Assalammualaikum dan hai semua
Semalam, Nadya, salah seorang BBF, telah mengambil inisiatif untuk menganjurkan satu perjumpaan ringkas di kalangan BBF (ayat karangan formal). Terbuka kepada semua BBF yang berkelapangan ketika itu. Pukul 12.30 di Cozy, Great Eastern Mall, Jalan Ampang. GE Mall ni dengan rumah Rilla, 5 minit saja, tapi percaya tak jika Rilla cakap Rilla tak pernah pergi sepanjang 25 tahun ni? Hahaha, memang tak pernah ada keperluan untuk ke GE Mall sebelum ini.
Memang selalunya hari Ahad, Rilla akan duduk rumah. Dan Rilla fikir, kenapa tak untuk pergi ke Sunday Brunch ni. Selalu nak datang wedding BBF mesti ada hal. Kalau wedding BBF tu memang boleh kira sebelah jari je yang Rilla pergi. Jadi, memang ramai BBF yang Rilla tak pernah jumpa face to face. Jadi, Rilla terus sahaja join. Sekali-sekala melepak dan bergossip kan? Seronok sangat, mana tak, 4 jam kitorang duduk kat situ. Waitress pun dok menunggu je bila kitorang nak bangun. Meja sebelah dah tukar-tukar orang, kami masih lagi di situ. Hahaha.
Sesi dimulakan dengan acara makan. Nadya sampai dulu, lepas tu Rilla sampai. Order Air. Lepas tu Zimie sampai, order makan pula. Tak tahan dah, lapar, hahaha. Lepas tu baru Renee dan Tatie sampai. Nadya, Rilla memang datang majlis bertandang dia dulu, Nadya ni kelakar tau, suka dengar dia bercerita. First time jumpa Dato' Renee yang sweet (serous babe, Rilla suka tengok muka Renee, sweet), Zimie yang kiut (our teddy bear of the day sebab dia paling kecik) dan Tatie yang menawan (Tatie ni tinggi macam model tau. Tatie, nanti bila Rilla jadi designer, Tatie jadi model Rilla ok? Hahahah. Berangan pula, sila lempang). Nasib baik Rilla pakai wedges, boleh la feeling-feeling tinggi. Seronoklah akhirnya dapat jumpa diorang ni. Yelah selama ni hanya berborak melalui blog dan BBF group sahaja.
Minuman tema: Ice Lemon Tea.
Diikuti dengan acara cam-whoring usai sesi bergosip. Seronok berborak dengan diorang ni, kongsi pengalaman, info tentang vendor semua. Lebih hangat daripada biasa.
Acara diteruskan dengan sesi meneka kegunaan alatan dapur. Acara yang sangat sesuai untuk kami isteri dan bakal isteri. (sebenarnya teman Nadya beli barang rumah).
Macam sudip ni, anda tahu kegunaannya? (eh, terbalik pula gambar ni. Lantaklah).
A) Untuk masak burger
B) Untuk lenyek pisang untuk buat cekodok
C) A&B
D) Tak tahu
Sila organize lagi acara makan-makan begini, seronok amat :D
jelesssssssssssssssssss! ;p
ReplyDeletei had fun tooo..!!! bila lagi nak jumper niee.... hehe :)
ReplyDeletejealos. T_T. sbb x dpt join. buat lg jom. ehehehe
ReplyDeletebest jumpe korangssssss
ReplyDeleteKerry: Next time boleh la join
ReplyDeleteRenee: Kann? Best. Yok lepaks lagi. Kita gi mamak pulak
Erin: Ala, next time join k
ReplyDeleteNadya: Best dapat jumpa Nadya
Zimie: hahaha, ye ke? Rilla rasa Rilla pakai simple jek, heheh
ReplyDelete