Showing posts with label Penampilannya. Show all posts
Showing posts with label Penampilannya. Show all posts

Wednesday, November 20, 2013

Weeding Review: DIYed Hanbouquets

Assalammualaikum dan hai semua

Rilla terlupa nak cerita pasal handbouquets Rilla. Ni bukan entry basi, ni entry reput berkulat dah, hoho. Gasak! All of my HB are DIYed. Untuk Nikah dan Tandang, Rilla buat sendiri. Untuk sanding, Mak Lang Rilla buatkan.

Nikah




Rilla pilih Hydrangea warna biru dan Eustoma warna krim. Memang nak warna yang sweet, je. Hydrangea ni susah nak maintain. Kena potong elok-elok, kalau tak, layu. Rilla DIY pukul 5 pagi sebab takut nak buat awal-awal. Rilla guna plastic flower holder tu, boleh beli kat Floristika. Potong bunga, terus cucuk kat span dia. Tak berani buat hand-tied arrangement, lagi pun nak cepat. Jadi plastic holder la paling senang. Plastic holder tu Rilla balut dengan riben dan rhinestone chain. (Malas nak upload gambar yang nampak handle).

Sanding


Lepas tunang, Mak Lang Rilla offer nak buatkan HB Rilla. Wah! Pucuk dicita ulam mendatang! Dia tanya Rilla nak warna ape, Rilla jawab pink. Sebab rasa warna pink paling sesuai dengan warna baju Rilla (Rilla bukan peminat pink). Itu sahaja yang Rilla minta, selebihnya Rilla serahkan saja pada Mak Lang.

Bila Mak Lang sampai pagi tu, nah! Size XXXL bunga. I love it! Dia guna pink roses dengan tulle. Keliling dia ada daun dan Eustoma. Berat, tapi Rilla suka.

Tandang


Maaf, tak ada gambar close up. Untuk majlis Tandang Rilla guna Cala Lilies warna putih, Lily dan Anthurium warna merah. Asalnya nak guna Cala Lilies je, tapi masa beli bunga tu, ada yang kuncup-kuncup je. Yang kembang-kembang tak ada. Jadi terpaksa tamba Lily biasa (tak tahu species ape) dan Anthurium. Kira dah jadi HB tropical, haha. Kali ni arrangement hand-tied je. Rilla beli bunga hari Khamis, arrange hari Jumaat, bawak pergi Johor, majlisnya hari Sabtu. Masa beli Lily merah tu kuncup je dia, time majlis dah kembang. Tak nak susahkan Kanda cari florist kat JB, sangguplah Rilla DIY dari KL.

Yes, my HB tak nampak professional pun, tapi Rilla masih sukakannnya sebab semua ada cerita dia sendiri. Memang saja nak fresh flowers sebab Rilla tak suka simpan barang (LOL). Harap-harap post ni boleh memberi inspirasi untuk B2Bs semua DIY HB sendiri juga. Kalau Rilla boleh, korang pun mesti boleh.








Thursday, March 28, 2013

Wedding Review: MUA for Nikah & Sanding

Assalammualaikum dan hai korang~

Ada lagi ke orang yang baca blog yang dah berhabuk ni? Hahaha. Takpelah, Rilla nak jugak sambung buat review. Rasanya Rilla lah bride yang ambil masa paling lama nak review wedding dia kat Malaysia ni. Hehehe.

Kali ni tentang makeup masa majlis nikah dan sanding. Rilla telah mendapatkan khidmat juru solek Lenny Emelda (skema kau ayat!). Oh my! Sangat suka dan sangat-sangat berpuas hati dengan servis dan hasil Lenny. On customer relation, Lenny reply SMS laju, senang sangat nak book. Mula-mula Rilla tanya availability untuk sanding je, lepas tu tengok dia reply dengan pantas, terus book untuk nikah sekali, senang, tak payah aku pening kepala. The rate pulak sangat reasonable untuk result yang sangat memuaskan hati. For me, worth every cents.

Sebenarnya, Lenny ni anak didik Kak Sai (tak dapat Kak Sai, dapat anak didik dia pun ok lah kan?). Selain wedding job, dia juga ada buat makeup job untuk TV dan photoshoot. Lenny sangat cekap lah makeupkan Rilla, tak sampai sejam dah siap semua. Bila siap awal, boleh lah Rilla posing-posing depan kamera lebih-lebih sementara menunggu kan? hahaha.

