Showing posts with label Rilla's Craft. Show all posts
Showing posts with label Rilla's Craft. Show all posts

Tuesday, March 6, 2012

Rilla's Craft {4} DIY Ring Pillow

Entri ini adalah sebahagian dari siri Rilla's Craft. Sila klik logo di atas untuk paparan semua siri ini.


Assalammualaikum dan hai semua!

Sudah lama tak ada entri Rilla's Craft kan? Kali ini adalah tutorial untuk Ring Pillow (Oshinz, ini untuk awak). Rilla memang dah lama nak pakai bantal cincin untuk hantaran Rilla berbanding dengan bekas cincin yang sudah biasa digunakan. Sejak dari tengok Tuanku Zara punya majlis pernikahan, dah memang pasang niat nak guna bantal cincin. Punyalah lama, masa tu belum kenal dengan Kanda lagi, heh. Minta maaf jika kualiti gambar kurang memuaskan, masa ambil gambar ni memang terkejar-kejar, maklumlah, saat akhir baru terhegeh-hegeh nak buat.

Inilah hasil yang kita cuba buat hari ini.


Langkah 1
Buat bantal. Ala, yang macam biasa tu. Saiz, ikut sesuka hati anda.


Langkah 2
Potong beberapa jalur kain. Lebar 5cm, panjang tidak kisah. Lebar juga boleh disesuaikan. Kalau nak kelopak yang kecil, kecilkan lebar jalur kain ini.


Langkah 3
Lipat jalur kain tadi seperti ini.


Langkah 4
Potong bahagian atasnya mengikut bentuk separuh bulatan. Bakarkan sisi-sisi kain jika fabrik anda jenis yang berbulu-bulu.


Langkah 5
Buka lipatan kain yang dipotong tadi. Jahitkan ke atas bantal seperti di dalam gambar ini.


Langkah 6
Jahit mengikut bentuk bulatan. Apabila sampai ke penghujung kain, sambung dengan jalur kain yang lain pula.


Langkah 7
Jahit sehingga bulatan sampai ke tengah.


Langkah 8
Potong sedikit kain berbentuk bulatan dan jahitkan di tengah bantal.



Langkah 9
Potong riben. Rilla guna riben grossgrain. Kemudian jahitkan di tengah-tengah bantal. Masa nak jahit tu, riben dibiarkan sahaja mengurai, jangan diikat seperti dalam gambar ini. Ini adalah gambar masa Rilla cuba ikat riben.


Dan Siap! Inilah rupa bantal cincin yang diletakkan di atas dulang hantaran.


Selamat mencuba!

Nota kaki:
Rilla ada dapat beberapa pertanyaan tentang penggunaan cermin Malma Ikea untuk hantaran Rilla dan perbandingannya dengan hantaran Intan. Rilla memang tak cadangkan korang ikut cara Rilla pakai cermin Malma ni kalau korang nak fungsi cermin itu sendiri. Cuba tengok Intan punya hantaran, nampak reflection bunga-bungaan kan? Intan custom-made dia punya cermin, dia hantar ke kedai frame. Tambahan, lepas guna untuk hantaran, lebih cantik untuk menghias rumah berbanding cermin Malma ni. Cermin Malma ni, bahagian cermin dia kecil sahaja. Kalau tengok hantaran Rilla, semua pun Rilla tutup bahagian cerminnya. Rilla tidak mahukan fungsi cermin itu, sebaliknya lebih kepada nak menampakkan elemen papan kayu. Kalau nak beli papan kat kedai kayu mahal lepas tu nak kena sapu dengan kertas pasir, cat lagi, banyak makan masa. Jadi cermin Malma adalah pilihan yang terbaik buat Rilla. Rilla tetap akan cadang korang guna cara Intan kalau nak hantaran korang ada pantulan cermin.

Tuesday, November 29, 2011

Rilla's Craft {3} DIY Boutonniere / Rosette / Corsage

Entri ini adalah sebahagian dari siri Rilla's Craft. Sila klik logo di atas untuk paparan semua siri ini.

Assalammualaikum dan hai korang :)

Entri Rilla's craft lagi. Kali ni DIY boutonniere or rosette or corsage or whatever you want to call them. Untuk dipakai oleh ahli keluarga Rilla masa majlis nanti. This is another example of me being fussy and cerewet. Asalnya nak beli sahaja. Puas mencari, tak ada yang berkenan di hati. Kebanyakkannya terlalu meriah dan besar - besar tapak tangan. Siap ada glitters, which is a no-no for me (tak salah pun glitters tu, tapi Rilla yang tak mahu). Ada yang kecil, tapi terlalu kecil pula - bunga sekuntum sahaja. Rilla suka yang ringkas dan comel-comel je. Jalan keluar? DIY! hahaha.

