Monday, June 30, 2014

Exchange Link Jom!

*sticky entry*

Assalammualaikum dan hai semua~

Rilla ingin update blog listing Rilla kat sidebar blog ni. Listing sekarang perlu diupdate. Jadi, Rilla akan delete listing sekarang ni dan buat listing baru khas untu B2B Blogger sahaja.

Jadi, kalau korang ada blog wedding preparation dan sudi bertukar-tukar link dengan Rilla, tinggalkan URL korang di komen ya.

XOXO,
Rilla

Tuesday, January 28, 2014

Pakaian Tradisional dan Wedding: Takkan Terpisah

Assalammualaikum dan hai zemua~

Agak lama menyepi, Rilla sangat sibuk bulan Januari ni, Alhamdulillah sebab sibuk tandanya at least masih ada kerja ye tak? Dengan training, travelling, meeting bagai, it's a hectic month. Syukur dah ke penghujung Januari dah.

Topik kali ni adalah mengenai pakaian tradisional. Untuk majlis perkahwinan melayu, walaupun sekarang dah banyak yang dimodenkan, pakaian tradisional tetap menjadi pilihan, tak kisahlah mahupun oleh pengantin sendiri, malahan keluarga pengantin, tetamu, bahkan sehingga ke vendor sekali. Pakaian tradisional ni timeless, tak lapuk dek zaman. Insya Allah, 30 tahun lagi, tengok balik gambar, still nampak cantik.

Pakaian Tradisional untuk Pengantin
Bila nak tulis entry ni, terus teringat majlis Firdaus and Yasmi: Pengsohoran Raja Sehari. Majlis ni menggunakan tema tradisional Melayu sepenuhnya. Masa tengok gambar ni dulu, memang rasa terpukau. Adat Melayu ni sebenarnya cantik, dan pakai pengantin pun, sangat indah.

Is this beautiful or is this beautiful?

Flower Boy/Flower Girl
Yang ni selalunya akan pakai tux, dan girls akan pakai gown yang frilly kembang-kembang tu kan? Apa kata, kalau korang (the bride) pakai tradisional, pakaikan flower girl and boy korang baju tradisional jugak? Sumpah comel. Ada cousin Rilla kahwin, adik-adik Rilla jadi flower boy and girl, sorang pakai kebaya lace, sorang pakai baju melayu lengkap dengan baju singkap dan tengkolok. Comel habis!

Comel sangat!

Dulang Girls & Boys/Bridesmaids
Lagi satu elemen yang boleh disuntik dengan pakaian tradisional. Bayangkan, dulang girls/boys ni masuk dewan bawak dulang hantaran, bersusun cantik, yang perempuan ayu pakai baju traditional, yang lelaki segak berbaju Melayu, wow!

Credit: Kudegraphy
Exquisite!

Credit: Rizalman
This one too! Dengan selimpang kat bahu tu, regal sangat!


Vendors
Haaa, ini satu bahagian yang selalu kita lepas pandang atau buat tak kisah. Sebenarnya pakaian vendor pun boleh memainkan peranan dalam mencipta suasana majlis. Bayangkan majlis kahwin korang, waiter semua segak berbaju melayu, photographer, vieo grapher, pemain kompang... Paling best kalau semua pakai baju Melayu hitam. Segak!

Memang rilla request pemain kompang pakai baju Melayu hitam. Rilla memang tak prefer diorang pakai t-shirt atau baju korporat kumpulan.

Tetamu
Ye, tetamu juga boleh memainkan peranan. Rilla suka tengok tetamu yang menggayakan pakaian traditional. Kadang ada yang siap dengan selendang kat bahu, ayu sangat. Lagi pun senang pakai baju tradisional ni, boleh pakai pergi kenduri, pakai pergi tempat kerja, sentiasa sesuai. Oh, nak suggest, korang boleh tengok koleksi pakaian tradisional kat Zalora. Centik-cantik semuanya. Ni tengah sale ni, cepat grab! even bawah RM200 pun banyak pilihan. Eh, Rilla pun nak pergi shopping kat sana ni, babai~

Wednesday, November 20, 2013

Weeding Review: DIYed Hanbouquets

Assalammualaikum dan hai semua

Rilla terlupa nak cerita pasal handbouquets Rilla. Ni bukan entry basi, ni entry reput berkulat dah, hoho. Gasak! All of my HB are DIYed. Untuk Nikah dan Tandang, Rilla buat sendiri. Untuk sanding, Mak Lang Rilla buatkan.

