Monday, May 9, 2011

Majlis Pertunangan: Hantaran Dinda to Kanda {DIY}

Assalammualaikum dan haii...

Entri banyak gambo..nak sangat kan? Hambilll. Kali ni pasal hantaran dari Rilla kepada Kanda pulak.


Ginilah rupanya kesemua tujuh hantaran. Sila klik gambar di atas untuk mebesar bagai juara.



BBF semua masih ingat gambar ni yang Rilla penah post kat group dulu? Ni masa Rilla buat trial hantaran. Lepas tu Rilla post kat BBF mintak diorang pilih. Sudahnya, satu pun Rilla tak buat, hahaha. Bakul masih guna yang sama, cuma Rilla spray pain warna putih, kasi masuk dengan warna tema.


Rilla DIY hantaran Rilla. Mula ingat nak guna artificial flowers sebab Rilla memang tak pernah gubah hantaran sebelum ni, apetah lagi yang menggunakan fresh flowers. Kalau guna artificial, boleh buat awal-awal. Tapi akhirnya Rilla guna fresh flowers jugak.




Nila bunga-bunga yang Rilla guna. Dari kiri: Sweet William, Chrysanthemum dan Orchid. Warna Orchid tu sweet sangat. Chrysanthemum tu sebenarnya Rilla nak cari warna mauve, tapi bila sampai kat rumah dia jadi macam dusty purple. Lighthing dalam kedai lain sikit. Takpelah, hentam sajalah labu.


Kenapa fresh flowers?

Kerana ianya lebih murah dari artificial. Rilla tengok harga bunga dulang RM16.00/pc -mak aih, terkejut makcik. Katalah Rilla ambil yang koman sikit, RM10/pc. Kalau darab dengan 7, dah RM70.00. Kos Rilla beli bunga hidup dan span? Tak sampai RM50.00 ok? Sweet William tu RM20.00/bunch, Rilla beli 1. Chrysanthemum RM11.00/bunch, satu bunch bunga ni banyak gila, Rilla beli 1 jek. Orchid RM5.00/bunch, Rilla beli 3 bunch. Tu pun semua bunga siap berlebih. Tapi Rilla tak buat design yang bunga keliling tu, Rilla buat bunga sejemput-sejemput. First time buat hantaran kan? Buatlah design yang senang sikit.

Jom tengok setiap dulang.




Sireh jungjung yang takde rupa macam sireh junjung sangat. Design ni je yang Rilla letak bunga keliling. Sireh tak sampai 20 keping rasanya, layakkah dipanggil sireh junjung? Rilla cuba buat yang gulung-gulung tu, tapi tercabut-cabut. Sudahnya, Rilla cabut semua sireh yang gulung-gulung tu. Sireh addalah ihsan dari jiran kami - terima kasih Makcik Asiah. Kat tengah Rilla letak lantern dan isi lantern tu dengan bunga rampai. Suka bunga rampai, wangi satu hall. Simple sahaja.

Ayah Rilla tanya benda kat tengah tu ape: 'Along, benda tengah kat sireh junjung kau ni ape? yang macam kat taman tu..ape? Pergola ek?'. 'Gazebo lah, ayah', balas Rilla. Disamakan latern Rilla dengan gazebo?




Seterusnya, mini cakes. Dulang ni pun ada bunga, cuma tak masuk frame. Mini cakes ini ditempah dari Mad About Cake. Sponsored by one of my uncles - thanks Pak Long. The only thing that I don't like about it is that I don't get to eat it. Geram tau. Bukak kotak kek je, bau strawberry semerbak...adoi. Tapi hanya mampu melihat. Sangat puas hati dengan service mereka, delivery on time.




Seterusnya adalah buah-buahan. Rilla letak epal, anggur, strwberry dan plum. Rilla pilih buah-buah ni sebab suka dengan warnanya.




Masih lagi dalam kategori makanan, dulang seterusnya adalah encik coklat bersaudara. Rilla letak Fererro Rocher yang biasa ngan Rodnoir. Lepas tu letak Almond Kisses.




