Showing posts with label Reviewnya. Show all posts
Showing posts with label Reviewnya. Show all posts

Wednesday, November 20, 2013

Weeding Review: DIYed Hanbouquets

Assalammualaikum dan hai semua

Rilla terlupa nak cerita pasal handbouquets Rilla. Ni bukan entry basi, ni entry reput berkulat dah, hoho. Gasak! All of my HB are DIYed. Untuk Nikah dan Tandang, Rilla buat sendiri. Untuk sanding, Mak Lang Rilla buatkan.

Nikah




Rilla pilih Hydrangea warna biru dan Eustoma warna krim. Memang nak warna yang sweet, je. Hydrangea ni susah nak maintain. Kena potong elok-elok, kalau tak, layu. Rilla DIY pukul 5 pagi sebab takut nak buat awal-awal. Rilla guna plastic flower holder tu, boleh beli kat Floristika. Potong bunga, terus cucuk kat span dia. Tak berani buat hand-tied arrangement, lagi pun nak cepat. Jadi plastic holder la paling senang. Plastic holder tu Rilla balut dengan riben dan rhinestone chain. (Malas nak upload gambar yang nampak handle).

Sanding


Lepas tunang, Mak Lang Rilla offer nak buatkan HB Rilla. Wah! Pucuk dicita ulam mendatang! Dia tanya Rilla nak warna ape, Rilla jawab pink. Sebab rasa warna pink paling sesuai dengan warna baju Rilla (Rilla bukan peminat pink). Itu sahaja yang Rilla minta, selebihnya Rilla serahkan saja pada Mak Lang.

Bila Mak Lang sampai pagi tu, nah! Size XXXL bunga. I love it! Dia guna pink roses dengan tulle. Keliling dia ada daun dan Eustoma. Berat, tapi Rilla suka.

Tandang


Maaf, tak ada gambar close up. Untuk majlis Tandang Rilla guna Cala Lilies warna putih, Lily dan Anthurium warna merah. Asalnya nak guna Cala Lilies je, tapi masa beli bunga tu, ada yang kuncup-kuncup je. Yang kembang-kembang tak ada. Jadi terpaksa tamba Lily biasa (tak tahu species ape) dan Anthurium. Kira dah jadi HB tropical, haha. Kali ni arrangement hand-tied je. Rilla beli bunga hari Khamis, arrange hari Jumaat, bawak pergi Johor, majlisnya hari Sabtu. Masa beli Lily merah tu kuncup je dia, time majlis dah kembang. Tak nak susahkan Kanda cari florist kat JB, sangguplah Rilla DIY dari KL.

Yes, my HB tak nampak professional pun, tapi Rilla masih sukakannnya sebab semua ada cerita dia sendiri. Memang saja nak fresh flowers sebab Rilla tak suka simpan barang (LOL). Harap-harap post ni boleh memberi inspirasi untuk B2Bs semua DIY HB sendiri juga. Kalau Rilla boleh, korang pun mesti boleh.








Tuesday, May 21, 2013

Wedding Review: Bertandang Attire

Assalammualaikum dan hai semua (hado lagi ke yang baca blog ni?)

Last entry about outfit - bertandang.

Ni lah outfit kitorang. English themed la kononnya.

 Baju Kanda, macam baju-baju kahwin dia yang lain, tempah di Classic Point, Nilai. Baju Rilla pula? DIY je sudah!



Baju Kanda, sebab kenduri buat tengah hari, pakai kemeja, vest dan pants sahaja. Tak perlu full suit, panas kot tnegah hari buta nak pakai suit. Tie dan shirt beli kat Padini je sudah. Janji lakiku hensem dimataku.


Kasi can lah Kanda nak posing gini. Bila lagi kan?

Baju Rilla pulak 1-piece dress. Material chiffon, lining silk. Baju ni simple saja, sebab Rilla kan tak suka baju yang sarat-barat. Jadi Rilla tak letak beading pun. Cuma Rilla patch lace di tangan, pinggang dan bahagian bawah skirt tu.

Sebab dah beli 10 meter border lace kan? Boleh patch keliling baju.

