Sunday, November 7, 2010

This Week's Activities: Sale, Karnival Pengantin & My Pretend Birthday

Salam untuk semua readers yang Rilla sayangi. Kali ni Rilla nak update tentang aktiviti minggu ni.

1. Dios Astana Mega Sale

Rilla dan kanda pergi Ahad lepas, 31 Oktober 2010. Saje je pergi, nak survey-survey. Rilla pergi cawangan Puchong. Iklan dia dalam majalah Pengantin nampak menarik, tu yang terpanggil untuk pergi. Sampai sana rasa macam tak meet expectation Rilla. Last-last jadi aktiviti round-round tengok design baju, hahah. Mungkin sebab kitorang pergi dengan tak ada purpose yang kukuh, sebab tu tak rasa best kot? Ada gambar snap pakai hp, tapi Rilla tak dapat transfer pulak :(


2. Karnival Pengantin SACC 2010



Rilla pergi semalam, Sabtu [6 Nov 2010]. Overall, better than Karnival Pengantin kat KLCC. Booth pun banyak. Organiser je bukan Urban Vibe, so administration dia lain sikit. First thing yang Rilla notice, booth catering, merata ada. Serious, kalau you all masuk ngan perut lapar, boleh keluar ngan perut yang kenyang. Surprised jugak sebab banyak jumpa catering yang offer package menarik dan affordable, as low as RM6.00 rasanya.

Aim kami adalah nak pergi booth Honey Vacation. Saje je nak survey package honeymoon and nak compare package diorang ngan package kalau kitorang deal sendiri dengan hotel. Lepas tu package diorang ni halal, jadi yakin la sikit. Insya Allah bila tiba masa Rilla dan kanda book pakej honeymoon, kitorang akan contact diorang.

Antara package overseas yang Honey Vacation offer. Slia klik untuk membesarkannya.


Rumusan untuk karnival pengantin ni: Sangat memuaskan. Rilla bagi 3 3/4 bintang [perluke 3/4 tu? hahaha. Better than the one at KLCC hari tu, tapi tak sebest yang kat Mid Valley. Ni just my personal opinion je la.

Good thing:
Banyak booth dan variasi, meaning booth bridal boutique ada, booth kad kawin ada, booth catering ada, even booth perabut pun ada. Yang kat KLCC ari tu banyak booth spa.

Bad thing:
Nak masuk kena cop tangan, Rilla tak kisah sangat tapi ink dia pekat, sangat susah nak hilang T.T


3. My Pretend Birthday

Oh, apekah pretend birthday? Cik Rilla ni miring kah suke suki nak pretend birthday dia. Lepas kitorang habis round Karnival Pengantin around lunch time, kitorang pergi Sunway Pyramid to pretend to celebrate my pretend birthday. Sebenarnya birthday saya adalah pada 9 Nov. Tapi sebab esok sampai Jumaat saya akan outstation ke Pekanbaru dan Jakarta, maka kanda decide to celebrate my birthday on the 6th instead. Heheh. Had a blast walaupun tak wat ape pun, just lunch sama-sama pastu jalan-jalan dalam SP tu. Bak kata ayat jiwang Rilla kepada kanda "Tak kisahlah pegi mana-mana pun, asal dapat spend time dengan kanda" Sila muntah, hahaha.


Sebelum dapat kek ni kena tutup mata dulu, haha. Malu gak tutup mata tengah2 restoran. Bila bukak mata, nampak kek ni. Sedap tau. Cupcakes, dengan chocolate covered strawberry toppings. Nampak cop Karnival Pengantin yang utuh di tangan saya tu?


Oh, nampak muka Cik Rilla di situ. He liked to spoiled me see? Ada kad bagai. Dalam kad tu ada karangan:

Tajuk: Aku Sebatang Pen

Aku sebatang pen. Aku tidak mempunyai ibu atau bapa. Aku dilahirkan di sebuah kilang di Klang... bla bla bla. Tiba-tiba aku terjaga. Rupa-rupanya aku bermimpi sahaja"

Hahaha. Takdelah. Actually dalam tu ada love notes yang sweet.


Sekian update kali ni. Kalau sempat, Rilla akan buat scheduled post so you guys will have something to read while I'm gone.

6 comments:

  1. Rilla, i pn br je blk dr SACC tgk karnival...agreed wth u yg kat SACC more better than KLCC, maybe sbb ruang hall yg besar...dpt jgk grab promot yg dorg offer..some of the vendor pn ada yg xpenah dgr..

    ReplyDelete
  2. Ha'ah. Rilla pun banyak jumpa vendors baru. Lepastu Rilla rasa sewa booth dia tak semahal kat KLCC, that's why ramai vendors kali ni.

    ReplyDelete
  3. wa...sweetnye..epy burfday in advance dear..=)

    ReplyDelete
  4. Thank Iedayah..Ai dah tua ;p Tapi hati mau muda

    ReplyDelete
  5. okeyh... now baru rasa rugi nya tak pergi kat sacc mall tuh. T____T

    btw, happy birthday in advance dear. ;)

    ReplyDelete
  6. Amy: Thanks :D Takpe dear, lenkali mesti ada lagi karnival pengantin, boleh pergi

    ReplyDelete