Friday, November 18, 2011

44 Days To Go!

Assalammualaikum dan hai korang!

Hari ni kitorang dah mula pantang untuk dating/jumpa, huhu. Selalunya orang pantang 40 hari ke 44 hari? Lantak lah. Kalau ikut Ayah Rilla, dia cakap 2 bulan. Agak susah sikit sebab banyak benda nak kena settle. 44 hari ni kira ok lah.

Just a quick update though. Rilla masih lagi demam. Selalunya Rilla demam 1-2 hari je. Ni melarat pulak. Takpelah, sakit tu penghapus dosa kecil, biar bersih sikit nak jadi isteri orang kan? Curi-curi masa update blog. Tapi dah lalok kesan dari ubatan yang diambil.

Progress
  1. Legal stuff: settle. Thank you to my Adik sebab gi hantar borang kebenaran berkahwin saya kepada tok kadi.
  2. Baju Kanda: Tiga-tiga dah siap. Tinggal nak pergi hantar dry cleaning. Baju kanda sangat cantik. Pandai tailor tu, tak payah fitting. Siap je, terus pakai, ngam-ngam dah. Tengkolok Kanda pun dah siap (ya, kami tempah tengkolok sendiri), cuma bengkung kena alter sikit. Nanti I story-mory pasal baju Kanda ya. Lepas kahwin maybe, haha.
  3. Baju Rilla: Baju nikah, Insya Allah, weekend ni dapat. Baju sanding dan tandang in progress (need to speed this up).
  4. Kasut: Kasut nikah dah beli. Kasut sanding dan tandang nak pergi cari esok, kalau cukup sihat.
  5. Kad Kahwin: Sepatutnya minggu ni siap, I should call them tomorrow.
  6. Favours: Kotak telur tengah print. Need to brainstorm for VIP favours though..hurm, nak bagi ape ek?
  7. Catering: Untuk sanding dah book. Untuk nikah, again, need to call them. Lemah betul Rilla bab-bab call orang ni.
Tu jelah kot yang penting-penting. Daa. Nak tido.

2 comments:

  1. dah dekat dah tu rilla~ saya pun lemah jugak klo kena call2 orang ni~

    ReplyDelete