Showing posts with label Warna Temanya. Show all posts
Showing posts with label Warna Temanya. Show all posts

Tuesday, January 17, 2012

Wedding Review: Akad Nikah Colour Theme

Assalammualaikum dan hai sayangs <3

Susah juga nak review bila tak ada set gambar yang penuh. I managed to get some from my OP. So here goes my review for my nikah colour theme.

Warna tema majlis akad nikah saya

Ye, memang lain dari warna tema yang Rilla pernah post dulu, akhirnya, Rilla tukar balik kepada warna yang hampir sama dengan cadangan asal. Warna utama adalah biru, kelabu dan putih, semuanya warna kesukaan Rilla.

6 warna kesemuanya supaya ada flexibility. Tapi Rilla tak dapat ikut 100%, especially bab fresh flowers. Time tarikh nikah Rilla ni, stok bunga tak banyak (walaupun Rilla dah tempah), so I have to make do. Jadi tercampurlah sedikit dengan warna light pink dan hijau. But it's okay, I don't mind because in the end our akad turned out sweet in the pictures. It has a romantic and sweet vibes to it :)

Nota kaki: Ikut suka akulah nak review tak ikut turutan, hahaha

Tuesday, March 1, 2011

Theme Colours: Engagement Day

Assalammualaikum dan hai-hai semua

Rilla kembali lagi dengan entri baru. Ikutkan sebenarnya tak larat tak update blog, tapi gagahkan diri jugak. Tuntutan kerja sangat berat sekarang sebab dah nak dekat hujung financial year. Walaupun tak kerja bahagian finance, tapi sangat terpalit, huhu. Oh, mesti korang bosan baca cerita Rilla sebagai kuli cabuk ni kan? Rilla, sila balik kepada topik.

Dari blog KandaDindaWithLove, kami bawakan kepada anda, warna-warna untuk majlis pertunangan Rilla!!! [sila baca dalam nada suara introducer untuk AJL 25].




Warna-warni tak? Hahahah. Lantak la orang nak cakap macam Krimas ke, macam citrawarna Malaysia ke, yang penting Rilla suka. Saje je untuk majlis bertunang ni mahu warna yang nampak playful. Sebab konon-konon nak majlis yang ceria dan kurang formal. Nama tema ini adalah majlis pertunangan di dalam hutan magikal, LOL. Rilla nak nampak macam dalam taman la konsepnya. Tapi majlis Rilla ringkas habis. Tak ada mini pelamin bagai. Biasa-biasa je. Tapi dah gatal nak berwarna tema jugak kan?

Friday, January 7, 2011

Theme Colours: Revisit

As-Salam dan hellow kesayanganku sekalian...

Minggu depan pergi Bandung!

Insya Allah. Sekejap je masa berlalu. I booked my ticket on September but it feels like yesterday. So, macam rasa, "eh? minggu depan ek pergi bandung?" *GULP* Masa memang tak tunggu sesiapa.

Jadi kena prepare itu dan ini. One of the key things is fnalise the colours that we're going to use. Kat entri ni, Rilla dah cerita pasal colours untuk sanding, dan kat sini untuk nikah. Untuk bertandang juga dah ada colours, tapi tak pernah buat entri. Tapi colours tu semua belum betul-betul finalised, especially nikah. Jadi Rilla paksa diri malam ni untuk siapkan colour boards untuk nikah, sanding dan tandang.

Alhamdulillah, siap. Tapi kanda belum tengok lagi. My parents pun belum tengok lagi. But should be ok sebab kanda dah tau sikit-sikit. Parents Rilla biar je Rilla nak pilih colour ape. Lega dah siap colours board. Pasni print, bawak gi Bandung as guides untuk beli kain. Setiap tema ada 6 warna to allow flexibility.

My nikah colours ni macam tak berapa masuk kan? Blue, gray and white is the colours of our outfits, yang atas tu warna bunga. Hurm...what do you guys think?


Sanding colours. Warna bunga sama dengan nikah sebab Rilla plan majlis dalam hari yang sama. Decorations yang sama, pelamin yang sama. Baju je warna lain. Actually, Rilla decide warna sanding dulu sebelum warna nikah.


Tandang colours. Ada vintage-ish feels sket. Susah la nak wat colour gold dalam photoshop. Saya tidak reti.

Hentam jelah. Mata aku tengok, cantik jek *ayat sedapkan hati*

Thursday, October 21, 2010

Theme Colours: Navy Blue + Powder Blue + Gray + White



Powder Blue Satin and White Lace | White Fondant Mini Cake
Gray, White and Blue Hantaran |Navy Blue and White Ring Pillow

Am thinking of these colours for my nikah.At first I wanted to wear ivory, suci dan innocent. Tapi bila pikir balik, rasa macam nak pakai kaler lain sebab tandang nanti Insya Allah Rilla akai pakai ivory. So tak nak pakai ivory dua kali. Lagipun kalau buat baju nikah kaler ivory ke, putih ke, susah nak pakai balik, sebab orang tau tu mesti baju nikah. Kanda suggest pakai powder blue dan kelabu, and I thought, hey! That's nice! Rilla punya faveret kaler pun memang biru dan kelabu. My kanda actually cakap "Kita pakai kaler biru cair, lepas tu kanda pakai sampin kelabu - pergh!", hahaha. Kanda ni memang pandai la bab-bab style - he's my image consultant tak berbayar jugak, hahah. Jadi Rilla tambah lagi dua kaler - navy blue dan putih sebagai pelengkap dan untuk deco. So, what do you guys think? Ok tak?

Sunday, August 8, 2010

Theme Colours: Rose + Lavender + Pink Champagne + Taupe

Tema warna adalah penting dalam satu-satu majlis, terutamanya majlis perkahwinan. Tujuannya untk menampakkan keseragaman dan kekemasan. Saya sendiri pun pening kepala nak pilih tema warna. Sebab kalau takde tema kaler, susah sikit nak execute apa yang kita dah plan. Mula-mula ingat nak buat tema hijau dan putih, klasik gitew...
Source

Tema warna yang mengingatkan saya kepada Alice in Wonderland, masa dia kat taman Queen of Heart dengan pokok-pokok rose putih. Okay, takpe, KIV dlu..lepas tu terasa macam nak tema yang ada splash of colour. Saya memang suka gabungan kaler purple dan pink. So saya pun bertanyakan kepada incik Google, lalu terjumpa website wedding color palette yang best ini dan website wedding color palette yang marveles ini. Surf punya surf, jumpa ni:
Mak sookaaaaa

But I have a second thought of the gold. I preferred a muted color. So ai tukar la from gold jadi taupe:
Shantik tak?

So, for my kenduri nanti, Insya Allah, will use color. So now, tinggal nak pilih warna untuk tunang pulak. Kanda pun mintak tolong pilihkan kaler untuk majlis dia. Hurm...nak pilih kaler ape ek?