Sunday, December 12, 2010

Cincin Kanda, Cincin Tunang, Kanda's Watch, DONE!

As-salam readers semua, sihat? Entri pukal ni.

So, December was a productive month for us. We've managed to settle all the rings plus one hantaran item :D Early huh? Given our nikah is one year ahead. So why did we buy this time around, you may ask. Our wedding is moooontthss away, we have plenty of time to buy the rings. Well, it never hurts to prepare early. Besides, if you wanted to buy rings, Christmas season would be the best time. Our Wah Chan SA told us that they gave the best discount during Christmas sale due to the fact that 1: it's Christmas and 2:They need to clear their stock.

So why not wait until next Christmas you ask? I have such a small finger that my rings would have to be re-sized or custom made. Kanda has such a particular preferences that his might have to be custom-made too. So, bila cincin nak tempah-tempah ni selalunya ambil masa 3 minggu. Kalau tunggu next Chrismas, takut tak sempat and we don't want to take the risk.

Panjang pulak ko rant Rilla.

Ok, on to the exciting part. Cincin Kanda dulu lah ek? Kitorang beli masa cuti Awal Muharram hari tu kat One Utama. Memang masa tu tengah ring-hunting. Dan kanda terjumpalah cincin yang beliau suka, melonjak kegembiraanlah beliau. [Susah tau nak cari yang dia suka] But the problem is, the ring is white gold. Camno tu? Tapi SA tu cakap boleh tempah, same design but using white suasa. Oh, we like!

So, kanda's ring would be solid white suasa with matte finishing:Source

Set with 4 small round diamonds, lebih kurang camni:
Source


With engravings on the inside of the ring:

♥ Rilla

Haha, never thought that kanda's ring would have sampai 4 diamond. Tapi somehow cincin tu nampak sweet and masculine at the same time. Mula-mula kitorang ragu-ragu, lelaki boleh pakai suasa ke tak, as suasa contains a little bit of gold. Dalam 10%-20% kalau tak silap. But after confirming with a couple of people and they said ok, kitorang beli je la. Engravings tu kitorang dapat free, yey!

Ok, cincin tunang Rilla pulak. Baru beli tadi ni, kat Mid Valley. Oleh sebab cincin nikah dah banyak diamond, maka cincin tunang kitorang prefer yang satu batu je. In this entry, I did mention that I didn't like solitaire, sebab saya ni ganas, hahaha. Tapi susah la nak cari cincin yang simple but tak solitaire. Sebab banyak design yang solitaire. Yang tak, tak berkenan di hati pula. So, akhirnya, kitorang beli jugak cincin solitaire. I'd love to have the diamond in princess-cut. Tapi disebabkan kitorang nak betul-betul stay on budget, tak dapat la beli yang princess cut sebab selalunya yang princess cut ni yang beriban-riban tak mampu. So beli yang biasa saja, tapi still nampak sweet pada mata Rilla lah. Kanda cakap, janji Rilla suka, Rilla yang nak pakai :D

So, cincin tunang Rilla lebih kurang macam ni, white gold, a small round diamond with 4 prongs. Sebab diamond dia kecik dan ada 4 prongs, diamond dia nampak macam square :D


The funny thing is, we ended up buying all of our rings from Wah Chan, tapi branch lain-lain. Rasa macam sengal pun ada jugak, hahah.

Cincin meminang + cincin nikah: Wah Chan Sunway Pyramid
Cincin nikah kanda: Wah Chan One Utama
Cincin tunang: Wah Chan Mid Valley

Nasib baik cincin tunang siap on the spot, kalau tak, satu hal pulak nak ambil cincin dari 3 tempat. Breakdown perbelanjaan cincin untuk Rilla, Cincin nikah: 78%, cincin tunang: 17%, cincin meminang: 5%

Ok, last but not least, jam tangan untuk Kanda. Sebenarnya jam tangan Kanda is one of the item for hantaran nikah. Tapi sudah beli sebab jam yang Kanda suka tu limited edition. Takut dah habis kang, tak restock, so beli jelah. Rilla kena simpan setahun, tapi at least dah boleh cross satu hantaran item :D

We bought one watch from the Fossil Phillipe S+arck Collection

Jam dari collection ni memang sangat cantik dan smart, worth checking-out. Definitely the priciest item on his hantaran list. Tapi since Kanda punya jam dah rosak, takpelah, beli je. Janji ada kualiti, tahan lama dan kanda suka.

