Wednesday, February 29, 2012

Wedding Review: Bilik Pengantin

Assalammualaikum dan hai cantik!

Entri yang tak berapa panjang mengenai bilik pengantin Rilla. Bilik ini Rilla hias sendiri sahaja, dan seperti biasa, DIY. Jangan kata hiasan, dengan perabotnya sekali DIY (Macam pelamin, Rilla design, adik buatkan).

Bilik Rilla ni sebenarnya macam loteng, jadi siling dia sloping. Dekat bahagian pintu, siling tinggi sikit, bahagian hujung lagi satu siling rendah. Jadi, untuk perabot, kena hati-hati dengan designnya. Bilik Rilla kecil sahaja, cukup-cukup untuk letak katil, almari dan meja. Rilla banyak gunakan cermin supaya bilik nampak lebih luas dan mempunyai pencahayaan yang baik (sebab cermin akan pantulkan cahaya dari lampu).


Untuk katil, Rilla hanya design katil platform tanpa sebarang headboard. Platform pun simple sahaja kerana Rilla tutup dengan bedskirt untuk sorokkan segala harta karun bawah katil tu. Untuk tak nampak kosong, Rilla buatlah hiasa sedikit bagi menggantikan headbord. Hiasan yang murah dan senang, iaitu paper medalion dan bunga tisu dari Daiso. Paper medalion ni buat saiz besar supaya tak payah nak buat banyak-banyak. Pakai kertas mahjong saja. Bunga tisu pula, beli dari Daiso, tinggal kembangkan sahaja.

Sebenarnya, fungsi hiasan ni adalah untuk sembunyikan satu kesan retakan besar kat dinding tu. Hiasan ini juga dibuat di sat-sat akhir dengan bantuan pengapit dan sepupu-sepupu Rilla pada hari sebelum majlis nikah. Bila dah letak paper medalion dan bunga tisu ni, tiba-tiba siling nampak tinggi sikit. Sebelah katil tu, Rilla letak cermin, RM60 sahaja, beli di Nilai. Cermin ni Rilla guna untuk bersiap. Bawah cemin tu Rilla letak sheep skin rug yang beli kat Ikea, ala yang RM79 tu. Cadar Rilla guna cadar yang praktikal, beli kat Jusco, brand Akemi saja. Tak nak beli yang beropol, bersulam. Nak yang boleh pakai terus. Beli masa sale memang murah, tak sampai RM300 pun untuk king size quilt cover set.



Di sebelah cermin pula adalah almari. Almari ini Rilla design khas. Tak boleh nak pakai almari beli siap sebab siling rendah. Nasib baik famili ada perniagaan perabot besi. Yang seronoknya, bila design almari sendiri, bahagian dalamnya pun Rilla boleh tentukan. Nak tempat gantung, rak berapa banyak dan macam mana. Almari ni guna sliding door untuk jimatkan ruang. Lepas ni korang boleh panggil Rilla Furniture Designer *PANG!!!*



Di bahagian hujung katil, sebelah dengan pintu bilik, Rilla letak meja dan kerusi untuk besiap. Meja ni Rilla tak design. Rilla cuma minta adik buatkan meja dengan lebar mengikut dinding. Sudahnya dibuatkan Rilla meja makmal, hahahaha! Takpelah, rezeki Rilla. Nak jahitkan alas pun tak sempat, gasaklah! Janji kerusi Rilla seksi. Sangat suka kerusi ni.

Minta maaf sebab Rilla tak ada gambar bilik kosong, korang tengok jelah muka Rilla yang cantik ni ye ;p

25 comments:

  1. Rilla..canteks gile..rilla bapak kretip..nak belajar:P

    ReplyDelete
  2. bestnya ade biz tu. senang nak beli perabot. di mana kedainya tu?? :-)

    ReplyDelete
  3. Rilla comel ;p

    i love white!!! suka sgt tengok bilik rilla ni.almari tu bercermin ye?ehem

    ReplyDelete
  4. cantik.. hehe.. bestnye blh design sesuka hati.. btw, kerusi yg sexy tu beli mn? hehehe.. i like!

    ReplyDelete
  5. cantiknye bilik rila~ suke sgt warna lembut2 camni..mmg rilla boleh bukak bisnes perbaot lepas ni..good job rilla and family! :)

    ReplyDelete
  6. rilla,family u buat custom made mirror cupboard x? hehe. mana la tau bole mintak quotation.nk je i suruh rilla deco rumah i haha

    ReplyDelete
  7. as usual, TERBAIK! bestnye family ade bisnes perabot mcm tuh.. nk design mcm mane skali pn, boleh dibuat.. part paling best, boleh tentukan dlm almari tuh nak mcm mane.. i like! :)

    ReplyDelete
  8. beznye leh diy perabot sndri.. lucky u.. :)

    ReplyDelete
  9. adohai nak pengsan lah tgk bilik pengantin u... y u no post early?? heheheeee.... ;p mmg layak dipanggil Most Creative Bride award winner..heehee.. :D

    ReplyDelete
  10. Edura Hanum: Thanks dear

    Fatin: Ala, Fatin pun boleh buat

    Tips Kurus: Takde kedai. Ada kilang je. Sebab selalunya ambil tender perabot sekolah. Perabot retail takde lagi.

    ReplyDelete
  11. S.n. Fariza: Alhamdulillah, bakat Allah bagi pinjam

    Cik Susu: Thanksss :)

    Asfiza: Thanks sweetie!

    ReplyDelete
  12. Zimie: Sakit tekak ke Jimie, nanti belik Strepsil ok? Hahaha. Cermin lah best. Senang nak besiap dengan husband, tak payah nak berebut cermin XD

    Mrs Chenta: Beli dekat pameran perabot Homedec yang buat kat KLCC dulu

    ReplyDelete
  13. Lisa: Boleh je nak tempah perabot, tapi perabot besi lah. If u betul-betul nak, just send me an email, nanti Rilla mintak adik Rilla uruskan

    Maria: Ha'ah, sangat best!

    ReplyDelete
  14. Lisa: Boleh je nak tempah perabot, tapi perabot besi lah. If u betul-betul nak, just send me an email, nanti Rilla mintak adik Rilla uruskan

    Maria: Ha'ah, sangat best!

    ReplyDelete
  15. Renee: Thanks sayang. Post lambat sebab Rilla ni Most Procrastinating Bride, LOL

    ReplyDelete
  16. Cantik nye almari. Nak satu jugak! Huhu

    ReplyDelete
  17. Replies
    1. Rilla dah buat entri baru pasal kerusi tu :D

      Delete
  18. cantik nyer.. suka kaler pastel mcm tu..

    btw, kata org tua-tua tak elok cermin menghadap katil.. reflection tu ibarat ada org ketiga dalam relationship nanti.. wallahualam, Allah sahaja yg Maha Mengetahui.. sekadar sharing.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Thanks dear. Kikiki, bilik Rilla kecil la, can't help it. Pusing la ikut mana pun, tetap almari cermin tu akan reflect katil, LOL.

      Delete