Tuesday, March 29, 2011

Kalau Tak Kahwin, Tak Bahagia Kah?

Assalammualaikum dan haiii :D Rilla baru balik dari training, maaf lama tak update.


Source
Gambar hiasan


Wah, tajuk kontroversi. Jangan bimbang, Rilla ngan Kanda tak ada apa-apa masalah pun. Cuma sekadar nak berkongsi pendapat. Rilla tak tahulah kenapa, tetapi budaya masyarakat kita ni suka benar bertanya. Bertanya bukan niat mengambil berat, tapi bertanya sebab tak tahu nak cakap apa, untuk nampak ramah dan sebagainya. Tak kisahlah kita kat fasa hidup yang mana, mesti ada soalan-soalan seperti:

Kalau umur dah lebih 25: Bila nak kahwin?

Dua minggu lepas kahwin: Bila nak ada baby?

Setahun lepas dapat baby: Bila nak tambah lagi?

Bila anak dah besar: Bila nak terima menantu?

Bila anak dah kawin: Bila nak timang cucu?

See? Rilla rasa orang tanya soalan ni pun bukannya nak tahu sangat pun. It never stops. Belum kawin pun orang tanya, dah kawin pun tanya, dah beranak pun tanya..it's endless, and it's very tiring. Macam Rilla, I'm safe for now sebab dah ada perancangan nak kahwen. Tapi before this meamng semput jugak nak mejawap soalan no. 1 tu.

Benda-benda ni macam satu kemestian dan kewajiban bagi masyarakat kita. Contoh, umo lebih 25 [main petik je 25 ni], mesti kahwin, kalau tak hidup macam tak lengkap dan tak mungkin kau akan bahagia. I mean, come on. Kalau ko tahu orang tu umur dah lebih 25, belum ada jodoh, belum ada calon pun, jangan lah gatal nak tanya 'Bila nak kahwin?'. Macam tu jugak soalan no 2, jangan tanya 'Bila nak dapat baby?'. Mana tahu couple tu has been trying very hard to conceive, cuma belum berjaya, your're just going to rub salt on their wound. It's mean. Plus buat tambah stress diorang je.

Terasa nak buat entri ni sebab tengok salah seorang kawan Rilla. Perempuan. Umur nearing 28. Still single. Tapi macam tak puas hati dengan pressure yang masyarakat letak kat dia. Dia single, tak semestinya dia tak happy. Ada ke peraturan yang cakap kalau rasa kesunyian, memang jangan haraplah rasa bahagia tu nak datang. Ntah-ntah dia happy je sebab bebas dan dapat berdikari. Lepas tengok rakan pejabat dia ambil kesempatan sebab dia single. 'Ko lah buat kerja extra ni, ko single, belum kahwin, banyak masa', 'Ko tak payah cuti lah, ko tak ada anak'. Mahu saja saya lempang orang yang cakap macam tu. Ya saya faham, yang sudah berkeluarga memang mempunyai tanggung jawab yang lebih berat, tapi tak semestinya yang single tak boleh buat apa yang dia nak hanya kerana dia masih single.

Mungkin la generasi yang dah jadi makcik-makcik sekarang ni susah nak tukar habit ni. Tak apa, saya faham, old habits die hard. Oleh itu, saya menyeru kepada generasi saya [ayat macam politician pulak], marilah kita berhenti bertanya soalan-soalan ini. [Unless kalau memang dah tau orang tu memang dah nak kawen or memang tengah pregnant]. Jodoh dan rezeki di tangan Allah. Apa yang Allah dah aturkan tu adalah yang terbaik. So, let's just let it flow. Kita tak payah nak menyibuk ok?