Rilla guna sash yang Unaisah Azlan (perlu ke letak nama penuh?) buat untuk baju sanding hari tu. Pakai balik masa tandang. Kebetulan boleh masuk dengan baju Kanda. Instead of a traiditional train, Rilla letak train kat bahu. Seronok tau sebab masa photoshoot, angin tiup, dia menggerbang. Rasa macam pari-pari sekejap.


Pari-pari Fuad Suffian


Selain itu, shoulder train juga boleh digunakan untul selebung suami ala-ala cerita Hindustan.



Haaa...gitulah kisah baju bertandang kami yang simple. Kos baju pun jimat.

Daa~

Thursday, March 28, 2013

Wedding Review: MUA for Nikah & Sanding

Assalammualaikum dan hai korang~

Ada lagi ke orang yang baca blog yang dah berhabuk ni? Hahaha. Takpelah, Rilla nak jugak sambung buat review. Rasanya Rilla lah bride yang ambil masa paling lama nak review wedding dia kat Malaysia ni. Hehehe.

Kali ni tentang makeup masa majlis nikah dan sanding. Rilla telah mendapatkan khidmat juru solek Lenny Emelda (skema kau ayat!). Oh my! Sangat suka dan sangat-sangat berpuas hati dengan servis dan hasil Lenny. On customer relation, Lenny reply SMS laju, senang sangat nak book. Mula-mula Rilla tanya availability untuk sanding je, lepas tu tengok dia reply dengan pantas, terus book untuk nikah sekali, senang, tak payah aku pening kepala. The rate pulak sangat reasonable untuk result yang sangat memuaskan hati. For me, worth every cents.

Sebenarnya, Lenny ni anak didik Kak Sai (tak dapat Kak Sai, dapat anak didik dia pun ok lah kan?). Selain wedding job, dia juga ada buat makeup job untuk TV dan photoshoot. Lenny sangat cekap lah makeupkan Rilla, tak sampai sejam dah siap semua. Bila siap awal, boleh lah Rilla posing-posing depan kamera lebih-lebih sementara menunggu kan? hahaha.

Untuk nikah, Rilla minta makeup natural saja. Lenny pun pandai, she gave me a romantic look. Pink lips with soft colours for my eyes. No bulu mata, berat! Hahaha.

Sorry Gambar biru sikit sebab malas nak edit.

Untuk sanding pulak, makeup lebih heavy dekat mata. Warna bibir lebih kepada coral.

Ni gambar fresh lepas makeup. MAsa ni terkejut tengok kat cermin. Lepas tu tanya Lenny, "tak pekat sangat ke?" Maklumlah Rilla tak biasa makeup gini. She assured me that it'll look good. Memang betul, dalam gambar cantik dan masa majlis ramai yang suka. Agaknya masa ni makeup belum cair.


No colour lenses for me. I like my eyes just the way it is ;)

I love her work! Kalau tanya jika diberi peluang untuk tukar MUA, Rilla akan jawab tak nak tukar.

Nikah entry @ Lenny's Blog
Sanding entry @ Lenny's Blog

Tuesday, January 8, 2013

Wedding Review: Official Photographer

*Amaran: Entri penuh gambar*

Assalammualaikum dan hai semua...

Ada lagi kah yang menjenguk blog yang dah bersawang ni? Minta maaf ya tak habis-habis lagi update, kahwin dah nak setahun pun, review tak habis lagi, poyo sungguh.

Kepada yang masih belum tahu, Rilla baru sahaja melahirkan seorang bayi lelaki 4 November lalu (boleh jenguk ke blog peribadi Rilla untuk tahu kisahnya). Jadi Rilla sibuk kebelakangan ni, mana email/pm yang Rilla tak balas tu maaf ya. Berpantang pun sibuk tau, mencabar. Rilla sambung review untuk Jurugambar majlis Rilla ya.

Keseluruhannya, Rilla ambil dua jurugambar untuk semua majlis dan sesi fotografi. Mereka adalah:-

Nikah, Sanding, Sanding Outdoor, Bertandang, Bertandang Outdoor & Post Wedding

Nikah Outdoor

Kah kah, semua event ada outdoor, over kau Rilla.

