Wednesday, December 1, 2010

Layout Baru Saya

As-salam readers kesayangan saya semua. Jangan panik, awak tak masuk salah blog. Ni masih lagi blog Cik Rilla, cuma sudah direnovate. I've been procrastinating on changing the blog's layout for quite sometime. Hari ni baru ter-rajin. Kasi bunga api sket :D

Source

Piuuu.....bommm...piu..piu...boommmm
*ini bunyi bunga api*

Sudah tukar tajuk kasi matching sama URL. Tajuk "Tying the Knot" dulu tu sebenarnya tajuk main taruk saja masa mula-mula buat blog ni. Actually ada cerita di sebalik URL ni. One day kitorang dating, lepak kedai kopi bawak laptop, nak bincang pasal nak kawin la kununya. Siap bawak laptop ko. Nak buat Excel spreadsheet untuk planning dengan budgeting. Bila nak save tu ntah nape rila letak nama file tu "Kanda Dinda with Lurve". Kanda cakap dia suka tajuk file tu, terus dinda book URL ni walaupun masa tu takde plan nak blog pasal wedding prep. And we do call each other with "Kanda" and "Dinda". Haha mesti meremang cuping telinga korang kan?

Sudah tukar Labels juga. Ini kerja gila pergi rename semua Labels. Sebab nak nampak macam ada keseragaman dan semuanya menggunakan Bahasa Melayu. Actually, Rilla memang ada simpan angan-angan nak tulis blog 100% Bahasa Melayu. Yelah, kalau tak kita yang nak guna BM, siapa lagi kan? Tapi agak mencabar sebab daily life pun memang rojak. Tengok je entry ni ngan yang sebelum-sebelum ni pun, semua rojak.

Ruangan entry juga dah diperbesarkan sket supaya boleh letak gambar yang besar sket. Design juga lebih simple, this is more me :DTapi if you all rasa macam susah nak baca ke ape ke atau ada ape-ape suggestion ke, let me know okay, I'm all ears.

4 comments:

  1. wa...cantik n seragam "umah" baru u rilla...loike it..=D

    ReplyDelete
  2. kemas.... putih suci murni gitu. ;)

    ReplyDelete
  3. Nice posting. Terima kasih

    ReplyDelete