Showing posts with label {Hantaran Accesorries}. Show all posts
Showing posts with label {Hantaran Accesorries}. Show all posts

Tuesday, February 22, 2011

{Tutorial} DIY Bantal Hantaran

Assalammualaikum dan hello :D

Rilla kembali lagi setelah out-station beberapa hari. Rindu kat blog ini dan rindu kat korang semua. Entri kali ini adalah mengenai cara-cara mcam mana Rilla buat bantal hantaran Rilla. Rilla tahu kat luar tu banyak lagi tutorial untuk bantal hantaran ni. Yang ni cuma cara Rilla. Terpulang kepada citarasa anda nak guna cara yang mana.


Ini adalah hasilnya. Rilla buat sembilan terus walaupun untuk bertunang nak pakai tujuh saja. Mungkin nikah nanti perlukan sembilan, jadi buat sembilan terus.


Bahan-bahannya

  1. Kadbod/papan kek
  2. Span nipis 6mm/4mm
  3. Isi bantal
  4. Gam
  5. Gunting

Langkah-langkahnya

Langkah 1
Potong kadbod sebesar 11x11 inci atau apa sahaja saiz yang diingini. Kalau nak lagi senang, boleh guna papan kek, tapi Rilla tak ada papan kek. Jadi Rilla ambil sahaja kotak percuma di Carrefour dan potong. Cara ini juga lebih jimat dan mesra alam sebab kita guna semula barangan terpakai.



Langkah 2
Kemudian, letakkan kadbod yang telah dipotong tadi di atas span nipis. Rilla guna span yang mempunyai ketebalan 6mm. Tandakan lebihan span di keliling kadbod. Untuk ini, Rilla gunakan lebar pembaris sahaja. Makin lebar lebihan ini, makin tinggi bantal anda. Kemudian, potong mengikut garis tanda yang telah dibuat.



Langkah 3
Potong juga bucunya. Lihat gambar di bawah.



Langkah 4
Kemudian, gamkan span bersama kadbod. Lakukan untuk tiga sisi sahaja.




Langkah 5
Kemudian, masukkan filler ke dalam ruang antara span dan kadbod melalui sisi yang belum digamkan. Rilla guna fiberfill/isi bantal. Rilla beli bantal murah sahaja, kemudian ambil isinya. Rilla rasa kalau guna kekabu, lagi cantik hasilnya. Setelah diisi, gamkan sisi yang terbuka tadi.



Langkah 6
Gamkan juga bucu-bucu bantal itu. Kemudian, tepuk-tepuk sedikit bantal itu untuk meratakan isinya.



Siap!!

Selepas siap, sila makan ais krim vanilla tanda penghargaan kepada diri sendiri :D


Update:

Friday, February 11, 2011

Direktori: Sewaan Dulang Hantaran

Perhatian: Saya tidak menyediakan khidmat tempahan dulang. Sila berhubung secara terus dengan pemilik melalui link yang telah desediakan.

Assalammualaikum dan hai peeps.

Rilla tengah duduk termanggu ni, tak tahu dulang hantaran nak sewa, beli atau pinjam. Semua ada pros dan cons.

Beli: Ok jugak. Rilla anak sulung, nanti adik-adik boleh pakai.
Sewa: Tak semahal beli tapi tak dapat simpan dulang tu.
Pinjam: Boleh pinjam dengan aunty, jenis yang klasik, plain tembaga tu. Jimat, tapi...

Oklah, ape-ape pun survey dulu. Itu penting, barulah kita boleh membuat keputusan yang tepat. Bak kata orang putih, making informed decision. London tak I? hahah. These are only some that I found. If korang rasa ada lagi yang lain, do drop a comment. Mana tau ada readers yang butuhkan [Indonesia pulak? Tadi London] info ni kan? Bolehla sexy-sharing.

::Direktori Sewaan Dulang Hantaran::
::Hantaran Tray Rental Directory::




RM: 30.00/unit
Available: 11 units

Nadya, Rilla tempek kat sini ya..mintak izin.
---------------------------------------------------------------------------------------------------
Shakina Farhan


RM: 7.00/unit
Available: 7 units

Kina, pohon tepek gambar yek, tolong promote skali ni, nak komisen, hahahah. Gurau jek.
---------------------------------------------------------------------------------------------------



RM 30.00/unit
Available: 11 units

Also available in black.
---------------------------------------------------------------------------------------------------

Tepak Sireh



Price: Undisclosed

Banyak lagi yang ada kat Tepak Sireh ni.
---------------------------------------------------------------------------------------------------

Jemari Kreatif



Price: RM 5.00/unit
---------------------------------------------------------------------------------------------------

Sweet n Rosy



Price: RM 10.00/unit




Price: RM15.00./unit
Available: 11 units
---------------------------------------------------------------------------------------------------

Mahligai Cinta Creations



Price: Undisclosed
Available: 7 units
---------------------------------------------------------------------------------------------------

Merisik Gallery



Price: Undisclosed