Showing posts with label Dekorasinya. Show all posts
Showing posts with label Dekorasinya. Show all posts

Wednesday, November 20, 2013

Weeding Review: DIYed Hanbouquets

Assalammualaikum dan hai semua

Rilla terlupa nak cerita pasal handbouquets Rilla. Ni bukan entry basi, ni entry reput berkulat dah, hoho. Gasak! All of my HB are DIYed. Untuk Nikah dan Tandang, Rilla buat sendiri. Untuk sanding, Mak Lang Rilla buatkan.

Nikah




Rilla pilih Hydrangea warna biru dan Eustoma warna krim. Memang nak warna yang sweet, je. Hydrangea ni susah nak maintain. Kena potong elok-elok, kalau tak, layu. Rilla DIY pukul 5 pagi sebab takut nak buat awal-awal. Rilla guna plastic flower holder tu, boleh beli kat Floristika. Potong bunga, terus cucuk kat span dia. Tak berani buat hand-tied arrangement, lagi pun nak cepat. Jadi plastic holder la paling senang. Plastic holder tu Rilla balut dengan riben dan rhinestone chain. (Malas nak upload gambar yang nampak handle).

Sanding


Lepas tunang, Mak Lang Rilla offer nak buatkan HB Rilla. Wah! Pucuk dicita ulam mendatang! Dia tanya Rilla nak warna ape, Rilla jawab pink. Sebab rasa warna pink paling sesuai dengan warna baju Rilla (Rilla bukan peminat pink). Itu sahaja yang Rilla minta, selebihnya Rilla serahkan saja pada Mak Lang.

Bila Mak Lang sampai pagi tu, nah! Size XXXL bunga. I love it! Dia guna pink roses dengan tulle. Keliling dia ada daun dan Eustoma. Berat, tapi Rilla suka.

Tandang


Maaf, tak ada gambar close up. Untuk majlis Tandang Rilla guna Cala Lilies warna putih, Lily dan Anthurium warna merah. Asalnya nak guna Cala Lilies je, tapi masa beli bunga tu, ada yang kuncup-kuncup je. Yang kembang-kembang tak ada. Jadi terpaksa tamba Lily biasa (tak tahu species ape) dan Anthurium. Kira dah jadi HB tropical, haha. Kali ni arrangement hand-tied je. Rilla beli bunga hari Khamis, arrange hari Jumaat, bawak pergi Johor, majlisnya hari Sabtu. Masa beli Lily merah tu kuncup je dia, time majlis dah kembang. Tak nak susahkan Kanda cari florist kat JB, sangguplah Rilla DIY dari KL.

Yes, my HB tak nampak professional pun, tapi Rilla masih sukakannnya sebab semua ada cerita dia sendiri. Memang saja nak fresh flowers sebab Rilla tak suka simpan barang (LOL). Harap-harap post ni boleh memberi inspirasi untuk B2Bs semua DIY HB sendiri juga. Kalau Rilla boleh, korang pun mesti boleh.








Wednesday, July 11, 2012

Wedding Review: Meja Makan Beradab Decoration & Centerpiece

Assalammualaikum dan hai pembaca-pembacaku sekalian. Sihat hendaknya.


Harap kalian bersabar sahajalah dengan Rilla yang tak habis-habis buat review tentang majlis-majlis Rilla. Kali ini tentang meja makan beradab pula. Sekali lagi, seperti aspek-aspek lain dalam majlis Rilla, hiasan meja makan beradab Rilla adalah ringkas sahaja. Rilla tak suka hiasan yang terlalu berat dan sarat. Yang penting, muka pengantin mesti nampak. Kadang-kadang terlalu banyak hiasan, tetamu tak dapat lihat pun muka pengantin.

Pandangan hadapan meja makan beradab Rilla
Untuk meja makan beradab, Rilla hanya menggunakan reben, lantern, tealights,  dan pasu berisi bunga. Lantern dan tealight holders Rilla beli di IKEA. Harga lantern RM25/unit. Harga tealight holder RM1.90/unit.  Pasu pula berharga RM11.90. (Letak harga awal-awal sebelum orang bertanya).

Dalam gambar ni boleh nampak pasu yang diisi bunga orked. Dalam gambar ini juga korang boleh nampak ribbon lantern yang Rilla DIY.
Dalam pasu tu letak bunga orked RM5 sebungkus. Semua dekorasi adalah dibuat oleh ibu-ibu saudara dan sepupu-sepupu Rilla. Rilla masa ni tengah tidur atau bersiap agaknya. Rilla cuma sediakan barangnya sahaja. Kemudian serahkan kepada orang lain untuk tugas menghias. Dan Rilla tak cakap pun nak macam mana, memang Rilla beri kepercayaan kepada mereka. Hasil memang puas hati. Terima kasih tak terhingga untuk mereka.

Rilla juga telah DIY Ribbon Lantern seperti yang korang boleh nampak di dalam gambar di atas. Senang je nak buat. Main gam sahaja reben ke gelungan dawai.

