Wednesday, April 13, 2011

{Tutorial} DIY Fabric Flower: Peonies

Assalammualaikum dan hello :D



Akhirnya, berjaya menyiapkan tutorial n, Alhamdulillah. Nak buat semalam, tapi kamera ayah pinjam. Si cantik manis Lyana Hanif ada tanya Rilla macam mana nak buat organza flower. Walaupun untuk tutorial kali ni Rilla guna satin, kaedahnya tetap sama. Moh kita.




Mula-mula sekali, ambil kain dan potong bentuk bulatan pelbagai saiz. The circle doesn't have to be perfect. Nak besar mana, ikut kesukaan masing-masing lah. Rilla punya yang paling besar tu lebih kurang saiz permukaan gelas minum. Berapa banyak pun ikut suka hati lah. Kalau rasa nak bunga banyak kelopak, potonglah banyak-banyak. Rilla guna 6 kelopak untuk satu bunga.

Untuk jenis kain, nak guna kain ape pun boleh. But the best is silk [wah, guna silk untuk buat projek macam ni?]. You can also use organza. Yang ni guna satin sebab murah, RM2.00/meter jek.




Kemudian, ambil kain yang dah dipotong itu tadi dan dekatkan dengan lilin. DEKATKAN sahaja, bukan bakorr [walaupun Usop suruh]. Dekatkan sahaja pun sudah cukup kain akan jadi merengkot. Kalau dekat sangat nanti kain tu terbakar, jadi warna hitam, tak lawa, especially bila guna kain warna cerah.




Kemudian susun kelopak-kelopak tu. Tindihkan kelopak yang paling besar di bawah, yang paling kecil di atas.




Lepas tu, jahitkan sedikit untuk mengukuhkan kedudukan kelopak-kelopak.




Kemudian, jahitkan manik. Boleh jahit satu sahaja, atau nak jahit banyak-banyak pun boleh. Tak semestinya guna manik, guna labuci boleh, butang boleh, ikut kreativiti masing-masinglah ye.



Dan kemudian, siaplah bunga anda!


Rilla ada lagi beberapa teknik, nantilah, kalau ada masa, Rilla buat tutorial lagi ya.

22 comments:

  1. sgt cantek okey & memerlukan hard work!!! :)

    ReplyDelete
  2. Nana: Eh, takdelah sayang, sekejap je Rilla buat ni. It's not hard at all

    ReplyDelete
  3. kreatif! cantek bunga rilla.. :D

    ReplyDelete
  4. sooo chantek!! sangat kreatif lah jari jemari kamu. hehehe..

    ReplyDelete
  5. Kasut Pink: Memang mudah, tapi kalau nak buat banyak2 memang kena gigih la

    Cik Mira, Intan, Sis Nyomel: Tenkiuuuu *hugs*

    Amy: Heks heks, takdelah kreatif mana pun. Simple je projek ni, sape-sape pun boleh buat

    ReplyDelete
  6. Thanks Rilla kerana berkongsi projek DIY nieee.. chek punn mmg dok ghuplah jingga ( a.k.a pening pala) mencari idea2 DIY niee.. almaklum.. pengantin budget lah katakan.. (hat mana buleh save.. kita save lah kann..? hat mana patut splurge..kita splurge arr kan?.. - contoh : OP,OV & beverages utk para tetamu jemputan.. - bg pendapat chek arr.. )

    p.s : Macihh byk2 nohh.. chek dah dapat dah idea nak buat apa ngan projek DIY yg Rilla kongsikan nieee.. :)

    ReplyDelete
  7. wah! sgt teruja. boleh cbe nih. tpi ken byk masa n kesabaran nih. tq2! :)

    ReplyDelete
  8. Rilla,
    thanks for the share. i appreciate it very2 much! ;D

    ReplyDelete
  9. wahh sgt gigih ok!..good luck yer...well done!

    ReplyDelete
  10. Cik Senah: Rilla setuju amat. Selagi boleh save, save jek.

    Aqma: Selamat mencuba :D

    r3bl: No problem. Ala, Rilla pun dapat dari internet, cuma lupa website ape.

    FF: Ehe, thanks puan pengetua :D

    ReplyDelete
  11. rajinya rilla buat ;) ok boleh try ni.hihi.

    ReplyDelete
  12. thanks Rilla! <3

    ReplyDelete
  13. dear i nk tiru ni ye.?
    then nk tnye la, 1 m satin tu
    u dpt bape byk bunga...

    ReplyDelete
  14. Zimie: Silalah mencuba :D

    Lyana: No prob dear ;D

    Hanamiey: Silalah tiru. 1m tu depends you buat besar mana and 1 kuntum berapa kelppak. Rilla dapat dalam 30 kuntum.

    ReplyDelete
  15. Rilla, u'r so creative.. just like my friend of mine. die buat bunya guna crepe paper. very nice one this idea. boleh i guna for my e-day x?

    ReplyDelete
  16. nampak senang je. tunggu sampai seru saya akan buat sendiri.. :-)

    ReplyDelete
  17. akak Rilla, kalau guna reben yang kilat tu pun bleh kan?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tak sure pulak, sebab tak pernah try. Boleh kot?

      Delete