Untuk nikah, Rilla minta makeup natural saja. Lenny pun pandai, she gave me a romantic look. Pink lips with soft colours for my eyes. No bulu mata, berat! Hahaha.

Sorry Gambar biru sikit sebab malas nak edit.

Untuk sanding pulak, makeup lebih heavy dekat mata. Warna bibir lebih kepada coral.

Ni gambar fresh lepas makeup. MAsa ni terkejut tengok kat cermin. Lepas tu tanya Lenny, "tak pekat sangat ke?" Maklumlah Rilla tak biasa makeup gini. She assured me that it'll look good. Memang betul, dalam gambar cantik dan masa majlis ramai yang suka. Agaknya masa ni makeup belum cair.


No colour lenses for me. I like my eyes just the way it is ;)

I love her work! Kalau tanya jika diberi peluang untuk tukar MUA, Rilla akan jawab tak nak tukar.

Nikah entry @ Lenny's Blog
Sanding entry @ Lenny's Blog

Tuesday, October 2, 2012

Wedding Review: Wedding Shoes

Assalammualaikum dan hai semua

Ok, kita sambung review pasal kasut-kasut kahwin pula. Rilla pakai dua pasang kasut untuk ketiga-tiga majlis. Kasut Rilla semua beli di kedai sahaja, memang sengaja tak mahu menempah bridal shoes. Kalau tempah kasut kahwin yang putih tu entah bila nak pakai balik. Jadi Rilla beli kasut di kedai kasut sahaja, dan kasut-kasut ini telah pun Rilla pakai berkali-kali.

Kasut Nikah
Kasut nikah Rilla pakai boots (kau ada?) Hahaha. Warna kelabu, beli di Nose. Harga? Tak sampai RM90 pun.


Tak ada gambar close-up. Rilla pakai masa outdoor photoshoot. Takdelah nak pakai masa akad pun.

Kasut Sanding/Bertandang
Yang ini Rilla beli di Vincci. Harga tak ingat, tapi rasanya bawah RM100 sebab masa tu sale. Kasut ni, walaupun tinggi, tapi sangat selesa. Pakai masa majlis, photoshoot, tak ada hal punya. Nak posing lompat-lompat, lari-lari pun boleh.

Close-up kasut.


Pakai dengan baju sanding.

Pakai balik masa bertandang.

Dah~~

Thursday, June 28, 2012

Wedding Review: Henna/Inai

Assalammualaikum dan hai korang

Rindu tau! Hahaha, salah sendiri kan biar blog berhabug. Rilla cuba sehabis baik untuk kembali mengemaskini blog dan sambung buat review. Maaf ya, ini semuanya kerana hal itu.

Entri ini Rilla dedikasikan kepada Diana Dian. Dia email Rilla tentang henna atau inai yang Rilla pakai masa nikah hari tu.

Rilla takde semua gambar kahwin dengan Rilla sekarang ni, semua dalam hard disk kat rumah. Rilla dah sebulan tak buka PC tu, percaya tak? Hahaha. Yang ada cuma gambar outdoor nikah sebab CD dia memanng dah sedia ada dalam laptop ni.

Inilah rupa inai yang Rilla pakai. Kalau korang tengok dalam video nikah  pun ada dan lebih jelas.

Rilla guna inai serbuk yang Rilla kirim dari Mekah.Tak campur dengan apa-apa pun kecuali air. Rilla sangat suka dengan warnanya. Tak terlalu merah dah gelap. Sweet sahaja. Dan memang Rilla sengaja nak pakai inai  style tradisional, iaitu cuma di jari tanpa ukiran-ukiran bunga ke apa. Nak nampak kalsik. Rilla kan ringkas orangnya.

Tentang cara nak pakai, Rilla minta bantuan BFF merangkap pengapit Rilla, Na. Lepas dah bancuh inai dengan air, NA letakkan inai tersebut di sekeliling jari Rilla. Lepas tu potong plastik kecil-kecil (Rilla guna plastik shopping warna putih) untuk balut inai tadi. Kemudian Na sellotapekan plastik tadi. Rilla pakai sehari sebelum nikah. Inai ni sangat tahan lama. Sekarang ni dekat jari dah habis sebab kuku dah memanjang. Tapi dekat kaki masih terang, tak pudar pun. Jadi malam tu Rilla tidur dengan inai sekali. Esok paginya, bangun, baru basuh inai tu. Cara ini membolehkan Rilla tidur tanpa mengotorkan cadar.