Kain pasang dan butang baju. Butang baju tu mungkin korang tak berapa nampak, tapi Rilla letak dalam frame kecil. Frame tu beli kat SFF, ada magnet kat belakang.




Dulang seterusnya berisi kasut untuk tunang tersayang. Ingat nak bagi stokin sekali, tapi sebab last minute baru decide dan nak cari, tak berjumpa. Kenapa susah amat nak cari stokin lelaki ek? Ke Rilla yang cari salah tempat?




Next - songkok dan sampin songket. Songkok tu beli kat Wisma Yakin. Sampin nilah yang Rilla cakap dalam entri ini. Told you it was a common colour.




Group photo - ni awal lagi ni. Tengah tunggu my side of the family datang.


I have so much fun doing my own hantaran. Rilla buat pagi majlis, start dalam pukul 7 lebih, pukul 11 lebih dah siap. Tu pun sebab Rilla berhenti makan-makan tengok tv. Gubah satu per satu. Selepas siap satu dulang terus letak dalam bilik berhawa dingin. Rilla beli bunga Sabtu pagi [majlis Ahad]. Balik dari Floristika, terus tadah air dalam baldi, letak sebijik panadol dalam air tadahan tu dan masukkan bunga. Kemudian Rilla simpan dalam bilik berhawa dingin.

Tak susah mana pun gubah hantaran fresh flower ni, cocoklah ikut mana pun, tetap akan nampak cantik.

Sekian. Harap korang suka dengan entri ni.

22 comments:

  1. cakes tu comel giler!!!!! hantarannya cantik2. pandai sis gubah.

    ReplyDelete
  2. ok rilla,u telah influence i utk consider again the idea utk guna fresh flower.mmg artificial mahal..sobsob..

    u kreatif la.cntik.tp cmne nk tau berapa byk span nk guna aa.huhuhu

    ReplyDelete
  3. nice nye hantaran rilla.guna fresh flower ye.isk zimie semalam habis borong bunga artificial kat nilai.mahal!dekat 2 ratus habis.kononnya tak reti guna bunga hidup.huhuhu

    ReplyDelete
  4. rilla,i smpi skrg xbrani wt htrn gune fresh flower.yg prnh wat time tunng pki manik other thn that time khwin pki artificial flower je..huhuuhu..kagum tgk hsil tgn u dear...=)

    ReplyDelete
  5. sukanya warna camtu! nmpk sweet sgt

    ReplyDelete
  6. me likey ;) nice color combination...

    ReplyDelete
  7. Adawiyah: Thanks :D Memang suka yang simple2, tunang je pun

    ReplyDelete
  8. Oshin: Comell kan? Suka sangat dengan cake tu

    ReplyDelete
  9. Lisa: Oh, do consider. Fresh flower sentiasa akan nampak lebih cantik. Cam hantaran kat atas ni Rilla guna span petak tu dalam 1 suku je. Tak banyak.

    ReplyDelete
  10. Zimie: Kalau dah beli tu, teruskan je. Tapi guna fresh flower tak susah mana pun.

    ReplyDelete
  11. Iedayah: Ala, hantaran Rilla simple jek. Main redah guna fresh flower, haha. Naseb baik ok

    ReplyDelete
  12. Nana: Kannn? Ala2 dalam taman gitu.

    ReplyDelete
  13. rilla that orchid rilla beli tu cymbidium orchid ke? ur pic tak clear sangat.

    RM5 utk satu tangkai ke? roughly ada berapa kuntum buanga eh? and bunga dia besar kembang or just medium size?

    sorry banyak tanya.im surveying for cymbidium orchid.

    ReplyDelete
  14. Nak tanya la, Rilla beli fresh flowers ni dekat mana ye? Care to share? Cheers~

    ReplyDelete
  15. Aisya: Rilla beli kat Floristika Bangsar. Kalau search kat Google Map, mesti keluar. Kat blog ni ada entri pasal Floristika: http://myweddingfairytale.blogspot.com/2009/08/flowers-floristika-bangsar.html

    ReplyDelete