Thursday, April 21, 2011

{Tutorial} DIY Fabric Flower: Poppy

Assalammualaikum dan hello cantiks :*




Rilla kembali lagi dengan tutorial fabrik flower. Asik entri DIY jek. Takpe ke ni? Just to share with you guys another technique of DIYing fabric flower. Rilla guna teknik ni untuk buat bunga ala-ala bunga poppy. Malas nak buat pendahuluan panjang-panjang. Teruslah kita ke tutorial.




Mula-mula sekali, ambil kain dan lipat-lipat. Tak kisahlah nak lipat 8 ke, lipat 16 ke, asal korang boleh gunting. Kemudian, gunting seperti bentuk gitar macam dalam gambar di atas. Untuk projek ni, Rilla guna kain polyester mix. Memang kain perca yang ada kat rumah. But I would think that satin will give you a closer effect to a poppy's petal.




Kemudian, dekatkan dengan api untuk mengkerepotkan [?] kelopak yang telah dipotong tadi. Kalau kelopak anda kecik macam yang Rilla buat ni, seeloknya pakai tweezer untuk langkah ini to protect your pretty fingers. Untuk bunga ini, Rilla sajaje biarkan kelopak tu terbakar sampai hitam. Takpe, sebab kain pun warna gelap. So it sort off adds to the charm.




Inilah rupa kelopak yang telah dibakar. Mengikut pembacaan Rilla, bunga poppy ada 4 hingga 6 kelopak. Rilla buat yang ada 6 kelopak, jadi Rilla perlukan 3 helai kelopak yang macam kat atas ni untuk hasilkan sekuntum bunga.




Untuk mencantumkan kelopak, mulakan dengan menindih dua helai kelopak dan bentukkan macam huruf X. Kemudian jahitkan sedikit untuk tetapkan kedudukan kelopak. Nak gam pun boleh, tapi Rilla prefer jahit.




Kemudian tindihkan kelopak yang terakhir dalam kedudukan menegak dan jahit lagi untuk mengukuhkan kedudukan kelopak.




Kemudian, jahitkan manik secara berselerak di kawasan tengah bunga. Try to conceal the little stitch we did just now. Rilla pakai 5 hingga 6 biji manik untuk sekuntum bunga.




Siap sudah :D Semoga maju jaya [macam ayat dekat depan kertas periksa je?]

17 comments:

  1. nk try la nanti...hehe

    eh2 adakah itu pengepit bulu??? kekekeke

    ReplyDelete
  2. kreatif gile! thanks for the tutorial :D

    ReplyDelete
  3. Put: Thanks dear

    Nana: Silalah try..A'ah..tu kepit bulu, dapat satu set dengan ape ntah. Tapi tak pernah guna. So jadi tools untuk craft lah, hah

    V: Oh, no prob :D

    ReplyDelete
  4. mak aihhh rajinnye rilla diy..bravo lah..emi mmg fail neh..tp santek lah

    ReplyDelete
  5. Part nak bako sesatu tu yg leceh kot. Tp salute la kat rilla yg sgt gigih menDIY..

    ReplyDelete
  6. Emi: Tenkiuuu

    Nora: Wah, dapat title ratu

    KP: Yup, bab bakor-bakor tu leceh sebab kena tutup kipas. Pastu panas, hahah

    ReplyDelete
  7. rajinnya diaa.. hurmm.. bila arr chek nak kumpul tenaga buat DIY tatauuu.. tgk org buat.. berkobar2 nak buat.. hehe..

    p.s : harus buat DIY sepanjang bulan puasa nnt..ada jugak manfaatnyaa..kan? :)

    ReplyDelete
  8. wow..nice! thanks for the share ;D

    ReplyDelete
  9. Cik Senah: Rilla sampai tersengguk2 DIY, haha. Buat time bulan puasa pun best jugak.

    Amy: manade, biase jek.

    Oshin: Hahahah..terpaksa jadi rajin

    R3bl: Sharing makes me happy :D

    ReplyDelete
  10. rilla..oh em gih...kreatif nyeeeee

    ReplyDelete
  11. waa..kreatif..cantik..thanx for sharing.. =)

    ReplyDelete
  12. cantik hokayyy! nak try!! =D
    thanks for sharing!

    ReplyDelete