Maaf gambar kurang jelas, ambil pakai kamera telefonsahaja di waktu bilik sudah gelap, sebelum tidur.

Harap ini membantu, Dian :)

Thursday, October 6, 2011

Flawless Skin Part II

Assalammualaikum dan hello cantiks

Al kisahnya, dulu Rilla pernah post satu entri pasal impian nak dapatkan kulit yang kudus dan mulus. Dalam entri tu, Rilla cakap nak post gambar before and after. So, entri ni Rilla nak post gambar tu lah (nak dekat setahun baru nak post?). Baru terrajin nak edit picture. Without further ado...

Jeng! Jeng!
Nampak tak perubahan? Nampak tak? *mode excited* Oh, sila abaikan jelingan manja itu, ahahah.

Actually my skin is not that bad in the first place. But I'd say, the 'before' picture is my worst condition. Masa ni parents Rilla bising kemain sebab kulit Rilla banyak jerawat. Pedih pulak tu. Masa dulu jerawat tumbuh tak putus-putus. Lepas satu, satu. It's due to my hormones and reaction to powder face. Baru tahu masa tu, tak semestinya pakai bedak mahal (masa tu pakai Benefit) dijamin ok. Abis kena breakout.

Actually, tak payah nak tunggu setahun pun. My acne cleared up after 5 months camtu. Sekarang pun ada jugak jerawat, tapi berjadual la, ikut my menstrual cycle. Tu pun kecik-kecik je. Lepas my acne dah clear, doctor dah bagi cream untuk marks. Area yang betul-betul dah clear, as you guys can see, is my forehead. Pipi masih ada scars and marks. Tu memang tak boleh nak buat ape la, memang lama nak heal. But at least can be covered by makeup. Sekarang Rilla tak pakai concealer pun ok.

Sekarang ni Rilla tak pakai ubat doctor for about a month. So far kulit ok, takde naik jerawat or breakout. Asyik tak menyempat nak pergi klinik ambil ubat. But am planning to continue using. Everytime Rilla visit klinik tu, tak pernah kena lebih dari RM180.00. If beli ubat sahaja, average dalam RM130.00. Frequency pergi klinik, dalam 2-3 bulan sekali (bergantung kepada stok ubat).

Alhamdulillah, this works for me, dengan izin Allah. Siapa yang berminat nak cuba, boleh la pergi ke klinik Dr. Ting ye (info kat entri lepas yang Rilla link kat atas tu, malas pulak nak paste kat sini).

A friendly reminder: bukan ubat tu yang memulihkan kita, tapi Allah s.w.t. Tapi mengambil ubat itu adalah ikhtiar ;D

Peace


Friday, September 9, 2011

MUA: Booked!

Assalammualaikum dan hai cantiks

Just a quick update. Excited sebab boleh cross another item from my checklist. One of the key things that I need to do actually - MUA booking. KL B2B ni semua advance-advance belaka. If sought-after MUA tu cepat je fully booked. Being a procastinator, memang la Rilla ni lambat je nak booking bagai. I have this one MUA that I want, tapi malangnya, untuk tarikh Rilla tu, dia tak available. Masa Rilla dapat tahu tu, dah fikir 'adoi...malasnya aku nak survey-survey MUA ni'. (I'm so malas sampai up to one point, rasa nak makeup sendiri je - malas nak survey punya pasal, LOL) Haha, but I think it's a blessing in disguise.

Sebab I've came across with another MUA in which, judging from her portfolio, can deliver my expectations. Her work also is better than the initial MUA yang Rilla nak tu. Rilla nak yang make-up outcome dia macam Kak Sai punya hasil tangan, tapi nak yang tak mahal, hahahah. Boleh gitu? Ala, kalau Rilla nak book Kak Sai pun, I'm sure she's fully booked on my date tu.

Actually my expectation tak lah tinggi mana. I'm a simple girl. I want a simple makeup during my big day nanti. No false eyelashes (wearing falsies is the same like wearing a wig, no?), no eye shadow warna warni macam hijau, biru, merah ke (ada ke orang pakai eyeshadow merah?). I've never wore heavy eye makeup, so why should I just because it's my wedding day? And most importantly, blusher kena subtle je. Eh, tapi this is my opinion je ok. I'm not suggesting that you should do the same. If you like makeup meriah-meriah, go ahead (actually you dont't need my approval pun kan?). It's your day after all. You should do whatever that'll make you happy. I just want to look like myself, only slightly better.

