Saturday, December 25, 2010

Meminang Day Progess: Saya mahu letak tickerlah

As-salam dan hai semua!!

Perempuan gelabah ini sudah letak ticker untuk majlis meminangnya. Hoho. Ape barang lagi 7 hari baru nak letak ticker? Itu gatal tangan namanya.

7 hari lagi

Disebabkan majlis meminang jek, maka takdela kena buat persiapan sangat. Hanya perlu fikir menu dan buah tangan untuk kasi kat rombongan lelaki. Itupun untuk menu, my mom dah plan. Rilla hanya perlu buat caramel pudding. I'm the dessert princess in the family. Bab-bab wat dessert memang selalu dapat kat saya :D [Ape nanti dah kawen ko nak bagi laki ko makan dessert je ke Rilla? Sebulan kawin, confirm badan laki ko jadi bulat.]

Menu
It'll be a high-tea type of event. Mulanya nak buat tengah hari, so bagi boleh lunch sekali. But my pak long [wakil keluarga perempuan a.k.a. tukang karut cakap] hanya free selepas pukul 3. Jadi, sudahnya majlis ditukar ke pukul 4. Menu simple sahaja: mihun goreg, murtabak [tempah kat pasar tani], chicken rolls [it's a perk having a sister learning culinary arts ;p] dan caramel pudding.

Buah Tangan
Buah tangan tak sure lagi. Dah tanya parents:

Rilla: Urm, nanti nak kena bagi buah tangan kat rombongan lelaki kan? Nak bagi ape ek?

Ayah: Bagi jek KFC

Mak: Ha'ah, bagi KFC Barrel!

Rilla: =.=

My parents, ladies and gentlemen. Rilla ingat mebe bagi buah-buahan tropika dan kuih kasturi. Kuih kasturi tu Rilla boleh buat a few days before, goreng sikit, masuk freezer. Nanti on event day boleh goreng balik.

Tetamu
Mula-mula ingat nak jemput a few people je, since it's a simple event. So we were thinking of inviting Pak Long+Mak Long dengan Pak Lang+Mak Lang from dad's side. Pak Long sebagai wakil keluarga perempuan, Pak Lang sebab kebetulan ada kat Malaysia that day. Kemudian PakLong+Spouse and my mom's sister from my mom's side. Sudah, simple jek, 8 orang plus my family, jadi 14 orang keluarga pihak perempuan.

But then Pak Lang said that my dad might want to invite all his brothers and sister, takut tak jemput karang, kecik hati. That's actually a valid point. Tapi my dad belum decide lagi nak ajak semua ke tak. Kalau ajak, ramai la sikit. Tapi bak kata Pak Lang, ini majlis anak adik bongsu diorang ;D Hahah. Rilla anak sulung, jadi kitorang tak tahu sangat la pasal perjalanan majlis ni. It's a rare thing to see my dad like this. Selalunya dalam otak dia dah tersusun semua plan. Bab ni, serah kat orang tua saja.

Hantaran
On that day, kedua belah family akan bincang pasal tarikh tunang, tarikh kawin dan wang hantaran. The discussions on how much my hantaran should be is funny. Dah banyak kali ayah ngan mak bincang.

Discussion 1
Ayah: You [my mom] nak letak berapa banyak hantaran ni? I rasa 500K dah cukup dah.

Mak: 500K rupiah?

Brother: 500K Zimbabwe! Tapi kat sana nak beli seluar jek, dah 2billion.

Ayah: 500K USD lah

Discussion 2
Ayah: You nak letak berapa banyak hantaran ni? Kena kira, dulu time baby, kita bagi dia minum susu mahal. Lepas tu dia study dari diploma sampai degree dah 7 tahun. Lasik operation lagi, bla-bla.

Discussion 3
Ayah: You nak letak berapa banyak hantaran ni? Senang camni, amik hantaran you time kita kawin dulu, times inflation rate at 2%, times umur Rilla, 26. Dapat berapa?

Ok, ni semua lawak saja ok? Jangan ada yang ingat my parents serious pulak. Plus, they wont be actually discussing it in front of me won't they? Diorang saja nak sakat saya.

Ayah: Ayah saja je nak kaco ko. Ko ada lagi setahun kat rumah ni sebelum ko dimiliki orang lain.

Sob T.T

Ayah: Ayah tengah reka pantun ni.

Satu, dua, tiga, empat,
Ko ingat senang nak dapat?

Pape pun, Rilla harap semuanya dipermudahkan dan berjalan lancar. Oh, kepada sesiapa yang berminat nak tahu perbezaan majlis merisik, meminang dan bertunang, boleh klik sini, dan sini.

6 comments:

  1. kelakar & sporting la u yer ayah..
    he3..xlama lg u dh nk tunag..i xtau lagi tunag or x..btw..tahniah..

    ReplyDelete
  2. Aliza:: Haha, my dad is one of a kind.

    Hurm, tunang maybe lagi 5 bulan. Tapi tak lama dah.

    ReplyDelete
  3. hahahhaha.. kelakar lah ur parents nih. asik gelak jek klu bace entry psl diaorg. hihi

    ReplyDelete
  4. SK: They're a blessing :D Alhamdulillah

    ReplyDelete
  5. rilla, ira paling suke kalau rilla letak cerita pasal ayah rilla..memang lawak!!cute sangat~~

    ReplyDelete
  6. Ira: Haha, nampaknya peminat ayah Rilla semakin bertambah XD

    ReplyDelete