Nikah




Rilla pilih Hydrangea warna biru dan Eustoma warna krim. Memang nak warna yang sweet, je. Hydrangea ni susah nak maintain. Kena potong elok-elok, kalau tak, layu. Rilla DIY pukul 5 pagi sebab takut nak buat awal-awal. Rilla guna plastic flower holder tu, boleh beli kat Floristika. Potong bunga, terus cucuk kat span dia. Tak berani buat hand-tied arrangement, lagi pun nak cepat. Jadi plastic holder la paling senang. Plastic holder tu Rilla balut dengan riben dan rhinestone chain. (Malas nak upload gambar yang nampak handle).

Sanding


Lepas tunang, Mak Lang Rilla offer nak buatkan HB Rilla. Wah! Pucuk dicita ulam mendatang! Dia tanya Rilla nak warna ape, Rilla jawab pink. Sebab rasa warna pink paling sesuai dengan warna baju Rilla (Rilla bukan peminat pink). Itu sahaja yang Rilla minta, selebihnya Rilla serahkan saja pada Mak Lang.

Bila Mak Lang sampai pagi tu, nah! Size XXXL bunga. I love it! Dia guna pink roses dengan tulle. Keliling dia ada daun dan Eustoma. Berat, tapi Rilla suka.

Tandang


Maaf, tak ada gambar close up. Untuk majlis Tandang Rilla guna Cala Lilies warna putih, Lily dan Anthurium warna merah. Asalnya nak guna Cala Lilies je, tapi masa beli bunga tu, ada yang kuncup-kuncup je. Yang kembang-kembang tak ada. Jadi terpaksa tamba Lily biasa (tak tahu species ape) dan Anthurium. Kira dah jadi HB tropical, haha. Kali ni arrangement hand-tied je. Rilla beli bunga hari Khamis, arrange hari Jumaat, bawak pergi Johor, majlisnya hari Sabtu. Masa beli Lily merah tu kuncup je dia, time majlis dah kembang. Tak nak susahkan Kanda cari florist kat JB, sangguplah Rilla DIY dari KL.

Yes, my HB tak nampak professional pun, tapi Rilla masih sukakannnya sebab semua ada cerita dia sendiri. Memang saja nak fresh flowers sebab Rilla tak suka simpan barang (LOL). Harap-harap post ni boleh memberi inspirasi untuk B2Bs semua DIY HB sendiri juga. Kalau Rilla boleh, korang pun mesti boleh.








Monday, November 4, 2013

{DIY} Twig Centrepices (Cantik dan Murah!)

Assalammualaikum dan hai pembaca semua!

Siapa tak suka idea murah, mudah dan menarik? Tengah surfing, Rilla terjumpa idea untuk menggunakan ranting kayu sebagai centerpiece. Sesuai untuk majlis-majlis yang bertema rustic. Projek ini tidak memerlukan kos yang besar. Lepas majlis pun tak sayang nak buang.



Selamat mencuba!

Wednesday, October 30, 2013

{DIY} White Lily Handbouqet

Assalammualaikum dan hai bakal-bakal pengantin semua

Sungguh, rindunya nak blogging di sini. Rindu log penuh habuk ni. Rindu dengan pembaca. Sekrang nak update blog kena pandai cari masa, celah-celah timbunan kerja di pejabat, timbunan kerja di rumah, suami dan anak yang perlu perhatian.

I still love weddings. I still love DIYs. Jadi bila sempat, Rilla masih akan update blog ni. Harap korang tak jemu.


Projek ini agak mudah. Boleh guna bunga hidup atau bunga tiruan. Hasil pun nampak elegan. Selamat mencuba!