Thursday, May 5, 2011

Majlis Pertunangan: Hantaran Kanda to Dinda

Assalammualaikum dan salam sejahtera [ok, skema]

Hantaran yang Kanda bagi kat Rilla masa E-day hari tu. Rilla mals nak cakap banyak, terus ke gambar je la k.


Kiri: Sirih junjung with fresh flower.

Kanan: Cincin tunang saya. Ye, memang sangat kecik. Semua orang kat office, bila mintak tengok cincin, akan cakap 'halusnya cincin'. But I love it so much. Kejap-kejap belek cincin pastu senyum macam kera dapat bunga. It's a simple solitaire white gold ring. Diamond set in four prongs. Rilla memang sengaja pilih yang kecil kerana 1: Rilla takut nak pakai diamond besar-besar dan 2: Jari Rilla kecik [saiz 8 ok, macam kanak-kanak ribena]. Kalau pakai cincin besar, mak datin sangat pulak.


Atas: Kain pasang

Tengah: Cupcakes. Cupcake yang sedap ni boleh dibeli di Kek <3 Cawan by Farah Hannan. Kat bawah cupcakes tu ada kek lapis Sarawak. Rilla specifically mintak Kanda jangan tulis 'Selamat Bertunang'. Rilla tak tahu la, pendapat Rilla macam kelakar. Kalau tulis macam tu, macam Kanda wish Rilla bertunang dengan orang lain.

Bawah: Handbag dan sunglasses. Pelik gak bagi barang ni time tunang. Patutnya kasut nikah, tapi Rilla tak jumpa yang berkenan di hati. Jadi beli sunglasses sebab sunglasses lama dah patah. Sukar nak drive panas-panas kalau tak ada sunglasses. Beg tu additional. FMIL insisted that I should get a bag too ;p Rezeki jangan ditolak, ahaks.

Hantaran digubah oleh FSIL. Simple tapi cantik amat, I adored it so much.

18 comments:

  1. rilla, keciknyer jari u! mesti tomei2 orangnyer nih. hehehe

    ReplyDelete
  2. Vee: Kecik kan? Jimat skit nak beli emas, hahaha

    Tqah: Kena puji FSIL ni

    ReplyDelete
  3. kain pasang tu kain tuk raya kan??heee

    ReplyDelete
  4. sgt kecik ok jari u! jari i mcm jari org laki...hihihi

    btw bestnye dpt handbag time tunang :)

    ReplyDelete
  5. hehehe, rezeki x baik tolak. betul2. suka handbag u, i tunang last minute no handbag :(

    ReplyDelete
  6. waa..saiz 8 je? keciknya jari u =)

    ReplyDelete
  7. Elya: Hahaha..pandai koreks ek

    Nana: Ha'ah. Ada sorang kwan office try pakai cincin Rilla kat jari kelingking dia, tak muat pun

    ReplyDelete
  8. Hidayati: Betul2. Rezeki jangan ditolak, ahaks

    ReplyDelete
  9. bestnya. tunang2 dah dpt handbag. tp sweet je hantaran deko.

    ReplyDelete
  10. Simple tp elegent la dear ur hantaran :)

    ReplyDelete
  11. Nora: Simple tapi cantik kan?

    Amy: Hahah..best2. Sweet kan?

    ReplyDelete
  12. Syuhaidah: Kannnnn?

    Kina: Yeyey, ada geng, hahah

    ReplyDelete
  13. saiz jari kita sama nampaknya hhee. cincin tunang saiz 8 tp cincin kawin besar 1/2 sbb dah gemok kot hehe

    ReplyDelete
  14. awww simple and nice hantaran rilla. ;)

    ReplyDelete
  15. Lind: Yeyey..ada geng. Ala, 8 1/2 pun bukan besar sangat dear

    Zimie: Thanks, cewah. macam la aku yang menggubahnya

    ReplyDelete