Phew...suka, 4 item dah boleh cross :D

P/S: I did contacted Pegawai Jakim and he said that the hukum for suasa is 'Harus'. On a personal note, kalau was-was jangan beli. Cuma pada yang dah terbeli, takkan nak buang kan, itu kan membazir pulak?

Wednesday, December 8, 2010

{Fabulous Finds} Mason Jars

As-Salam readers kesayangan Rilla semua.

Mason jars - the superstar of wedding decor. Sebab dia sangat flexible jadi westerners banyak guna untuk decorations, tak semestinya untuk weddings saja, untuk benda lain pun boleh jugak. Tapi kenapa la mason jars ni payah benar nak jumpa kat tanah tumpah darahku ini?

TAPIIIII, Cik Rilla berjaya menjumpainya semasa berjalan-jalan di Subag Parade waktu lunch. Office saya sebelah Subang Parade and Empire Subang, shopping dan window shopping waktu lunch adalah kebiasaan. Cane nak kumpul duit cani? =.= Ok, dah melalut, kembalilah kamu kepada topik yang sebenar, wahai Rilla. Time Rilla jalan-jalan dalam Parkson, terserempak la dengan encik mason jar sekalian. Excited sangat, dalam hati cakap "harus kukhabarkan kepada B2B blogers dan readersku". Tangkap gambar pakai handphone saja, maaf kualiti tak hebat. Ada banyak saiz dan design.


Yang Rilla tengah pegang tu RM9.90 yang besar sikit kat belakang dia tu RM11.90


Yang ni kecik sikit tapi design lain. Yang saya tengah pegang tu berharga RM6.50. Yang besar sikit RM7.50


Ni yang lagi besar. RM8.90 dan RM10.50 [atau RM8.50 atau RM10.90, tak ingatlah, haha].

Sekarang ni ada discount, 20% if I remember correctly. But still a bit pricey kan? Rilla suka yang macam gambar first tu, tapi kecik sikit. Rilla kan verangan nak buat Cupcake-in-a-jar time E-day nanti.

Kegunaan lain Mason Jars

Macam yang semua B2B dah tahu rasanya, Mason Jar lantern:


Yang ni sweet, mason jar vase/chair deco:
DIY Chair Flowers by Ruffled


Now this one is cool, and cheap:

Quick and easy temporary LED garden lights by Evil Mad Scientist Laboratories


As centerpieces:
Bottled Picture Centerpiece by My DIY Wedding Day

Kalau ada sesapa yang jumpa lagi murah mohlah kita bersharing-sharing. A cheaper alternative would be IKEA Ratjan spice jar priced at RM7.50/4 pcs. Tapi size dia tu kecik la sikit.

Tuesday, December 7, 2010

Siapa Ni? Awak Kenal Tak?

As-salam readers sekalian. Salam Maal Hijrah.

Okey, cerita Elyana kawin adalah cerita lama, tapi saya sangatlah suka makeupnya. Teringin nak tahu siapa yang makeupkan dia time nikah dan sanding.


Sweet sangat. Oh, how I adored this wedding look.


Source
Ada sape-sape yang kenal dia? Cik Rilla memang tak berapa berpengetahuan tentang MUA ni.

Thursday, December 2, 2010

Baju Kanda Mahu Yang Seperti Ini

As-Salam readers sekalian. Rilla dan Kanda telah mencari-cari ilham untuk baju kanda. Baju nikah, baju sanding dan baju tandang. Actually for his outfits, banyak Rilla yang bagi suggestion dan nasib baik dia agree dengan most of it.