This is the end result. Saja je buat warna yang bervariasi. Rilla tak tetapkan warna tema untuk ahli keluarga pakai. Jadi siapa pakai baju warna gelap, boleh pakai warna pink cair, yang pakai baju warna cerah, boleh pakai yang warna merah.



Bahan-bahan yang diperlukan. Clockwise:
  1. Bunga tiruan kecil (Rilla beli sepeket RM9.90, ada 144 kuntum sepeket)
  2. Bunga tiruan (yang sejambak. Rilla beli di Romantika, RM6.00. Dalam gambar ni nampak togel sedikit sebab Rilla dah mula buat projek ni, dah banyak yang Rilla cabut).
  3. Riben (Rilla guna grossgrain. Tapi nak guna yang biasa pun boleh).
  4. Gam UHU (boleh guna gam tembak juga, tapi Rilla lebih suka guna UHU).
  5. Pin
  6. Dawai no. 26
  7. Floral tape (Rilla guna warna hijau. Tiada dalam gambar)
  8. Gunting (tiada dalam gambar).

Langkah 1:
Pintal dua bunga kecil.


Langkah 2:
Potong sekuntum bunga besama sedikit tangkainya. Lilitkan dawai.


Langkah 3:
Pintalkan bunga kecil tadi bersama bunga yang kedua.


Langkah 4:
Potong bunga filler (daripada jambak bunga) bersama sedikit tangkainya dan pintalkan dawai. Tak semestinya bentuk ni. Kalau bunga yang korang guna tu bentuk lain, pakai sahaja. Nak pakai daun pun boleh.


Langkah 5:
Pintalkan bunga filler bersama tiga kuntum bunga tadi.


Langkah 6:
Balutkan tangkai bunga dengan floral tape.


Langkah 7:
Ikatkan riben (step ni yang Rilla paling annoyed sekali, Rilla tak berapa pandai ikat riben).


Langkah 8:
Gamkan pin dibelakang. Siap!

Anggaran kos adalam tak sampai RM1.00 untuk sekuntum. Rilla belum siap lagi ni. Quite a few to go. Bunga dah habis pulak. This calls for another trip to Romantika!

Wednesday, November 2, 2011

Rilla's Craft {2} DIY Lace Ribbon Flower

Entri ini adalah sebahagian dari siri Rilla's Craft. Sila klik logo di atas untuk paparan semua siri ini.
Assalammualaikum dan hai uolls

Projek Rilla's Craft kali ini adalah agak mudah. Kali ini adalah tutorial untuk membuat fabric lace ribbon flower.

Inilah yang kita nak buat


Bahan-bahan:
  1. Reben renda
  2. Gunting
  3. Benang
  4. Jarum

Langkah 1
Anda perlukan reben renda seperti ini. Tidak kisah pasal lebarnya. Yang Rilla guna ni kecil je. Potong sepanjang mana yang anda mahukan. Rilla potong 12 inci.


Langkah 2
Jahit jelujur di sepanjang bahagian bawah reben renda.


Langkah 3
Bila dah sampai hujung, tarikkan benang jahitan tadi. Ini akan menjadikan reben renda beropol.


Langkah 4
Betukkan ropolan tadi dalam bentuk bulatan.


Langkah 5
Jahit sedikit di bahagian belakan bunga untuk kemaskan kedudukan ropol dan matikan jahitan.


Siap! Boleh ditempek di mana-mana. Veil, tudung, baju, doorgift, guestbook dan macam-macam lagi.

BTW, Rilla buat bunga ini bukan untuk wedding Rilla, tapi untuk patch kat satu baju Rilla ni, tapi turned out, Rilla lebih suka baju tu polos (polos kau!). Jadi tak guna pun bunga ni. *Fikir nak tampal kat mana*

Thursday, October 20, 2011

Rilla's Craft {1} DIY Bunga Manggar

Entri ini adalah sebahagian dari siri Rilla's Craft. Sila klik logo di atas untuk paparan semua siri ini.


Assalammualaikum dan hai korang

Apa khabar semua? Sihat? Kali ni saja nak cakap, "Bunga Manggar: Done!" ahahaha. Over kan, lagi 2 bulan setengah dah buat bunga manggar? Kau ni mesti dah meroyan sangat nak kahwin kan Rilla? Oh, suka hati andalah nak kata apa, Rilla cuma nak siapkan benda-benda remeh macam ni awal-awal. Dah siap, simpan, lepas tu tak payah fikir dah. Sonang. Selalu benda macam ni last minute baru nak fikir, nak buat, lepas tu kelam kabut. No, I dont want to have that kind of situation.

