Wednesday, November 2, 2011

Rilla's Craft {2} DIY Lace Ribbon Flower

Entri ini adalah sebahagian dari siri Rilla's Craft. Sila klik logo di atas untuk paparan semua siri ini.
Assalammualaikum dan hai uolls

Projek Rilla's Craft kali ini adalah agak mudah. Kali ini adalah tutorial untuk membuat fabric lace ribbon flower.

Inilah yang kita nak buat


Bahan-bahan:
  1. Reben renda
  2. Gunting
  3. Benang
  4. Jarum

Langkah 1
Anda perlukan reben renda seperti ini. Tidak kisah pasal lebarnya. Yang Rilla guna ni kecil je. Potong sepanjang mana yang anda mahukan. Rilla potong 12 inci.


Langkah 2
Jahit jelujur di sepanjang bahagian bawah reben renda.


Langkah 3
Bila dah sampai hujung, tarikkan benang jahitan tadi. Ini akan menjadikan reben renda beropol.


Langkah 4
Betukkan ropolan tadi dalam bentuk bulatan.


Langkah 5
Jahit sedikit di bahagian belakan bunga untuk kemaskan kedudukan ropol dan matikan jahitan.


Siap! Boleh ditempek di mana-mana. Veil, tudung, baju, doorgift, guestbook dan macam-macam lagi.

BTW, Rilla buat bunga ini bukan untuk wedding Rilla, tapi untuk patch kat satu baju Rilla ni, tapi turned out, Rilla lebih suka baju tu polos (polos kau!). Jadi tak guna pun bunga ni. *Fikir nak tampal kat mana*

11 comments:

  1. suke, mcm senang....kak long nnt na

    ReplyDelete
  2. yay another edition of Rilla's Craft.. hehe... chantek jugak la lace ribbon flower ni..u buat chantek! kalau i buat confirm hancur..hehehehe ;p

    ReplyDelete
  3. wahh sng...jer..klo nk lg kecik kte pndek kn reben 2 la kn?

    ReplyDelete
  4. rilla..creative! lace murah2 & cantik biasa rilla beli katne?kat kamdar murah tp mcm tak berkualiti..
    ke soalan kina soalan yang tak patut? hihi..

    ReplyDelete
  5. Renee: Eh, senang je, confirm u pun boleh buat

    ReplyDelete
  6. Nora: betul, kalau nak lagi kecik, penddekkan riben, kalau nak lagi besar, panjangkan

    ReplyDelete
  7. Kina: Err..if lace ribbon yang macam dalam tutorial ni RM0.50/meter beli kat kedai jahitan jek. Kalau yang cantik and kualiti kat gulati's or jakel la kot? Kat kamdar/nagoya memang kureng sikit lah. membantu ke jawapan ni?

    ReplyDelete
  8. rilla: hahaha..membantu je..siap lagi utk 2 2 jenis lace..thanks..!

    ReplyDelete
  9. rilla sangat kreatif dan best!!! camne eh nak jahit tu?masih blur2.hahah kene tengok live kot baru paham

    ReplyDelete