuan saudara-mara kita kan? Baik dari segi kewangan mahupun tenaga fizikal ataupun masa.
  7. Jika date korang tu ok, dan takde clash ke then boleh proceed dengan date pilihan korang.
  8. Inform your family and announce it to your close relative (untuk mengelakkan saudara anda memilih tarikh itu/yang berdekatan juga).
  9. Most important of all, ask Allah for patience because this can drive you crazy..well, almost.

Friday, September 9, 2011

MUA: Booked!

Assalammualaikum dan hai cantiks

Just a quick update. Excited sebab boleh cross another item from my checklist. One of the key things that I need to do actually - MUA booking. KL B2B ni semua advance-advance belaka. If sought-after MUA tu cepat je fully booked. Being a procastinator, memang la Rilla ni lambat je nak booking bagai. I have this one MUA that I want, tapi malangnya, untuk tarikh Rilla tu, dia tak available. Masa Rilla dapat tahu tu, dah fikir 'adoi...malasnya aku nak survey-survey MUA ni'. (I'm so malas sampai up to one point, rasa nak makeup sendiri je - malas nak survey punya pasal, LOL) Haha, but I think it's a blessing in disguise.

Sebab I've came across with another MUA in which, judging from her portfolio, can deliver my expectations. Her work also is better than the initial MUA yang Rilla nak tu. Rilla nak yang make-up outcome dia macam Kak Sai punya hasil tangan, tapi nak yang tak mahal, hahahah. Boleh gitu? Ala, kalau Rilla nak book Kak Sai pun, I'm sure she's fully booked on my date tu.

Actually my expectation tak lah tinggi mana. I'm a simple girl. I want a simple makeup during my big day nanti. No false eyelashes (wearing falsies is the same like wearing a wig, no?), no eye shadow warna warni macam hijau, biru, merah ke (ada ke orang pakai eyeshadow merah?). I've never wore heavy eye makeup, so why should I just because it's my wedding day? And most importantly, blusher kena subtle je. Eh, tapi this is my opinion je ok. I'm not suggesting that you should do the same. If you like makeup meriah-meriah, go ahead (actually you dont't need my approval pun kan?). It's your day after all. You should do whatever that'll make you happy. I just want to look like myself, only slightly better.

Unfortunately, walaupun Rilla nak makeup yang simple, tak banyak MUA yang boleh deliver. This is based on their portfolios la. Not sure whether it's the bride's request or the MUA's style, tapi kebanyakkannya, makeup style yang heavy-heavy (at least in my opinion la - kot kalau ikut orang lain dia cakap standard bridal makeup). So, it's not easy to find an MUA who can edit their work, who can hold back from adding more things. Rilla suka perpatah sikit itu lebih. Less is more kalau speaking London.

So, when I saw my MUA's portfolio, Rilla terus je contact, tanya rate, how much do I have to pay etc. Luckily she's available for my nikah and sanding. Rilla pun dah malas nak cari yang lain, kanda pun suka style dia. So, I've paid the deposit (which was 40%) cepat-cepat. Lega kepala, satu benda selesai. Rate dia ni mid-range, jadi to me, affordable la. She's also very nice, tak pushy, tak kekwat. Oh, she's not well known MUA pun di kalangan BBF. So dont ask me who, nanti lepas majlis, I'll reveal her if the outcome best. In the meanwhile, I letak some of her works.



Thursday, September 8, 2011

Bridal Look Sketch 1: Elie Saab Resort 2012

Assalammualaikum dan hellow cantiks.

Kali ini, Rilla mahu introduce segmen baru untuk blog ni. Rilla selalu jumpa dress-dress oleh designer antarabangsa yang maveles-maveles semuanya. Tetapi tak sesuai untuk pasaran muslimah Malaysia. Jadi Rilla buat segmen ini - Bridal Look Sketch - di mana Rilla akan sketch balik untuk sesuaikan baju tu dengan imej pengantin muslimah. If banyak sambutan baik untuk segmen ini, Insya Allah, jika ada masa terluang, Rilla akan buat lagi.

I looooove Elie Saab's Resort 2012 Collection. Sangat cantik semuanya. Cuma biasalah, kalau dah namanya Resort collection, haruslah berwarna-warni sikit. Ini bukan bridal collection. Rilla ada suka beberapa piece, one of them is this:

Merahnya Mak Ngah, hahaha

This is not too difficult to be muslimah-zide. Imagine it's a soft peach and ivory colour, add a chiffon sleeve, and wear your headscarf. Tada...you're ready for your wedding day. Depicted in below sketch, is a headscarf a-la Yuna. Sweet and simple for solemnization don't you think?


Hand bouquet coutsey of The Craft Potion

Wednesday, September 7, 2011

Surah Yassin as Doorgift

PERHATIAN: SAYA TIDAK MENYEDIAKAN PERKHIDMATAN TEMPAHAN YASSIN. SILA KLIK LINK YANG DISEDIAKAN

Assalammualaikum dan hai uolls.

How's your raya? Rilla sebenarnya telah dijangkiti penyakit malas..malas nak update blog, malas nak buat prep wedding. Cik Rilla oii..tinggal 100++ lebih hari je, ape pun tak buat lagi. Nanti tunggu dah tinggal 100 hari baru aku nak panik tengok checklist yang panjang berjela.

Sebenarnya Rilla baru finalise bilangan tetamu untuk nikah. We're estimating 150 pax camtu lebih kurang. Jadi sekarang, senang untuk kitorang tempah catering dan sebagainya. Untuk doorgift juga harus difikirkan. Tetiba terfikir, why not surah Yassin kan?

I love this idea sebab orang boleh guna. If bagi surah amalan atau al-mathurat, most probably, orang yang memang amalkan sudah pun ada naskahnya, jadi, in my humble opinion, better bagi surah Yassin sebab even diorang dah ada naskah diorang sendiri, still boleh guna bila diorang buat kenduri tahlil ke ape kan. Berikut adalah vendor yang mana Rilla sempat survey dikala kemelut kemalasan yang melanda bak badai ini.


Ada hot stamping. Nampak eksklusif gitu.



My favourite by far sebab design sweet dan harga affordable.




Yang ni bukan customized Yassin, tapi di-deco-kan. Menarik juga kan? Siapa rajin, sila DIY.



Ini juga Yassin deco. Vendor ni dekat Kulim, Kedah.



Arghh...yang ni pun sweet jugak. Kena mintak quotation ni.




Yang ni sangat superb. Jahit satu-satu gitu.


Personally, Rilla suka Yassin yang bertajwid tu, like the one I'm using. Tulisan besar, senang nak baca dan warna-warni hukum tajwid dia. Cuma susah nak cari yang boleh customized. Nak bagi Yassin as doorgift ni kena hati-hati sikit. Make sure orang tahu yang kita bagi tu Surah Yassin. Letak sticker amaran atau letak sahaja dalam bekas see-through. Jadi takdelah orang letak merata-rata kan?

Hopefully, this entry is informative.