Unfortunately, walaupun Rilla nak makeup yang simple, tak banyak MUA yang boleh deliver. This is based on their portfolios la. Not sure whether it's the bride's request or the MUA's style, tapi kebanyakkannya, makeup style yang heavy-heavy (at least in my opinion la - kot kalau ikut orang lain dia cakap standard bridal makeup). So, it's not easy to find an MUA who can edit their work, who can hold back from adding more things. Rilla suka perpatah sikit itu lebih. Less is more kalau speaking London.

So, when I saw my MUA's portfolio, Rilla terus je contact, tanya rate, how much do I have to pay etc. Luckily she's available for my nikah and sanding. Rilla pun dah malas nak cari yang lain, kanda pun suka style dia. So, I've paid the deposit (which was 40%) cepat-cepat. Lega kepala, satu benda selesai. Rate dia ni mid-range, jadi to me, affordable la. She's also very nice, tak pushy, tak kekwat. Oh, she's not well known MUA pun di kalangan BBF. So dont ask me who, nanti lepas majlis, I'll reveal her if the outcome best. In the meanwhile, I letak some of her works.



Friday, February 18, 2011

Engagement Makeup Rates 2011 [KL]

Assalammualaikum dan holla y'all..yo yo..wassup man..wassup [ntahpape]

Memandangkan hati ini masih berbelah bahagi nak mekap sendiri, hire MUA atau makeup kat kaunter, makanya Rilla survey jelah beberapa rates. Walau diri ini malas nak survey, ku gagahkan jua. Selepas survey, haruslah dikongsi dengan my sayangs sekalian kan? Jadi Rilla letak rate 2011 kat sini yek. Rate ini yang Rilla tanya, jadi mungkin terdapat perbezaan dengan rate sebenar. Ini pun MUA mid-range ok, bukan yang upscale punya. Harap maklum. Jangan tanya Rilla Kak Sai mekap tunang charge dia berapa, ko ingat aku Elyana? Cubit kang.

Freelance MUA

  1. Amy Ameera: RM250.00
  2. Aziecun: RM250.00
  3. Azniza Syazwan: RM300.00
  4. Fadh Adnan: RM170.00 [Rilla pakai Kak Fadh punya service untuk pre-wedding shoot. Natural dan tak tebal, plus dia comel and friendly - ape kaitan?].
  5. Farina Jamal: RM300.00
  6. Hazlina Shahrel: RM200.00
  7. Jijiewiejie Wiej: RM250.00 [Tapi Jijie ni tengah pantang sekarang. Tak sempat kot.]
  8. Munie Ahmad: RM350.00
  9. Tini Beauty Touch: RM200.00
  10. Zana De Touch: RM250.00
  11. Zila Zilman: RM300.00

Makeup Counters

  1. MAC: RM180.00
  2. Bobbi Brown: RM150.00
  3. Shu Uemura: RM80.00

If you all tau rate MUA lain can you let me know? Pastu Rilla boleh letak kat entry ni, yang lain pun boleh refer.

Masih belum dapat buat keputusan @.@

Monday, February 14, 2011

E-Day Makeup: Tolong Saya Please

Assalammualaikum dan hola cantiks sekalian..

Saya dalam dilema, nak minta tolong anda yang budiman. Untuk makeup masa majlis bertunang nanti sama ada nak makeup sendiri atau makeup kat kaunter [punyalah kedekut ko Rilla, option murah je kau bagi]. Ala, majlis tunang je pun kan? Tamo la panggi MUA datang rumah, nanti time makeup ramai pemerhati bebas, I malu, hiks.

Rilla nak makeup yang simple sahaja, day look, nude lips, no fake eyelashes bagai. I'm blessed with bulu mata semulajadi melentik, Alhamdulillah. Rasa macam over pulak kalau pakai falsies. Kata kunci, SIMPLE.


Source
Saya mahu makeup yang macam nilah, gojes. Cuma maybe lips tu terang sikit je. Warna kulit Rilla pun lebih kurang macam ni. Kadang-kadang nampak gelap, kadang tak.


Makeup at Counter
So option ni macam tak menyusahkan diri stress-stress nak makeup. Just drive, pergi, serah muka, balik. Rilla ingat nak pergi je makeup kat mana-mana counter makeup kat KLCC tu. Pergilah MAC ke, Bobbi Brown ke, Shu Uemura ke.