Kat sini boleh nampak gambar botol berisi bunga.

Botol-botol pula Rilla beli di SSF, harga dalam RM9.90 kalau tak silap. Sekarang ni botol tu dah dijadikan botol untuk isi air dalam fridge. Jadi walaupun digunakan untuk dekorasi, tetap ada kegunaan yang praktikal selepas kahwin.

Untuk centerpiece meja VIP juga menggunakan idea yang sama. Bunga orked yang diletakkan di dalam botol.
Kerusi chiavary yang dihias dengan reben organza.

Untuk hiasan kerusi pula cuma hiasan ringkas menggunakan reben organza. Cuma sayang, Rilla beli segulung sahaja, jadi tak dapat diikat dengan panjang dan berjurai. Tapi tak mengapa, Rilla pun malas nak membazir sebab reben-reben ni akhirnya entah ke mana.

Sekian entri hari ini. harap kalian suka :)

Untuk tempahan kemah dan kerusi chiavary, sila search "YSA Weddings" di Facebook.

Wednesday, February 29, 2012

Wedding Review: Bilik Pengantin

Assalammualaikum dan hai cantik!

Entri yang tak berapa panjang mengenai bilik pengantin Rilla. Bilik ini Rilla hias sendiri sahaja, dan seperti biasa, DIY. Jangan kata hiasan, dengan perabotnya sekali DIY (Macam pelamin, Rilla design, adik buatkan).

Bilik Rilla ni sebenarnya macam loteng, jadi siling dia sloping. Dekat bahagian pintu, siling tinggi sikit, bahagian hujung lagi satu siling rendah. Jadi, untuk perabot, kena hati-hati dengan designnya. Bilik Rilla kecil sahaja, cukup-cukup untuk letak katil, almari dan meja. Rilla banyak gunakan cermin supaya bilik nampak lebih luas dan mempunyai pencahayaan yang baik (sebab cermin akan pantulkan cahaya dari lampu).


Untuk katil, Rilla hanya design katil platform tanpa sebarang headboard. Platform pun simple sahaja kerana Rilla tutup dengan bedskirt untuk sorokkan segala harta karun bawah katil tu. Untuk tak nampak kosong, Rilla buatlah hiasa sedikit bagi menggantikan headbord. Hiasan yang murah dan senang, iaitu paper medalion dan bunga tisu dari Daiso. Paper medalion ni buat saiz besar supaya tak payah nak buat banyak-banyak. Pakai kertas mahjong saja. Bunga tisu pula, beli dari Daiso, tinggal kembangkan sahaja.

Sebenarnya, fungsi hiasan ni adalah untuk sembunyikan satu kesan retakan besar kat dinding tu. Hiasan ini juga dibuat di sat-sat akhir dengan bantuan pengapit dan sepupu-sepupu Rilla pada hari sebelum majlis nikah. Bila dah letak paper medalion dan bunga tisu ni, tiba-tiba siling nampak tinggi sikit. Sebelah katil tu, Rilla letak cermin, RM60 sahaja, beli di Nilai. Cermin ni Rilla guna untuk bersiap. Bawah cemin tu Rilla letak sheep skin rug yang beli kat Ikea, ala yang RM79 tu. Cadar Rilla guna cadar yang praktikal, beli kat Jusco, brand Akemi saja. Tak nak beli yang beropol, bersulam. Nak yang boleh pakai terus. Beli masa sale memang murah, tak sampai RM300 pun untuk king size quilt cover set.



Di sebelah cermin pula adalah almari. Almari ini Rilla design khas. Tak boleh nak pakai almari beli siap sebab siling rendah. Nasib baik famili ada perniagaan perabot besi. Yang seronoknya, bila design almari sendiri, bahagian dalamnya pun Rilla boleh tentukan. Nak tempat gantung, rak berapa banyak dan macam mana. Almari ni guna sliding door untuk jimatkan ruang. Lepas ni korang boleh panggil Rilla Furniture Designer *PANG!!!*



Di bahagian hujung katil, sebelah dengan pintu bilik, Rilla letak meja dan kerusi untuk besiap. Meja ni Rilla tak design. Rilla cuma minta adik buatkan meja dengan lebar mengikut dinding. Sudahnya dibuatkan Rilla meja makmal, hahahaha! Takpelah, rezeki Rilla. Nak jahitkan alas pun tak sempat, gasaklah! Janji kerusi Rilla seksi. Sangat suka kerusi ni.

Minta maaf sebab Rilla tak ada gambar bilik kosong, korang tengok jelah muka Rilla yang cantik ni ye ;p

Thursday, October 20, 2011

Rilla's Craft {1} DIY Bunga Manggar

Entri ini adalah sebahagian dari siri Rilla's Craft. Sila klik logo di atas untuk paparan semua siri ini.