Nikah
Untuk Nikah, Xclusive by Izz hantar seorang Senior Photographer diorang - Abang Haziq nama beliau.Rilla sangat suka gambr nikah. Abang Haziq punya style macam sweet sweet gitu.Sukalah!





Nikah Outdoor Photoshoot
Hanif Ramli (Anep) ni Rilla kenal masa Rilla ambil promo Pre-wed photoshoot dulu. Masa promo tu, vendor assign Anep untuk tangkap gambar kami. Bila dapat je soft copy gambar-gambar pre-wedding shoot tu, gembira sebab cantik sangat.

Lepas tu terfikir nak buat satu outdoor session pakai baju nikah. Penat-penat jahit baju nikah sendiri, haruslah buat photoshoot kan? Alhamdulillah, walaupun contact Anep last minute, dah lah masa tu nak naik sekolah (Anep ni cikgu pendidik anak bangsa), dia available untuk 2 Jan 2012 (sehari selepas nikah). Kitorang buat shooting di Taman Saujana Putrajaya. Silapnya Rilla set time dah agak lambat (pukul 10), jadi mata hari dah naik. Kawasan situ, paling cantik shooting pukul 7 pagi camtu. Kami ambil shoot n burn je sebab dah cakap kat Xclusive by Izz, nanti buat album nak campur sekali gambar outdoor nikah.

Hasil: Seperti yang dijangkakan, cantik sangat. Recommended!

Klik pada gambar di atas untuk melihat gambar-gambar outdoor nikah.

Sanding & Sanding Outdoor Photoshoot
Untuk majlis resepsi, bos Xclusive by Izz yang datang - Abang Wan ditemani darlingnya, Kak Ayu. Abang Wan memang padai ambil gambar waktu malam. Outdoor shoot pula kami ambil di sekita Kuala Lumpur.

 
 



Tandang & Tandang 1st Photoshoot
Bertandang ni special sikit, sebab ada dua kali outdoor photoshoot, hahaha. Over kau! Untuk majlis dan 1st shooting, Xclusive by Izz hantar Abang Zaini. Abang Zaini punya gambar pun cantik-cantik belaka.



 



Tandang 2nd Photoshoot & Post Wedding Photoshoot
Xclusive by Izz dengan baik hatinya beri kami post-wedding photoshoot dengan percuma. Dua-dua shooting ni di buat di Singapore. Tapi sayang, cucaca masa tu mendung, dan rooftop Marina Bay Sands tu tutup.



  


Dah, habis semua photoshoot. Silalah ke page-page mereka untuk melihat hasil kerja mereka yang lain.

Tuesday, October 2, 2012

Wedding Review: Wedding Shoes

Assalammualaikum dan hai semua

Ok, kita sambung review pasal kasut-kasut kahwin pula. Rilla pakai dua pasang kasut untuk ketiga-tiga majlis. Kasut Rilla semua beli di kedai sahaja, memang sengaja tak mahu menempah bridal shoes. Kalau tempah kasut kahwin yang putih tu entah bila nak pakai balik. Jadi Rilla beli kasut di kedai kasut sahaja, dan kasut-kasut ini telah pun Rilla pakai berkali-kali.

Kasut Nikah
Kasut nikah Rilla pakai boots (kau ada?) Hahaha. Warna kelabu, beli di Nose. Harga? Tak sampai RM90 pun.


Tak ada gambar close-up. Rilla pakai masa outdoor photoshoot. Takdelah nak pakai masa akad pun.

Kasut Sanding/Bertandang
Yang ini Rilla beli di Vincci. Harga tak ingat, tapi rasanya bawah RM100 sebab masa tu sale. Kasut ni, walaupun tinggi, tapi sangat selesa. Pakai masa majlis, photoshoot, tak ada hal punya. Nak posing lompat-lompat, lari-lari pun boleh.

Close-up kasut.


Pakai dengan baju sanding.

Pakai balik masa bertandang.

Dah~~