So sekarang nak mintak tolong korang, if sapa-sapa yang tahu atau ada pengalaman, makeup counter mana yang best untuk gadis berkulit sawo matang macam Rilla? Kalau tahu harga lagi bagus. Tolong ek? Sayang korang.

Tuesday, December 28, 2010

Mari Kempiskan Perut

Sape nak perut yang kempis, angkat keyboard sekarang!


Manade bride yang tamau tampil menawan masa hari paling penting dalam hidup dia kan? Perut kempis memang menjadi idaman. Kadang-kadang, yang kurus pun ada spare tyre. Jadi Rilla nak kongsi kat sini beberapa jenis senaman untuk mendapat perut kempis yang menawan. Senaman ni tak perlu apa-apa alat, senang. Nak wat depat TV pun boleh.

Air Bicycle Exercise
Don't worry, you wont be needing any actual bicycle for this workout. Just imaginary ones will do. Rilla baca kat sini, workout ni adalah yang paling efektif untuk perut. Caranya:

1. Baring atas lantai, letak la alas pape, karpet ke, kalau ada yoga mat lagi bagus. Lepas tu letak tapak tangan kat belakang kepala secara bertindan. Angkat sikit kepala guna tangan.

2. Lepas tu, angkat kaki kaki kanan ke atas dengan peha dan betis membentuk sudut 90 darjah. Angkat sikit kaki kiri, dalam keadaan lurus dan jari kaki melunjur ke depan [macam nak menari ballet].

3. Kemudian, bawa bahu kiri ke arah kaki kanan yang diangkat tadi. Kemudian tukar side. Turunkan kaki kanan dan bahu kiri, dan naikkan kaki kiri dan bahu kanan. Bila dah buat tu, nampak macam tengah kayuh basikal.

4. Nak senang, tengok je video di bawah.



Ganbatte!!!

Tuesday, December 21, 2010

Matte Complexion vs Dewy Complexion

As-salam dan hai peeps.


Matte<------------------------------>Dewy
Source: Matte pic|Dewy pic

Rilla tahu ramai yang suka matte complexion bila make-up, tapi Rilla lebih prefer dewy complexion ;p Tak pernah suka kulit sendiri nampak matte sebab selalunya nampak cakey. Bagi Rilla dewy complexion lebih cantik sebab kulit nampak glowing tapi still natural dalam masa yang sama.

Tapi careful ok. DEWY bukan OILY. Ada perbezaan di situ. Nanti bila makeup, tak kisahla untuk tunang ke, nikah ke, sanding ke, Rilla mahu dewy complexion. Tapi through my observation kebanyakkan MUA suka makeupkan bride dengan matte complexion. Jarang tengok yang makeup dewy -.-;; Kalau our local celebrity, Rilla suka tengok Mizz Nina punya complexion sebab selalunya dia makeup nampak glowing je. Ailoike. Sape yang selalu makeupkan Mizz Nina ek?

Source
Cantikkan makeup dia?

Tapi each and everyone of us ade personal preferrences kan? Tak kisahlah you all suka matte ke, dewy ke. Janji korang suka dan yakin dengan diri sendiri. Itu pun dah boleh wat muka you all glowing kan? *wink*

Matte Complexion vs Dewy Complexion
anda suka yang mana?

Tuesday, December 7, 2010

Siapa Ni? Awak Kenal Tak?

As-salam readers sekalian. Salam Maal Hijrah.

Okey, cerita Elyana kawin adalah cerita lama, tapi saya sangatlah suka makeupnya. Teringin nak tahu siapa yang makeupkan dia time nikah dan sanding.


Sweet sangat. Oh, how I adored this wedding look.


Source
Ada sape-sape yang kenal dia? Cik Rilla memang tak berapa berpengetahuan tentang MUA ni.

Monday, November 29, 2010

Flawless Skin

As-Salam readers. Pertama sekali Rilla nak mintak maaf sebab lambat update. Hari tu format PC, pastu dah tak boleh nak setup network. Rupa-rupanya Rilla lupa install driver motherboard =.= Huhu. Ok, kembali kepada topik.

Oh, flawless skin memang la amat diidamkan. Best je kalau kulit kudus mulus. Tapi saya punya kulit acne-prone. Senang berjerawat. Tapi tak lah kritikal. Cuma kadang-kadang ada breakout yang membuatkan parents Rilla bising. Ye, diorang yang bising, Cik Rilla cool saja, haha. Dah macam-macam jenis cleanser dah cuba. Untuk merawat kulit perlukan masa, bukan overnight sapu krim terus boleh dapat kulit halus. Amik masa bulan-bulan. Sebab tu la Rilla dah start cari option untuk rawat kulit. Haruslah mahu kulit flawless time kahwin kan? Kalau kulit cantik, senang nak makeup. A good canvas is important.