Baju Nikah
Mahu baju melayu cekak musang walaupun kanda orang Johor. Rasanya semua baju melayu dia yang ada sekarang semua teluk belanga. I personally think that cekak musang looks more sophisticated and appropriate foor nikah. No offense kepada sesapa yang nak pakai teluk belanga, like I said, my personal opinion.



Nak macam ni except not in that colour. This one is by Jedan. Ada 3 butang yang readily attached lepas tu kolar dia tak bertindan. Takdela kanda tercekik nanti, haha.

Baju Sanding
Yang ni we were torn between baju silang or baju melayu yang macam suit tu. I like the latter sebab Rilla rasa baju silang tu akan tenggelamkan kanda. Kami dua-dua adalah pengantin pendek kecik. Kalau groom tinggi rasanya baru cantik pakai baju silang. But this is not our case. So I suggested this one for him:



Cantik tak? This one pulak is by Syahrir Nurdin. He's probably my second favourite designer after Unaisah. Baju ni nampak simple tapi gagah gitu. But we'll be using shantung instead of songket. Tak tau nak panggil baju ni baju ape, Rilla panggil baju melayu suit aje, haha. Anybody knows?

Baju tandang tak payah cerita la, boleh? But we'll be doning english-themed outfit. But he'll not be wearing a suit or black, haha.

Kena tempah sebab baju sanding lelaki susah nak cari size S. Sekrang ni Rilla tengah buat research kat mana nak tempah dua-dua baju ni.So far yang Rilla dapat tahu, Bak Tailor dan Wisma Yakin kat Jalan Masjid India. Ada sapa-sapa yang boleh tolong suggest kat mana lagi tailor area KL dan kalau boleh price range dia sekali *buat muka ala-ala cute* Pleaseeeee

Note: All pictures credited to Pesona Pengantin

Wednesday, December 1, 2010

Layout Baru Saya

As-salam readers kesayangan saya semua. Jangan panik, awak tak masuk salah blog. Ni masih lagi blog Cik Rilla, cuma sudah direnovate. I've been procrastinating on changing the blog's layout for quite sometime. Hari ni baru ter-rajin. Kasi bunga api sket :D

Source

Piuuu.....bommm...piu..piu...boommmm
*ini bunyi bunga api*

Sudah tukar tajuk kasi matching sama URL. Tajuk "Tying the Knot" dulu tu sebenarnya tajuk main taruk saja masa mula-mula buat blog ni. Actually ada cerita di sebalik URL ni. One day kitorang dating, lepak kedai kopi bawak laptop, nak bincang pasal nak kawin la kununya. Siap bawak laptop ko. Nak buat Excel spreadsheet untuk planning dengan budgeting. Bila nak save tu ntah nape rila letak nama file tu "Kanda Dinda with Lurve". Kanda cakap dia suka tajuk file tu, terus dinda book URL ni walaupun masa tu takde plan nak blog pasal wedding prep. And we do call each other with "Kanda" and "Dinda". Haha mesti meremang cuping telinga korang kan?

Sudah tukar Labels juga. Ini kerja gila pergi rename semua Labels. Sebab nak nampak macam ada keseragaman dan semuanya menggunakan Bahasa Melayu. Actually, Rilla memang ada simpan angan-angan nak tulis blog 100% Bahasa Melayu. Yelah, kalau tak kita yang nak guna BM, siapa lagi kan? Tapi agak mencabar sebab daily life pun memang rojak. Tengok je entry ni ngan yang sebelum-sebelum ni pun, semua rojak.

Ruangan entry juga dah diperbesarkan sket supaya boleh letak gambar yang besar sket. Design juga lebih simple, this is more me :DTapi if you all rasa macam susah nak baca ke ape ke atau ada ape-ape suggestion ke, let me know okay, I'm all ears.