Tuesday, October 26, 2010

Merisik vs Meminang

Adat Melayu. Sungguhpun satu kaum-Melayu, tapi adat berbeza mengikut negeri. Topik kali ini diinspirasikan dari daddy dearest [mahu dia muntah dengar Rilla panggil dia "daddy"]. Ikut pemahaman saya la kan, adat perkahwinan Melayu akan dmulakan dengan merisisk di mana pihak lelaki akan hantar cincin belah rotan. Kemudiannya bertunang, di mana tarikh nikah ditetapkan. Kemudian, barulah nikah. Turns out, according to daddy, I was a little off course.

Jadi diceritakan oleh ayah saya [yang berketurunan Melaka, dilahirkan di Singapore dan tinggal di KL sejak umur 13 tahun, jadi saya tak tahu dia ikut adat negeri mana], sebenarnya merisik itu tiada cincin belah rotan. Tu hanyalah untuk pihak laki nak tahu yang si gadis dah berpunya atau tak. Kadang-kadang, takde majlis pun, just macam wakil laki datang saja-saja, melawat, nak berkenalan gitu. Kemudian, kalau si gadis tu tak berpunya, barulah pihak lelaki akan hantar rombongan meminang. Time ni selalu ada berpantun-pantun. Dan masa ni tarikh pertunangan akan ditetapkan dan si gadis akan diberi sebentuk cincin belah rotan sebagai tanda.

Selepas itu, barulah majlis pertunangan diadakan bagi mengikat janji dan menetapkan tarikh pernikahan. Dah lepas bertunang, barulah nikah. So, ada empat langkah di situ: risik-->meminang-->bertunang-->nikah.

So, berincanglah kami anak-beranak, camno ni nak buek. Ayah decided that merisik is not relevant in my situation.. Obviously gwe sedang berpacaran sama kanda gwe, watpe merisik kan? Proceed terus dengan meminang jelah. So sekarang tengah bertimbang-timbang nak buat meminang dan bertunang serentak atau asing? Me? Tak kisah, janji kawin, hahaha. Kalau pihak laki nak serentak atau asing, kami ikut saja. Sebab diorang yang nak datang. Tapi tengok gaya my FMIL [cewah], dia prefer majlis asing sebab boleh berkenalan dengan parents Rilla. And I like that idea too. "Ikut makcik saja, mana yang senang kat makcik" [bajet bakal menantu yang bersopan]. Oh, tapi my FMIL understanding of merisik is equivalent to my dad's definition of meminang. Pening gak la Rilla dan kanda yang kat tengah-tengah ni, hahah.

Ayah: Nanti diorang hantar rombongan, ayah akan terima based on pantun diorang. Kalau pantun diorang bagus, baru ayah terima.

Rilla: Ape-ape lah ayah *dalam hati saja*

Ayah: Ayah senang. Ayah balas je dengan "dua tiga kucing berlari, mana nak sama si Rilla sorang"

4 comments:

  1. hahaha... so cute lah ur dad. tapi zaman skang ni orang buat sekali gus je merisik n meminang. jimat masa dan duit jugak. =P

    ReplyDelete
  2. owhh...sama macam ibu ira..nak siap pantun bagai..bila ira kata tak payah lar, nanti pihak lelaki tak reti jawab macam ne..dia kata, nanti dia dah siapkan pantun, cume bagi pihak lelaki tuh tolong bacakan aje..

    kelakar kan???

    ReplyDelete
  3. Amy: A'ah, jimat masa n duit kalau wat serentak. Tapi saja je sebab majlis meminang Rilla simple dan lebih kepada untuk berkenalan dan beramah mesra

    ReplyDelete
  4. Ira: Hahaha..siap ada skrip gitu

    ReplyDelete