Mula-mula Rilla cuba cara facial. Sebelum ni memang tak pernah la wat facial. First time buat kat Aster Spring. Service marveles, dan diorang tak pushy suruh Rilla beli package ke produk ke ape. If I say no, they'll respect it. Diorang guna Dermalogica products. While Dermalogica is good, the facial itself, for me, is quite pricey. So sebelum Rilla commit, Rilla cuba cari option lain dulu.

Then terpikir untuk buat medical treatment jek. Jumpa proper dermatologist. Jadi buatlah research sikit. Akhirnya Rilla amik keputusan untuk dapatkan rawatan di klinik Dr. Ting. Klinik ni well-known jugak. Kat Jalan Imbi. Ramai tau patients dia, dari yang parut chicken pox, critical acne, melecur, macam-macam lah. 1st time pergi time Oktober hari tu. Gigih tau, pagi-pagi dah tercacak tunggu dia bukak klinik. Serious, Rilla pergi hari sabtu, klinik bukak pukul 9 pagi, pukul 8.30 dah start beratur.

Jadi, lepas daftar, tunggu la. Rilla masa tu dapat nombor giliran 20 lebih o.O. Lama gak tunggu. Pastu masuk bilik, tak sampai 10 minit dah diagnose. Sekejap je. Mula-mula doc tanya dulu, "dah kawin ke belum?", "ada planning nak dapat baby ke?" Penting. Sebab dia takut ubat boleh interfere. Tapi sebab Rilla lagi setahun nak kawin, doc cakap ok saja. Doc cakap, jerawat ni boleh disebabkan oleh stress, bacterial infection, dan hormonal changes. So dia explain pasal ubat-ubat yang dia akan bagi dan advise pantang makan makanan berminyak dan pedas.

Ni la ubat-ubat yang Rilla dapat.

Dari kiri. Yang botol kecik warna pink itu adalah ubat untuk dab kat pus-filled pimple. Jerawat yang ada nanah tu. Rilla pakai, jerawat cepat kering dan tak jadi besar. Next, yang botol merah tu, tu cleanser. Pakai 2 kali sehari macam cleanser biasa. Bau cam sabun. Lepas tu dalam bekas kecik tu gel untuk sapu kat kawasan yang berjerawat. Lebih kurang macam moisturiser sebab kulit rasa lembap je lepas sapu. Yang last tu toner. The toner is quite strong, but if paired with the gel, ok saja. Ada lagi satu, antibiotik, kena makan 2 kali sehari. Rilla makan 2 minggu saja. It turns out that my body can't tolerate it. Perut Rilla cepat masuk angin, dan antibiotik ni memang tak sesuai dengan orang yang ada gastrik. Lepas tu Rilla muntah-muntah, terus stop.

The verdict: sangat puas hati. Alhamdulillah, dengan izin Allah, kulit jadi makin elok. Rilla dah pun pergi second visit minggu lepas. Memang nampak perubahan. Rilla ada ambil gambar sebelum dan selepas, tapi tak pakai tudung, malas pulak nak crop-crop edit bagai ;p Lenkali mungkin, hehe.

First visit Rilla kena caj RM155.00. Reasonable jugak. Ubat tu sepatutnya tahan untuk sebluan, tapi Rilla guna sampai sebulan lebih. Second visit Rilla kena RM150.00 tapi untuk 2 months supply without the antibiotic. Jadi, next appointment Rilla dalam bulan 1.

Rilla memang recommend this clinic. Kalau pergi pagi Sabtu senang dapat parking, depan klinik tu banyak parking lots. Tapi jangan lupa bayar, nanti DBKL kasi kompaun sama kamu. Bawak cash k. Rilla tak pernah try bayar pakai debit or credit card, sebab hari tu tanya one of the patient, dia cakap tak boleh.


Ting Skin and Laser Clinic

134, Jalan Imbi, 55100 Kuala Lumpur
Tel: 03 2144 4848, 03 2148 4806
Consultation hours:
Monday-Saturday: 9.00 am-1 p.m. :: 2 p.m.-6 p.m.
Wednesday: 9.00 am-1 p.m.


Sorry for the picture quality, taken with handphone.