Thursday, October 20, 2011

Rilla's Craft {1} DIY Bunga Manggar

Entri ini adalah sebahagian dari siri Rilla's Craft. Sila klik logo di atas untuk paparan semua siri ini.


Assalammualaikum dan hai korang

Apa khabar semua? Sihat? Kali ni saja nak cakap, "Bunga Manggar: Done!" ahahaha. Over kan, lagi 2 bulan setengah dah buat bunga manggar? Kau ni mesti dah meroyan sangat nak kahwin kan Rilla? Oh, suka hati andalah nak kata apa, Rilla cuma nak siapkan benda-benda remeh macam ni awal-awal. Dah siap, simpan, lepas tu tak payah fikir dah. Sonang. Selalu benda macam ni last minute baru nak fikir, nak buat, lepas tu kelam kabut. No, I dont want to have that kind of situation.

Being me, of course I wont settle for the traditional bunga manggar. There's some things that I wanted to keep traditional, but for some, I wanted the modern version. So presenting, my bunga manggar:


Rilla punya ni bunga manggar ombre. Kelasss kau Maria! Bunga manggar pun nak ombre.


Tutorial DIY Bunga Manggar Versi Super Rajin

*Silakan klik pada gambar untuk membesarkannya.

Bahan-bahan:

1. Pembaris
2. Gunting
3. Pensil/kapur
4. Jarum peniti
5. Lilin
6. Playar
7. Dawai No. 26
8. Lidi bunga manggar
9. Floral tape
10. Kain satin

Langkah 1

Ambil kain anda, lipat dan pinkan. Tandakan lebar 3 inci atau apa-apa sahaja saiz yang diingini.








Langkah 2

Potongkan kain mengikut tanda yang telah dibuat tadi. Jadi korang akan dapat satu strip kain macam ni.







Langkah 3

Lipatkan lagi, dan potong sisi kain yang berlipat itu. Nak senang, pinkan supaya kain tak bergerak.








Langkah 4

Potong kain yang telah digunting tadi menjadi bentuk seperti nombor lapan. Bakarkan hujungnya untuk mematikan fray kain. Ini akan menjadikan kelopak bunga.






Langkah 5

Ambil dawai nombor 26 dan lilitkan pada bahagian tengah kelopak bunga tadi.








Langkah 6

Lilitkan lagi satu kelopak untuk membentuk sekuntum bunga.








Langkah7

Buatkan kuntuman bunga ini sehingga anda pengsan secukupnya. Macam Rilla, Rilla guna sembilan kuntum bunga untuk setiap lidi bunga manggar. Rilla buat 60 lidi. Jadi 9 x 60 = 540 kuntum.





Langkah 8

Lilitkan bunga pada lidi bunga manggar. Kemudian balutkan lidi menggunakan floral tape. Rilla guna yang warna coklat. Korang nak guna warna apa pun boleh. Rilla tak pasti jenis lidi yang Rilla guna ni. Macam buluh pun iya juga. Beli di Sayang You.






Siap!! Baru satu batang. Sila repeat sampai cukup. Rilla buat 60 batang pun rasa nak muntah. Belum buat 100 batang lagi. Notice tak bunga yang pink cair tu kecil sedikit? Korang boleh guna teknik yang sama, tapi instead of 3 inches wide, you cut the strips in 2 inches wide.



Tempat cucuk pun dah siap. Rilla beli polisterin dan balut guna lebihan floral tape yang ada tu. Ringkas sahaja. Dah siap bungkus bunga manggar ni dan simpan atas almari. Dah nak dekat hari nanti baru buka balik.

Selamat mencuba ya! Do share with me if you attempted this.

23 comments:

  1. cantek nya....sangat rajin la u ni...

    ReplyDelete
  2. cantik...
    rajin rilla wat ek..
    byk tu..hehehe
    nak ty rilla guna kain jenis ape ye?

    ReplyDelete
  3. rajinnye Rilla ni..tapi puas ati kan DIY sendiri =)

    ReplyDelete
  4. wowww.cool gila u babe! tp betul la buat awl2.i yg beli manggar kilat2 yg mcm dlu kala tu pn beli awl.tp skali bila last minit pg sanding nk pasang kt batang pastu nk cari betik pulak nk cucuk.last2 bunga manggar i tak rimbun pun. jarang2 je hahaha.sedih sungguh.nasib la org tak pasan lgsg.mmg less bunga manggar okkk.i mmg cmtu.benda kecik yg i rs remeh(to me i rs remeh myb to some people not hehe) i mmg bo layan je.haha

    ReplyDelete
  5. ya Rabbi! gigihnye u ni sampai blh buat benda yg remeh2 cmni...gud job rilla!

    ReplyDelete
  6. cantiknya..macam bunga sakura pn ada.. :)

    lps ni jadi 'bunga manggar rilla' :D

    ReplyDelete
  7. Wahhh. sangat kreatif + rajin. Hehehhe.
    cantik.

    ReplyDelete
  8. tak berat ke nanti kalo cocok kat polisterine tu je? takoot koyak nnt

    ReplyDelete
  9. Sfarlina & Nolyndila: Tenkiuuu

    Nia: Tak tahu pulak kain apa ni, dia kedut-kedut. Tapi if u nak try, pakai satin pun boleh, satin yang murah2 tu

    ReplyDelete
  10. Farah: Sangat! Sebab tu DIY, puas hati.

    Lisa: Rilla tamo yang kilat-kilat tu. Gedik kan? hahaha

    ReplyDelete
  11. Nana: Sebab tu nama bunga manggar ni Bunga Manggar Versi Super Rajin

    Saila: Jadi trademark la pasni

    ReplyDelete
  12. Lysa: Tenkiu

    Raden: Insya Allah tak. Sebab kalau tengok gambar tu, lidi tu tak melentur pun, so tak berat pun.

    ReplyDelete
  13. i love ombre..!! my nikah nite theme colour.. weee :)

    totally adore ur project dear..! :D

    ReplyDelete
  14. mak ui.rilla sangat rajin dan kreatif dan gigih.salute sama anda!!!tak pernah pulak terpikir nak buat gini.salu kan bunga manggar kan jenis lip lap lip lap tu.heh good job dear!

    ReplyDelete
  15. Rilla, salut lah. Kreatif & rajin you diy. niceeeeeee! ;-)

    ReplyDelete
  16. Tatie: Boleh, akalu 1 = sebatang jek, hehhehe

    Zimie: Tamo bunga manggar lip lap ;p

    Cik Hazz: Tenkiuu

    ReplyDelete
  17. Rilla, boleh tak buat video or anything utk tunjuk how to lilit kelopak bunga tu pada dawai. Sori saya agak slow ehehehe Nway cool blog u hav there

    ReplyDelete
  18. hi rilla, nak tau mana boleh dapat lidi bunga manggar yea dear? bukan lidi penyapu kannn? heheh.

    Thanks rilla! :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Bukan lidi penyapu, hehe. Dia lidi buluh kalau tak silap. Rilla beli kat Sayang You

      Delete