Being me, of course I wont settle for the traditional bunga manggar. There's some things that I wanted to keep traditional, but for some, I wanted the modern version. So presenting, my bunga manggar:


Rilla punya ni bunga manggar ombre. Kelasss kau Maria! Bunga manggar pun nak ombre.


Tutorial DIY Bunga Manggar Versi Super Rajin

*Silakan klik pada gambar untuk membesarkannya.

Bahan-bahan:

1. Pembaris
2. Gunting
3. Pensil/kapur
4. Jarum peniti
5. Lilin
6. Playar
7. Dawai No. 26
8. Lidi bunga manggar
9. Floral tape
10. Kain satin

Langkah 1

Ambil kain anda, lipat dan pinkan. Tandakan lebar 3 inci atau apa-apa sahaja saiz yang diingini.








Langkah 2

Potongkan kain mengikut tanda yang telah dibuat tadi. Jadi korang akan dapat satu strip kain macam ni.







Langkah 3

Lipatkan lagi, dan potong sisi kain yang berlipat itu. Nak senang, pinkan supaya kain tak bergerak.








Langkah 4

Potong kain yang telah digunting tadi menjadi bentuk seperti nombor lapan. Bakarkan hujungnya untuk mematikan fray kain. Ini akan menjadikan kelopak bunga.






Langkah 5

Ambil dawai nombor 26 dan lilitkan pada bahagian tengah kelopak bunga tadi.








Langkah 6

Lilitkan lagi satu kelopak untuk membentuk sekuntum bunga.








Langkah7

Buatkan kuntuman bunga ini sehingga anda pengsan secukupnya. Macam Rilla, Rilla guna sembilan kuntum bunga untuk setiap lidi bunga manggar. Rilla buat 60 lidi. Jadi 9 x 60 = 540 kuntum.





Langkah 8

Lilitkan bunga pada lidi bunga manggar. Kemudian balutkan lidi menggunakan floral tape. Rilla guna yang warna coklat. Korang nak guna warna apa pun boleh. Rilla tak pasti jenis lidi yang Rilla guna ni. Macam buluh pun iya juga. Beli di Sayang You.






Siap!! Baru satu batang. Sila repeat sampai cukup. Rilla buat 60 batang pun rasa nak muntah. Belum buat 100 batang lagi. Notice tak bunga yang pink cair tu kecil sedikit? Korang boleh guna teknik yang sama, tapi instead of 3 inches wide, you cut the strips in 2 inches wide.



Tempat cucuk pun dah siap. Rilla beli polisterin dan balut guna lebihan floral tape yang ada tu. Ringkas sahaja. Dah siap bungkus bunga manggar ni dan simpan atas almari. Dah nak dekat hari nanti baru buka balik.

Selamat mencuba ya! Do share with me if you attempted this.

Wednesday, October 19, 2011

Announcing Rilla's Craft!

Assalammualaikum dan hai semua!

Rilla nak perkenalkan pada korang semua, Rilla's Craft!


Apakah ini? Tiada apa, cuma ini adalah label khas untuk projek-projek DIY untuk majlis Rilla nanti yang dikendalikan oleh Rilla sendiri. Kira kalau Xora ada Misi Sulit, Renee ada Project X dan Nora ada Project Purple, Rilla ada Rilla's Craft.

Yes, yes, I know, lame project name. Penat tau fikir nama projek ni. Nak tiru Renee, letak Project Y kah? Nak tiru Nora letak Project Blue kah? (Sebab tema nikah warna biru. Lain macam pula nama Projek Blue ni, nehi, nehi). Lepas tu fikir perkataan yang bombastik, Projek Bunga-Bunga Cinta kah? Projek Bintang Berkerlipan Di Langit Malam? Projek Dalam Hati Ada Taman? Akhirnya, letak Rilla's Craft sahaja. Dah malas nak fikir-fikir dan pening-pening.

Jadi, selepas ini, untuk setiap entri DIY Rilla, akan ada logo kat atas ini dan logo ini boleh diklik untuk pergi ke semua siri Rilla's Craft nanti. Ini juga adalah untuk membezakan entri-entri DIY yang ada dalam blog ini sebab Rilla kan selalu letak tutorials dan projek DIY yang Rilla jumpa kat website lain. So, when you see Rilla's Craft in the title, then you know it's my project.

Nantikan entri pertama untuk siri ini esok!