11 comments:

  1. owh..sangat2 btul!!!:)

    dba xtggu 25 thn pun..asal nmpk dh sampai turn dalam keluarga nenek..suma duk tanya bila nk kawin,bila nk kawin..

    sll dba jwb suh diorg carikan jer..suma senyap..

    tp skrg dh ada perancangan,suma dh senyap jer..hehehe~..:)

    suka post nie!:)

    ReplyDelete
  2. Diba: Kannnn? Nanti dah kwin, orang tanya pasal baby pulak. Kena prepare mental ni.

    ReplyDelete
  3. inilah kehidupan ye adik2...
    Allah tu adil. ada yang rezekinya kawin awal, rezeki anak takde. ada yang keje bagus, rezeki jodoh tak jumpa2.. ada yang keje tak berapa bagus, tapi rezeki anak dia ramaiii...

    as for me, jangankan nak tunggu2 umo bape pun, dah masuk umo 29, baru terbuka hati nak menjadikan hubungan ni lebih serius dengan hubungan pernikahan, perkahwinan... kita sedar itu fenomena masyarakat kita skrg.. asyik nak bertanya - but lucky me, family takde pun sibuk2 bertanya bila dan bila.. tak rasa tertekan sangat di situ.. tapi mungkin saya akan rasa tekanannya pada part lain...

    senang je, kalau kita taknak budaya tny2 tak sihat ni dlm masyarakat, kita ni jangan buat.. hopefully orang lain yang nak bz body ngan kita pun tak ter bz body bila nampak kita ni ok aje..

    bab bahagia, selama 29tahun bujang tanpa suami, saya bahagia.. senang bila hidup ni kita aturkan sendiri. tapi bukanlah kata hidup dah kawin tu org aturkan.. tidak... cuma, kita bebas nak buat apa kita nak. kita pun tka kacau org.. kita akan bahagia bila dikelilingi oleh orang2 yg bahagia...

    orang cuma tengok pada usia ketika berkahwin, tapi ramai mana yang tengok usia perkahwinan itu sendiri? kadang2 ramai yang kawin awal, tapi runtuhnya pun awal.. tapi tak la kata org yg kawin lambat ni kekal sangat ke hujung nyawa... bergantung pada rezeki kita...

    rancangan tuhan adalah yang terbaik untuk kita...

    (haa panjang kan makcik membebel..)

    ReplyDelete
  4. typical makcik-makcik...

    tp i rase diorang tu sbb dah xtau nk tny soalan ape kot...haha

    ReplyDelete
  5. umur cume angka. takdir kite Allah yang tentukan. memang macam tu lah sikap orang melayu. ignore saje lah.

    ReplyDelete
  6. agree. :)

    nasib baik my family jenis tak kesah dan bertanya. kawan-kawan pun sama. single tak semestinya tak happy. but sometimes, memang people takes advantage sebab kita masih bujang.

    benci betul. '-_-

    ReplyDelete
  7. ermm.. btul tu rilla. kenapa la org suke sgt sebok2 nak tanya. kalo nak tolong xpe jugak. ni tanye sbb nak menyebok. rimas btul.. tapi buat pekak telinga je la. ade aku kesah?

    ReplyDelete
  8. betul!! makcik2 ni x kn benti bertanye..tapi yg geramnye..die sibuk tanye kite..nape tak tanye anak die je? "bile nak kawen?" " bile nak dapat baby?" sebabnye..anak die lg tua dari kite..sorang tu belom kawen..sorang tu da kawen lame..still xde baby..tapi die x pnah tanye anak die..asyik tanye pasal org..huh..~

    ReplyDelete
  9. betul tu..i dah rase n dah mengalami diterjah dengan soalan tu...mmg pressure..macam tak de soalan lain nak tanye.. huhu ni standby je la jawapan lepas kawen ni..kompom akan ade yg tanye 'bile nak dpt anak?' huhuhuhu

    ReplyDelete
  10. soklan2 ni memang tak kan berhenti. my fren yg dah kawin plak, tgh stress dgn soalan 'bila nak ada anak?'. huhuhuhu...

    ReplyDelete