Rilla kembali lagi setelah out-station beberapa hari. Rindu kat blog ini dan rindu kat korang semua. Entri kali ini adalah mengenai cara-cara mcam mana Rilla buat bantal hantaran Rilla. Rilla tahu kat luar tu banyak lagi tutorial untuk bantal hantaran ni. Yang ni cuma cara Rilla. Terpulang kepada citarasa anda nak guna cara yang mana.
Ini adalah hasilnya. Rilla buat sembilan terus walaupun untuk bertunang nak pakai tujuh saja. Mungkin nikah nanti perlukan sembilan, jadi buat sembilan terus.
Bahan-bahannya
- Kadbod/papan kek
- Span nipis 6mm/4mm
- Isi bantal
- Gam
- Gunting
Langkah-langkahnya
Langkah 1Potong kadbod sebesar 11x11 inci atau apa sahaja saiz yang diingini. Kalau nak lagi senang, boleh guna papan kek, tapi Rilla tak ada papan kek. Jadi Rilla ambil sahaja kotak percuma di Carrefour dan potong. Cara ini juga lebih jimat dan mesra alam sebab kita guna semula barangan terpakai.
Langkah 2
Kemudian, letakkan kadbod yang telah dipotong tadi di atas span nipis. Rilla guna span yang mempunyai ketebalan 6mm. Tandakan lebihan span di keliling kadbod. Untuk ini, Rilla gunakan lebar pembaris sahaja. Makin lebar lebihan ini, makin tinggi bantal anda. Kemudian, potong mengikut garis tanda yang telah dibuat.
Langkah 3
Potong juga bucunya. Lihat gambar di bawah.
Langkah 4
Kemudian, gamkan span bersama kadbod. Lakukan untuk tiga sisi sahaja.
Langkah 5
Kemudian, masukkan filler ke dalam ruang antara span dan kadbod melalui sisi yang belum digamkan. Rilla guna fiberfill/isi bantal. Rilla beli bantal murah sahaja, kemudian ambil isinya. Rilla rasa kalau guna kekabu, lagi cantik hasilnya. Setelah diisi, gamkan sisi yang terbuka tadi.
Langkah 6
Gamkan juga bucu-bucu bantal itu. Kemudian, tepuk-tepuk sedikit bantal itu untuk meratakan isinya.
Siap!!
Update: