Tuesday, May 10, 2011

Majlis Pertunangan: Dress Review

Assalammualaikum dan haiii

Entri yang ditunggu-tunggu oleh BBF semua [ceh, perasan je]. I've been dying to post this entry. Kalau ikut hati, nak publish bulan September [gilo], tapi sebab Rilla sukaaaa sangat dengan baju E-day Rilla, Rilla jadi tak sabar nak share dengan korang semua. Presenting my E-day Dress...




Tadaaa...my E-day dress by Rilla Amrillah, an up-and-coming designer [kunun]. Kan Rilla dah cakap, Rilla DIY je baju Rilla ni.


Playfully Sweet

That was my vision and direction untuk baju tunang Rilla ni. Rilla mahukan sesuatu yang lain dari yang lain tetapi tetap ringkas. Manis tetapi riang. Memandangkan memang tak ada keinginan nak pakai kebaya time nikah, sanding, mahupun tandang, Rilla pakai time tunang sahaja. Rilla bukan peminat frech lace mahu pun chiffon beaded. Jadi, material kapas, chiffon dan silk menjadi pilihan Rilla. I'm not going to don the typical baju kurung moden for my E-day, hence, the kebaya.

Rilla pakai baju kebaya cotton bersulam yang Rilla beli kat Bandung bulan Januari hari tu. Baju kebaya ni dah siap jahit, tapi Rilla kena alter. Beli saiz S tapi still sangat besar. Pakai cotton memang selesa. Tapi pink pulak? Jangan tanya kenapa pink. Rilla pun tak sure. Rilla ni bukannya peminat pink pun. Mungkin sebab Rilla rasa Rilla nampak sweet bila pakai pink? Hahaha, perasan manjang. Sebenarnya kan, masa beli kebaya top ni, Rilla dengan mak Rilla singgah kedai yang jual baju-baju sulam ni. Lepas tu mak Rilla mintak Rilla try pakai baju ni sebab nak belikan untuk adik. Jadi konon nak tengok Rilla pakai fitting dia macam mana. Memang besar. Lepas tu Rilla pun cakap "Mak, besar ni. Takpelah, Along pakai untuk tunang jelah". Mak pula membalas "Ewah, orang nak cari untuk Amani, kau pulak nak pakai". Haha, takpelah Mak, beli kat Amani yang lainlah, ahahaha. Dengan tak tengok pilihan warna lain yang ada, Rilla main sambar je baju ni. Gitulah kesahnya.




See? Agak banyak yang Rilla kena potong [garisan purple]. Ada dalam 2 inci kot untuk satu side.




Ini gambar embroidery kat kebaya tu. Rilla suka.



Sila klik gambar ini untuk gambar yang lebih besar lagi.

Kiri: Gambar full frontal view. Tengah: DIY fabric flower yang Rilla tepek kat veil. Kanan: View dari belakang.



Sila klik gambar ini untuk gambar yang lebih besar lagi.

Yang ni pulak gambar Rilla berpusing-pusing dengan skirt. Wajib ambil gambar ni sebab nak tunjuk betapa flowynya skirt tu. Memang skirt ni sangat-sangat flowy. Bila turun tangga, macam tertinggal-tinggal je skirt ni kat belakang, walaupun tak ada train. Feeling-feeling macam princess pulak.

Bahagian kain adalah 8-panel high-waisted gored skirt with chiffon godets. Rilla guna Chanel 100% pure crepe silk dan plain chiffon. Untuk lining pulak, Rilla guna satin, tapi Rilla terbalikkan bahagian berkilat menghadap ke dalam sebab Rilla tak nak shiny sangat. Satin doesn't photographs well. Kain ini jugak high-waisted, maksudnya bahagian pinggang kain harus dipakai di bahagian mid-riff [antara pinggang dan dada]. Kenapa Rilla buat high-waisted? Sebab Rilla tak nak nampak kesan pinggang kain tertimbul. Bila buat high-waisted, bahagian itu akan ditutp dengan sash yang Rilla pakai tu. Sash tu Rilla buat guna leftover silk dari kain. Ada bow yang cute dibahagian belakang baju.

Veil pulak. It's a simple hooded veil made from plain chiffon georgette with fabric flower applique and simple beading in plait motif. Rilla recommend untuk veil dan tudung, guna chiffon georgette berbanding chiffon sebab chiffon georgette ni lebih bertekstur, jadi senang kita nak pakai. Hooded veil ni memang best sebab dia bagi Rilla freedom in movement berbanding kalau pakai veil bentuk D. Pakai dan pin kan sahaja. Tak perlu risau ianya menggerbang ke ape. Jadi Rilla lebih bebas bergerak untuk melayan tetamu yang hadir. Fabric flower tu, asalnya Rilla letak satu sahaja, tapi last minute tukar plan, tambah lagi 3 kuntum dalam saiz yang lebih kecil.

Tudung pulak dari material yang sama dengan veil - leftover sebenarnya. Rilla spray dulu shawl ni dengan fabric startch di bahagian lipatan tu. Jadi, tudung Rilla tegak sepanjang majlis, tak perlu betulkan, atau tiup-tiup pun.




Inilah beading kat veil Rilla tu. Simple sahaja. Rilla kan simple orangnya. Inilah satu-satunya part baju yang ada beading [selain dari bow kat belakang baju dan fabric flower]. On the kebaya top itself memang tak ada beading langsung. Rilla tak prefer nak bling-bling sangat.

Masa nak buat hooded veil ni, Rilla dah message Unaisah kat FB dia, mintak izin nak tiru veil yang dia buat untuk Nawal. Tapi dia sangat busy, tak sempat reply. Jadi Rilla teruskan sahaja. Lepas majlis baru dia balas. Dia cakap sorry sebab lambat balas and asked me whether I managed to do the veil. Lepas tu Rilla tag dia dalam pic baju ni yang Rilla upload. Guess what she said?




My favourite designer cakap my DIY dress cantik. Hatiku berbunga-bunga, terus senyum je sepanajng malam, hahaha.




Banyak benau gambonye. Sori-sori, ni yang last. Gambar ni nak tunjuk rupa veil dari depan. Saya sudah jadi tunangan orang. Dilarang memancing.

Overall, I had a blast sewing this baby up. And I've received a lot of compliments about this dress. Ramai orang cakap saya nampak comel, ahahahah. Yang penting tak ada orang cakap 'Ni nak tunang ke nak nikah?'

p/s: Sekarang tak tahu nak buat ape dengan baju ni. Ada ssesiapa yang nak sewa? [perasan lagi, ada orang nak sewa baju ni. ko ingat ko designer ke Rilla?]

59 comments:

  1. Sweetnye kamu rilla. Suke sgt bunga2 dekat veil tu.

    ReplyDelete
  2. TAHNIAH!!! cntiknye baju kamu rilla..pandai nye jahit..mmg boley jd designer ni..amik tempahan x nnti? =)

    buat sewa ke? veil tu sewa jgk x? hihi..

    ReplyDelete
  3. cantik..rilla......tlg buat veil..hahaha

    ReplyDelete
  4. warna pilihan yg tepat dan sweet for a sweet moment in your life..!

    terernya buat DIY nohh.. chek kagumm.. :)

    p.s : suka gambaq hat last skali.. :) you look so adorable..!

    ReplyDelete
  5. sweetnya baju.. sweet lagi orangnya... =)

    ReplyDelete
  6. rilaa!!seriuss comel gile..
    suke idea letak riben dekat belakang tu

    ReplyDelete
  7. alolo comeyya..cantiklah baju kamu dear!!!

    ReplyDelete
  8. cuteee sesangat.pandainye rilla.DIY sendiri tuu.salute habis la.zimie hantar jahit kt tailor je.memang tak sekreatif anda.hehe well done dear!

    ReplyDelete
  9. comel syg.
    baju comel.
    orangnya lagi comel. :)

    ReplyDelete
  10. sweet & comel! bunga veil tuh comel sangat!!!

    ReplyDelete
  11. seriously chantek n sweet....! :D

    meow~
    http://reneemeowwedding.blogspot.com

    ReplyDelete
  12. wow!pelis buatkan baju dba~~..heee~

    ReplyDelete
  13. omg... seriously love ur baju. sangat cantik!! congrats dear. mmg berbaloi even jahit sendiri. congrats again. btw, kasut tu tempah ke dear? or beli yg dah siap? cantik jugak lah ur shoes. ;)

    ReplyDelete
  14. Kasut Pink: Wahhh Rilla ke yang sweet? Ihiks. Rilla pun suka bunga-bunga tu

    ReplyDelete
  15. Nadtika; Ribbon tu boleh cabut. Kalau rasa tak nak pakai, hahaha

    ReplyDelete
  16. rilla, sangattttt cantikk! de bakat terpendam neyh. hehehehe

    ReplyDelete
  17. sumpah sangat comel baju kamuu. warna pun sanagt sweet :)

    ReplyDelete
  18. Cikkin: Tempahan belum berani amik, heheh. Tapi baju ni if ada yang nak sewa boleh je, ngan veil sekali. Sebab veil dia dah jahit terus kat baju

    ReplyDelete
  19. wow..so sweet la,pndai menjahit ye..

    ReplyDelete
  20. rilla, kamu sangat berbakat. suka betul kain dan lihat kamu pose sini sana. love it. !! congrats :)

    ReplyDelete
  21. wah...bestnye...da leh jd designer la..gojes la ;)

    ReplyDelete
  22. alahai comey nye..macam princesss..siyess lah sweet habis ^_^

    ReplyDelete
  23. Kina: Boleh je..tapi skill Rilla tak hebat mana lah, ahahah

    ReplyDelete
  24. Tqahmisdar: Tenkiuuu

    Intan: Sweet kan colour tu?

    ReplyDelete
  25. Cik Senah: Awww...tiba perasan diri ini comel sekali, hahah. Yok kita berDIY lagi

    Miss Sunshine: Ihiks, malulah [oh em ji, gedik pulak]

    ReplyDelete
  26. CheqMooMoo: Tenkiu dear

    Elya: Rilla pun suka reben kat belakang tu. Macam ada surprise bila orang tengok dari belakang

    ReplyDelete
  27. FF: Terima kasih puan pengetua *hugs*

    Zimie: Tulah, Rilla nak hantar tailor, tapi tak reti nak eksplain pasal baju yang Rilla nak. Sebab tu buat sendiri

    ReplyDelete
  28. Amy Fahmi: Ahahah..malu I *blush*

    Nana: Makasih sayang

    ReplyDelete
  29. Cik Mira: Rilla pun suka bunga tu

    Renee: Thanks dear :D Happy ramai orang suka baju ni

    ReplyDelete
  30. Dba: Aiyooo, nanti herot berot pulak baju Diba..camno?

    Mizz Amy:Memang sangat puas hati bila dapat jahit sendiri. Kasut tu beli jek. Kasut raya beberapa tahun lepas. Heheh..Rilla suka heels

    ReplyDelete
  31. Vee: Bakat terendam adalah, hahah

    Seri: Thanks dear. Memang nak yang sweet2, hehe

    ReplyDelete
  32. Mizz Anie: Taklah pandai mana. Stakat nak pakai sendiri boleh la.

    Nora: Ok, tetiba malu ngan Nora, hahah

    ReplyDelete
  33. Syuhaidah: Aamiin..mungkin one day, Rilla betul-betul dapat jadi designer kan? sape tahu?

    Miey Ana: Pakai baju ni memang rasa macam princess, ahahah

    ReplyDelete
  34. cantek sesgt n very the shweeeettt...hehehehe

    nak wat baju raya cmni lah..buleh tak? haha

    ReplyDelete
  35. cantikkkk sgt :) nangis tengok. huhu~

    yg fabric flower tu rilla buat poppies yg bakar2 tepi tu kah? hehe..
    best gila outcome dia :)

    ReplyDelete
  36. wahh..nyomelnyeee...hehe..sweet je wane die...:)

    ReplyDelete
  37. Rilla. a week ago,i baru terpikir the idea of wearing a flower dekat atas kepala ala2 mat saleh giteww!hahaha

    And now, i nmpk rilla dah pakai dlu,Hurayyyy!now i know mcm mana rupa i nanti with flowers atas kepala i nanti.. heheheh

    Btw!2 thumbs up, u look super cute and gojesss dearrrr!

    ReplyDelete
  38. Rillaa!nak tambah lagi,

    U know what, i rasa kite dua pnya cara pemikiran sama laaaaa!

    1. pasal doorgift pny idea letak DIY flowers dekat atas kotak, i dah buat flowers tue, then i bace blog u, baru tau u pn buat benda sama

    2. idea flowers atas kepala, pn samaa.i come out with the idea, i baca blog u, baru tau u pn wat benda sama

    Cuma bezanya, u pny majlis dlu, i pny majlis later,

    hahah!kebetulan kan? likey!

    ReplyDelete
  39. ya ampunnnn..comel yg amat la rilla!
    baju cantik,veil cantik, skirt cantik, ribbonand flower pn cantik!perfecto!

    ReplyDelete
  40. Hana Yorie: Bulehh, ada officemate Rilla mintak gambar baju ni, nak buat baju raya

    r3bl: Ha'ah, tapi lain sikit teknik dia, tapi lebih kurang sama. Yang ni tak reti nak buat tutorial sebab complicated sikit.

    ReplyDelete
  41. Road tour to my loyal bloggers sambil klik! Anyhow, i'm working on kurung project with flowy kain too! Will update! Muahxxxxxxx

    ReplyDelete
  42. Fati: Thanks sayang

    Miss X: Thanks for stopping by. Nanti hapdate tau

    ReplyDelete
  43. Mawar: Awwww....tima kasih dear. Ni rasa terbuai-buai ni

    Didi: Nanti share tau, nak tengok Didi puna version jugak. Musti awesome

    ReplyDelete
  44. sooooooo rajinnnnnn diy baju! :)) and creative gitu.

    ReplyDelete
  45. hye!! cantik sgt bj ni, :) kalo i nk sewa bp eaaa? email me pls..mis_hana02@yahoo.com

    ReplyDelete
  46. tp lupa..u pny size baju ni cmne.. :)
    takot xmuat plak..usually im wearing xs size.

    ReplyDelete
  47. Nana: Murah je if nak sewa, nanti Rilla email ya. Rilla pun size XS, so isya Allah, Nana muat.

    ReplyDelete
  48. cantiknyaa... :)
    pinjam gambar eh.. hehe. suka ngan ur dress.

    http://sazamaria.blogspot.com/

    ReplyDelete