Tuesday, August 23, 2011

Prosedur Ujian HIV di KK Kelana Jaya

Assalammualaikum dan hai my beloved readers?

Sihat semua. How's puasa so far?

Untuk entry ni, Rilla nak share prosedur buat HIV test di Kinik Kesihatan [KK] Kelana Jaya. Rilla dan fiance dah buat test ni the Thursday before puasa. Cuma as always, Rilla je yang lambat buat entry. Mula ingat nak pergi KK Shah Alam, tapi fully booked. Yelah, lagi 2 hari nak ambil test, baru terhegeh-hegeh nak telefon kan? So we went to KK KJ instead. Plus side: KK KJ tak ramai orang :D Rilla tulis dalam point form ya, supaya senang korang nak refer. Prosedur rasanya lebih kurang sama di KK yang lain di Selangor.

  1. Call KK KJ untuk book slot. Klik sini untuk senarai no telefon KK.
  2. Datang ke KK pada hari yang kita dah book pukul 2.30 petang. [Rilla sampai 2.15, dah boleh proceed]
  3. Pergi ke kaunter satu, ambil nombor giliran dan borang
  4. Isi borang
  5. Pulangkan borang ke kaunter 1
  6. Tunggu nombor giliran anda dipanggil
  7. Pergi ke kaunter dan bayar RM1.00
  8. Bawak borang dan hantar ke kaunter pemeriksaan, kaunter 20
  9. Tunggu nama korang dipanggil
  10. Buat test HIV [korang hulur je tangan korang kat kaunter tu, nanti dia ambil blood sample]
  11. Duduk balik dan tunggu nama anda di panggil di Kaunter 8
  12. Ambil slip pengesahan membuat ujian HIV [warna kuning] dan pulang


Good to know
  1. Overall, semua ni ambil masa lebih kurang sejam setengah. Maknanya, kitorang hari tu abis nak dekat pukul 4.00.
  2. Slip yang korang bawa balik tu adalah slip berwarna kuning, slip nilah yang korang akan submit sekali dengan borang permohonan nikah nanti.
  3. Memang keputusan HIV tak akan diberikan sekali dengan slip [actually, if negatif, memang tak akan diberikan, ever. If you're positive, baru diorang akan call ke ape].


Ini slip saya :D

7 comments:

  1. thank you for the info rilla :))

    ReplyDelete
  2. :) kena soal apa2 tak?
    sy kena soal. hu3.
    jawab je apa yg tahu. ha3

    ReplyDelete
  3. Kak Long & Saila: No problem

    Fariza: Soalan? Takde pulak kena tanya ape-ape. Diorang tanya ape?

    ReplyDelete
  4. yeay thanks for sharing rilla dearie.. bleh i refer ni nanti bila nak start buat sumer2 ni.. :) rilla apply under selangor kan..share le lagi yer proses2 yg lain..hehe ;p

    ReplyDelete
  5. yeah one part down :)

    *saja nk joking, dsh keronyok dh form tu rilla hehe*

    ReplyDelete
  6. Renee: Ha'ah Rilla buat Selangor. Rumah Rilla kat sempada, pejabat kadi paling dekat kat Selangor walaupun poskod KL

    Lisa: Haha..dah dapat tu main masuk je dalam beg. Hahah. Nanti iron balik ah

    ReplyDelete