Assalammualaikum dan hai korang

Apa khabar semua? Sihat? Kali ni saja nak cakap, "Bunga Manggar: Done!" ahahaha. Over kan, lagi 2 bulan setengah dah buat bunga manggar? Kau ni mesti dah meroyan sangat nak kahwin kan Rilla? Oh, suka hati andalah nak kata apa, Rilla cuma nak siapkan benda-benda remeh macam ni awal-awal. Dah siap, simpan, lepas tu tak payah fikir dah. Sonang. Selalu benda macam ni last minute baru nak fikir, nak buat, lepas tu kelam kabut. No, I dont want to have that kind of situation.

Being me, of course I wont settle for the traditional bunga manggar. There's some things that I wanted to keep traditional, but for some, I wanted the modern version. So presenting, my bunga manggar:


Rilla punya ni bunga manggar ombre. Kelasss kau Maria! Bunga manggar pun nak ombre.


Tutorial DIY Bunga Manggar Versi Super Rajin

*Silakan klik pada gambar untuk membesarkannya.

Bahan-bahan:

1. Pembaris
2. Gunting
3. Pensil/kapur
4. Jarum peniti
5. Lilin
6. Playar
7. Dawai No. 26
8. Lidi bunga manggar
9. Floral tape
10. Kain satin

Langkah 1

Ambil kain anda, lipat dan pinkan. Tandakan lebar 3 inci atau apa-apa sahaja saiz yang diingini.








Langkah 2

Potongkan kain mengikut tanda yang telah dibuat tadi. Jadi korang akan dapat satu strip kain macam ni.







Langkah 3

Lipatkan lagi, dan potong sisi kain yang berlipat itu. Nak senang, pinkan supaya kain tak bergerak.








Langkah 4

Potong kain yang telah digunting tadi menjadi bentuk seperti nombor lapan. Bakarkan hujungnya untuk mematikan fray kain. Ini akan menjadikan kelopak bunga.






Langkah 5

Ambil dawai nombor 26 dan lilitkan pada bahagian tengah kelopak bunga tadi.








Langkah 6

Lilitkan lagi satu kelopak untuk membentuk sekuntum bunga.








Langkah7

Buatkan kuntuman bunga ini sehingga anda pengsan secukupnya. Macam Rilla, Rilla guna sembilan kuntum bunga untuk setiap lidi bunga manggar. Rilla buat 60 lidi. Jadi 9 x 60 = 540 kuntum.





Langkah 8

Lilitkan bunga pada lidi bunga manggar. Kemudian balutkan lidi menggunakan floral tape. Rilla guna yang warna coklat. Korang nak guna warna apa pun boleh. Rilla tak pasti jenis lidi yang Rilla guna ni. Macam buluh pun iya juga. Beli di Sayang You.






Siap!! Baru satu batang. Sila repeat sampai cukup. Rilla buat 60 batang pun rasa nak muntah. Belum buat 100 batang lagi. Notice tak bunga yang pink cair tu kecil sedikit? Korang boleh guna teknik yang sama, tapi instead of 3 inches wide, you cut the strips in 2 inches wide.



Tempat cucuk pun dah siap. Rilla beli polisterin dan balut guna lebihan floral tape yang ada tu. Ringkas sahaja. Dah siap bungkus bunga manggar ni dan simpan atas almari. Dah nak dekat hari nanti baru buka balik.

Selamat mencuba ya! Do share with me if you attempted this.

Monday, April 18, 2011

E-Day Inspiration: Flowers

*Ini adalah entri erjadual. Masa ni Cik Rilla sudah pergi outstation*

Assalammualaikum dan hello...

Kali ni Rilla nak kongsi bunga-bunga yang memberikan inspirasi kepada Cik Rilla untuk deko E-day nanti. Walaupun gambar yang Cik Rilla letak ni semuanya fresh flower belaka, Cik Rilla takde pun menggunakan fresh flower untuk E-day nanti. Sekadar pemberi inspirasi sahaja. Lagipun, bunga-bunga ni memang susah nak cari.



Fiance2Wife

Peonies!!! Suka sangat bunga ini. Kembang semangkuk je, geram tengok. Bunga ni ada dalam pelbagai warna pastel.



Judy B Flickriver

Poppy flower, selalunya warna merah. Bunga ni boleh diekstrak untuk buat opium dan dadah macam morfin. Hahah.



Wedding Bee

Yang ni rasanya tak payah nak introduce lagi kot? Hydrangea yang sangat diva dan sukar untuk dijaga.

Kalaulah dapat gabung semua bunga ni buat handbouqet, alangkah lazatnya...yummeh!

Thursday, November 11, 2010

DIY: Fabric Flower

*this is a scheduled entry.

Salam semua...

Kali ni Rilla nak kongsi cara-cara DIY fabric flower yang Rilla jumpa. Kiut sangat. Bila Rilla suka, haruslah Rilla kongsi dengan B2B semua kan? hehe.


Kiut kan? Kalau buat crosage/rosette cantik nih *.*