Monday, October 31, 2011

Pameran Pengantin Malaysia 28-30 Oktober 2011

Assalammualaikum dan hai korang

Makin susah nak cari masa nak update blog sekarang, minta maaf ya. Siapa pergi ke Pameran Pengantin Malaysia kat SACC minggu lepas angkat keyboard! Rilla pergi juga, semalam. Sebenarnya bukan nak survey apa pun. Dah tinggal lagi 2 bulan, nak survey apa pulak kan? Sepatutnya semua dah book and confirm. Sepatutnya lah. Pergi sebab OP Rilla buka booth kat situ, dah memang a few days before dia dah call untuk updates dan 50% payment. Jadi pergi untuk bayar 50% tu lah dan bincang flow majlis semua. I love my OP punya service dan PR, so far lah. So far so good orang kata.

Lepas tu terfikir, kotak telur belum beli atau book lagi. Sekarang kan trend orang bagi goodies kan? Maksud Rilla, selalunya keluarga pengantin akan bagi paper bag, dan dalam tu akan ada macam-macam seperti gula-gula, bahulu, kerepek dan sebagainya. Family Rilla tradisional sikit. Kami lebih suka mengekalkan tradisi memberi telur rebus. Masalahnya sekarang, kotak telur sangat susah nak cari. Semua kotak-kotak yang Rilla survey semuanya terlalu besar untuk telur. Bergolek-golek la telur kat dalam tu nanti, kikiki. Rilla tahu ada kotak ready made untuk telur, selalunya akan ada corang kerawang-kerawang, bunga-bunga atau warna silver dan gold. Tapi tak kena dengan taste Rilla. Nak beli plain square box warna putih ada, tapi RM1.20/unit, macam tak berbaloi je?

Tapi Alhamdulillah, masa pergi SACC semalam, jumpa satu vendor yang memang buat customised square box untuk telur. Bila customised, kita dah boleh print siap-siap nama pengantin dekat kotak tu, jadi dah tak perlu nak tempah sticker atau TQ tag lagi. Senang kerja. rilla pun dah malas nak fikir, terus bayar booking sahaja. legaaa.

Free picture from Izz Studio's photobooth. Abis guestbook dia Rilla conteng, heheh.

Did you guys went to PPM? What did you do?

12 comments:

  1. awak x tgk ke gmbar sy?
    fariza pun ada tulis kat ctu. ehehehe
    fariza g cuci mata n jumpa bbf lain.
    eheheheh

    ReplyDelete
  2. hye rilla! i pegi jugak sacc smlm...hehe. but im in the heavy flu plak so i just survey2 ambik brocher itu ini then balik terus g klinik! hahaha. balik umah barula dok belek2 brocher yg i ambik smlm....i pnye wedding bulan 5 nxt year so mmg skrg ni survey apa2 yg patut..but semua booth kat sacc not bad and lalu je kat ctu mesti kena stop atleast 5-10min dgn org2 booth! hehe..

    ReplyDelete
  3. tak pergi la rilla.boleh tak rasa macam malas nak pergi any pameran.cukup2 la dengan apa yang ada tu.huahua(yerlah tu)

    ReplyDelete
  4. Fariza: MAsa Rilla ambil gambar tu guestbook diorang dah tebal. Tak dan pulak nak tengok satu-satu

    ReplyDelete
  5. Shikin: Ha'ah, dah boleh dah start, even nak booking sekarang pun dah sesuai

    ReplyDelete
  6. Zimie: Hehehe. Rilla pergi pun sebab ada hal. Kalau tak, tak sampai jugak kot

    ReplyDelete
  7. sedih sbb tak sempat pergi..lagipun Ira pegi holiday..hurmm bile lagi ade pameran pengantin ea?

    ReplyDelete
  8. sy pergi jgk rilla..best...plg suke kt mahligai creative booth...cantik sgt...

    ReplyDelete
  9. Bahirah: Don't worry, PPM ni rajin buat pameran dalam 3-4 bulan sekali

    ReplyDelete
  10. Syuhaidah: Ye ke? Rilla tak round habis la :( Bayar OP, book kotak telur, terus balik. tak sempat sebab nak masuk opis lepas tu

    ReplyDelete
  11. eh, same lah, efa pun bagi telur jugak! mula2 bantah, mcm tak syok, fikir2 balik, cool jugak bg telur, tradisi skit, kan?

    ReplyDelete
  12. oh I went to the PPM, but haven't got the chance to update on that.. :)
    penuh ramai org just look around for ideas..

    ReplyDelete