Friday, May 6, 2011

Majlis Pertunangan: Flow Majlis

Assalammualaikum dan hai...

Kali ni Rilla nak share tentang flow majlis pertunangan Rilla tempoh hari. Mana lah tau kot-kot ada readers yang boleh mendapat manfaat dari entri ini kan? Jadi Rilla nak share tips la macam mana nak melancarkan majlis.

Planning & Communication

I can't stress on the importance of these two words enough. Sangat penting. Seminggu sebelum majlis, bincang dengan famili apa yang perlu dibuat. Macam Rilla ngan family, kami duduk bersama dan senaraikan tugas-tugas yang perlu dilakukan dua hari, sehari dan semasa majlis bersama-sama dengan person-in-chargenya. Contoh macam Rilla punya senarai:

Dua hari sebelum majlis
Bungkus doorgift | Rilla dan BFF
Beli bahan untuk buat bread butter pudding | Bonda
Beli air mawar untuk bunga rampai | Bonda
Menyediakan meja banquet | Adik

Sehari sebelum majlis
Cuci porch | Adik
Beli bunga hidup untuk hantaran dan bunga rampai | Rilla
Petik daun sireh dan daun pandan | Bibik
Polish dulang | Adik
Buat bread butter pudding | Adik
Racik bunga rampai | Mak dan Bibik
Call vendor kek hantaran untuk confirmation | Rilla
Pasang langsir | Rilla dan Bibik

Hari Majlis
Gubah hantaran | Rilla
Ambil makanan dan beli ais | Adik
Mop lantai porch | Adik
Susun perabot dan bentang carpet | Adik

Terpulang lah kepada masing-masing untuk apa yang perlu dilakukan. Yang penting adalah semua orang kena tahu apa yang perlu dibuat, oleh siapa dan bila. Kalau boleh [this is a no brainer] anda sebagai orang yang akan ditunangkan, settlekan semua benda sehari sebelum majlis. Biar hari majlis tu anda tiada kerja dan fokus untuk melawa sahaja.

Macam Rilla, majlis Rilla lepas Asar, jadi pagi tu, sempat la Rilla gubah hantaran. Mula-mula ingat nak gubah malam sebelumnya, tapi malam tu dah penat pasang langsir dan Rilla dah target by 11 pm dah kena tidur [kalau tak nanti eyebag jadi teruk]. Sudahnya, esok harinya pagi Rilla gubah hantaran. By pukul 12.30 dah siap. Lepas tu Rilla lunch dan rehat-rehat. Lepas Zuhur, BFF Rilla datang. Kemudian bentang alas dan bawa turun dulang-dulang hantaran semua.

Lepas tu Rilla naik atas dan lepak-lepak tengok TV sambil buff kuku dengan BFF sebab Ayah dah tak kasi duduk bawah. Pukul 3 Rilla mandi dan siap-siap ambil air sembahyang. Lepas tu terus makeup. Lepas Asar, pakai persalinan pertunangan dan touch up makeup dan seterusnya turun untuk upacara sarung cincin.

Tips yang penting semasa upacara sarung cincin
Bengkokkan sedikit jari manis anda supaya cincin senang masuk. Tengok tak wedding Kate dengan Prince William? -cincin susah nak disarungkan. Bukan sebab jari Kate mengembang. Kalau tengok betul-betul, sebab tersangkut kat bahagian kulit yang belipat-lipat tu. Jadi, bengokkan sedikit jari supaya bahagian kulit yang berlipat tu menjadi tegang seterusnnya memudahkan penyarungan cincin.




Semasa penyarungan cincin, jangan luruskan jari. Bengkokkan sedikit macam ni.

12 comments:

  1. Aritu mase tunang x ingat jari bengkok ke lurus sbb mmg da x pikir nervous ya amat! Tapi laju cincin msk sbb jari halus sgt. Nak tgk gambar lagi dan lagi, pls..

    ReplyDelete
  2. xingat camana..tp rasanya bengkok kn..update la bnyk gmbr lg =)

    ReplyDelete
  3. KP: Ya ampun..baru pasan title entri ni typo. Floww Malis..Floww Malis??? Apekah?

    Ok, abaikan. Nanti Entri akan datang Rilla letak gambar lagi k

    ReplyDelete
  4. bengkok kan jari? hmm..betul2. haritu saya pon lurus kan jari. dah kadi cam eh tak muat ke tetiba..hehe.. thanks for the tips, rilla :)

    ReplyDelete
  5. Ohh.. kene bengkok kan ye... ok2.. tq ilmu baru ni.. =)

    ReplyDelete
  6. betul2..saye pun tgk part kate n william tu..tapi husben ckp..org kristian/jews suka pakai cincin ketat2..tu mmg style diorg..tak tau betul ke x..

    hehe tapi saye dulu pun bengkokkan jari mase sarungkn cincin..alhamdulillah senang masuk~

    ReplyDelete
  7. Nida: Rilla tak nervous langsung. Rilla pun pelik. Orang tanya, 'nervous tak'. Rilla jawab 'ntah, tak rasa pape pun?' ahahah

    ReplyDelete
  8. r3bl: No problem, happy to share

    ReplyDelete
  9. Miss Sunshine: Yup, jangan lupa kasi bengkok sikit jari runcing anda

    Cheq Moo Moo: Weeeee jugak

    Intan: Kan..naya je kalau tersangkut

    ReplyDelete
  10. good info :) yang penting kerjasama ! :D

    ReplyDelete
  11. betulla rilla, my FMIL siap cakap, ehh, ketat plak. rupanya kena bengkokkan ye. malu nyaaa. nape rilla x pos before saya tunang. hahaha

    lps ni da xde sarung cincin da T___T

    ReplyDelete