Tuesday, October 11, 2011

Kad Kahwin Sudah Dihantar untuk Dicetak

Assalammualaikum dan hello my sayangs,

Tajuk entri memang sangat skema kan? Akhirnya, Rilla dan Kanda dan hantar kad kami kepada printer selepas puas survey kesana-kemari. Kami pergi ke Festival Pengantin di Aeon AU2 Sabtu lalu, kami sudah memilih printer yang buka booth di situ. Rilla bawak design siap-siap dan pusing kawasan festival tu, tanya setiap vendor kad-kahwin, berapakah harga terbaik yang boleh diberikan untuk design kami. Ya, kami design kad kahwin kami sendiri, tak nak sama dengan orang lain katanya. Tapi design simple sahaja. Kad kami bukanlah hard cover, mahupun berlipat-lipat, jauh sekali mempunya inlay 3-4 helai. Kad sekeping sahaja. Memang dari dulu Rilla suka kad sekeping. Lagi pun mengurangkan penggunaan kertas.

Kami tempah 500 pcs untuk masing-masing punya majlis. Jadi jumlah adalah 1000pcs. Tetapi, memandangkan kad sekeping, design untuk kedua-dua majlis (belah Rilla dan bertandang) adalah berlainan, kadang-kadan vendor bagi sebut harga yang berlainan. Secara purata, harga yang kami dapat di dalam lingkungan 60-70 sen. Ada juga yang quote RM1.20. Tetapi dengan vendor yang kami telah pilih ni, 51 sen sahaja. 260 gsm art card, matt lamination depan dan belakang beserta sampul surat. Pada Rilla berpatutanlah harga begitu. Sebenarnya, memang di bawah budget Rilla pun. Jadi, sudah malas mahu survey lagi dan tak mahu bertangguh untuk print kad kahwin, selepas sahaja kami berurusan dengan vendor di booth, kami terus pergi ke cawangan mereka di Ampang. Di sana, kami transfer soft copy design kami dan terus bayar deposit.

Insya Allah, lagi 3 minggu siap. Tak sabar nak tengok. Agak-agak cantik ke tidak kad kami nanti? (Ceh, kad nak murah, outcome nak yang cantik). Seperti biasa, jika ok hasilnya, Rilla akan beritahu siapa vendor kami tu.

Cerita selingan: Jalan-jalan di festival hari tu, jumpa kad ni di salah satu booth. Lisa, sila mintak royalti, hahahah. Kanda cakap kad ini comel.

10 comments:

  1. mesti kad tu nnti cantikss!

    p.s: kte nk satu tau. hehe. :P

    ReplyDelete
  2. rilla! hahaha i br tau dr siapa tah sms kata nmpk kad i kat wangsa maju.i was like...errr jauhnye. husben i ckp mintak royalti hahaha.ye ye je...

    thanks for post this up.husben tye i aritu takde ke bbf yg tlg ambik gmbr tu kt booth tu n its you! hehe.thanks rilla :) i nk bgtau husben i la blog u.hahaha

    ReplyDelete
  3. i think i shud start buat card juge la... tp kitorang budget dlm 650 cards je.. agak2 kat pameran pengantin ade ke promo untuk less 1000 eh?? o.O

    ReplyDelete
  4. Sue: Mestilah bagi untuk Sue and Hadi :D

    Erin: Lisa punya kad sangat sweet

    ReplyDelete
  5. Lisa: Hahahah.

    KR: if you're reading this, hai KR!!! hahahah

    ReplyDelete
  6. Nurul: Ala, kad kita biasa-biasa jek. One colour jek pon

    ReplyDelete
  7. serius murah kad kamu rilla.lepas tu kalau nak pos, add lagi 40-60sen.plus minus, cost utk kad rm1 gitu.worth gila!!

    ReplyDelete
  8. Renee: Yes, you should. Tarikh and venue pun dah confirm kan? Ape salahnya buat awal sikit. So if ada ape-ape, sempatlah nak repair ke ape kan?

    Zimie: Hehehe. Rilla tak nak spend banyak sangat kat kad ni. That's why buat yang murah jek.

    ReplyDelete