*sticky entry*
Rilla nak let go koleksi majalah Pesona Pengantin Rilla, secara PERCUMA! Khas untuk pembaca kesayangan Rilla. Hahaha, tapi ada ke orang yang nak? Hopefully ada lah. Koleksi adalah dari Jun 2010 hingga September 2011 (16 naskah kesemuanya). Sebenarnya, Rilla dah stop beli PP ni, see, isu Oktober pun tak ada sebab dah tak cukup ruang nak simpan. I need to clear up some space. Semua naskah ini masih berkedaan sangat baik. Ingat nak hantar tempat recycle je. Tapi dari recycle, baik offer kat korang dulu kan? Kalau takde yang nak, baru hantar recycle.
Siapa nak, angkat keyboard!! Hahaha. Ok, letak balik. Apa yang perlu korang buat? Don't worry, tak perlu buat karangan "Koleksi Majalah Pesona Pengantin Impian Saya" atau upload gambar comel anda da pasangan ke FB page Rilla (wah, ko bajet ko selebriti ke Rilla, nak ada page bagai?). Undian 'Like' terbanyak akan memenangi hadiah ini! Oh, jangan bimbang, tidak perlu semua itu. Dan anda tak perlu Follow blog ini pun. Ini adalah give away yang paling ringkas kerana Rilla itu ringkas (slogan baru). Anda hanya perlu menjadi pembaca blog ini (sah-sah la kalau korang tengah baca entri ni automatik jadi pembaca blog ni kan?) dan tinggalkan alamat email anda di ruangan komen!
Ya, itu sahaja. Rilla dah cakap, senang je.
Tunggu! Ada syaratnya! Syarat-syarat penyertaan adalah seperti berikut:
- Warganegara Malaysia yang sah berumur 18 tahun dan ke atas (letak syarat ni supaya nampak lebih formal)
- Perlu menerima kesemua naskah, tak boleh pilih-pilih ok? Kena ambil semua.
- Tiada penghantaran di sediakan. Kena ambil sendiri di Jusco AU 2, Kuala Lumpur.
Kalau ramai yang nak, Rilla akan buat random draw ok? Kalau sorang jek, aku bagi je lah. Give away di tutup pada hari Khamis 3 November 2011, pukul 6.oo petang waktu tempatan.
Please join? Sayanglah nak hantar tempat recycle...
nota kaki: Ye, Rilla tahu Rilla banyak hutang tag.



