Showing posts with label Cincinnya. Show all posts
Showing posts with label Cincinnya. Show all posts

Wednesday, March 28, 2012

Rabu Tanpa Kata: Cincin Nikah Saya - Tak Nak Solitaire Please




Update 28 Jun 2012
Sebab dah ramai sangat yang tanya, cincin ni Rilla beli di Wah Chan, Sunway Pyramid pada Disember 2010.

Monday, January 3, 2011

Meminang Day: Alhamdulillah + Template Senarai Jemputan

As-Salam dan hello readers kesayanganku sekalian.

So, for my Meminang, alhamdulillah. Selamat sudah. Ada few hiccups here and there, tapi biasalah kan, setiap majlis mesti ada kekurangannya kerana manusia itu tidak sempurna sifatnya.

My meminang ring-Loved!

So itulah cincin yang amik masa 3 minggu untuk ditempah. Cincin rose gold yang menjadi idaman Rilla. Sudah ada tarikh untuk bertunang dan berlangsung. Nikah je belum sure lagi nak buat sama hari dengan sandins atau malam sebelumnya.

Urm korang nak review ke? Sebab majlis Rilla simple je, huhu. Sekarang ni Rilla tengah buat template untuk senarai jemputan. Mak dah risau fikir itu-ini, jadi Ayah suruh Rilla bantu buat listing. Ye, memang awal, tapi better siapkan awal-awal. Nanti boleh terus budget untuk jumlah kad, food, doorgift semua.

Rilla pakai Excel, senang nak sum up jumlah jemputan dan kad. Ni summary page, dia akan populate jumlah jemputan untuk semua kategori. Rilla dah buat beberapa kategori dan bahagi kategori ni untuk diisi oleh mak, ayah dan adik-adik Rilla.


Ni pulak page untuk kategori. Setiap kategori ada table macam ni. Column "Butiran" tu untuk taruk remarks sama ada kita jemput dia sekeluarga ataupun dengan pasangan. Nanti boleh buat mail-merge, print and tampal kat card, senang. Harap dengan Rilla share template simple ni dapat membantu B2B semua *wink* Kalau nak lagi senang, nak Rilla emailkan blank template kat korang pun boleh juga, just leave your email in the comment box. Sharing is sexy y'all, ahaks.

Daa..

Sunday, December 12, 2010

Cincin Kanda, Cincin Tunang, Kanda's Watch, DONE!

As-salam readers semua, sihat? Entri pukal ni.

So, December was a productive month for us. We've managed to settle all the rings plus one hantaran item :D Early huh? Given our nikah is one year ahead. So why did we buy this time around, you may ask. Our wedding is moooontthss away, we have plenty of time to buy the rings. Well, it never hurts to prepare early. Besides, if you wanted to buy rings, Christmas season would be the best time. Our Wah Chan SA told us that they gave the best discount during Christmas sale due to the fact that 1: it's Christmas and 2:They need to clear their stock.

So why not wait until next Christmas you ask? I have such a small finger that my rings would have to be re-sized or custom made. Kanda has such a particular preferences that his might have to be custom-made too. So, bila cincin nak tempah-tempah ni selalunya ambil masa 3 minggu. Kalau tunggu next Chrismas, takut tak sempat and we don't want to take the risk.

Panjang pulak ko rant Rilla.

Ok, on to the exciting part. Cincin Kanda dulu lah ek? Kitorang beli masa cuti Awal Muharram hari tu kat One Utama. Memang masa tu tengah ring-hunting. Dan kanda terjumpalah cincin yang beliau suka, melonjak kegembiraanlah beliau. [Susah tau nak cari yang dia suka] But the problem is, the ring is white gold. Camno tu? Tapi SA tu cakap boleh tempah, same design but using white suasa. Oh, we like!

So, kanda's ring would be solid white suasa with matte finishing:Source

Set with 4 small round diamonds, lebih kurang camni:
Source


With engravings on the inside of the ring:

♥ Rilla

Haha, never thought that kanda's ring would have sampai 4 diamond. Tapi somehow cincin tu nampak sweet and masculine at the same time. Mula-mula kitorang ragu-ragu, lelaki boleh pakai suasa ke tak, as suasa contains a little bit of gold. Dalam 10%-20% kalau tak silap. But after confirming with a couple of people and they said ok, kitorang beli je la. Engravings tu kitorang dapat free, yey!

Ok, cincin tunang Rilla pulak. Baru beli tadi ni, kat Mid Valley. Oleh sebab cincin nikah dah banyak diamond, maka cincin tunang kitorang prefer yang satu batu je. In this entry, I did mention that I didn't like solitaire, sebab saya ni ganas, hahaha. Tapi susah la nak cari cincin yang simple but tak solitaire. Sebab banyak design yang solitaire. Yang tak, tak berkenan di hati pula. So, akhirnya, kitorang beli jugak cincin solitaire. I'd love to have the diamond in princess-cut. Tapi disebabkan kitorang nak betul-betul stay on budget, tak dapat la beli yang princess cut sebab selalunya yang princess cut ni yang beriban-riban tak mampu. So beli yang biasa saja, tapi still nampak sweet pada mata Rilla lah. Kanda cakap, janji Rilla suka, Rilla yang nak pakai :D

So, cincin tunang Rilla lebih kurang macam ni, white gold, a small round diamond with 4 prongs. Sebab diamond dia kecik dan ada 4 prongs, diamond dia nampak macam square :D


The funny thing is, we ended up buying all of our rings from Wah Chan, tapi branch lain-lain. Rasa macam sengal pun ada jugak, hahah.

Cincin meminang + cincin nikah: Wah Chan Sunway Pyramid
Cincin nikah kanda: Wah Chan One Utama
Cincin tunang: Wah Chan Mid Valley

Nasib baik cincin tunang siap on the spot, kalau tak, satu hal pulak nak ambil cincin dari 3 tempat. Breakdown perbelanjaan cincin untuk Rilla, Cincin nikah: 78%, cincin tunang: 17%, cincin meminang: 5%

Ok, last but not least, jam tangan untuk Kanda. Sebenarnya jam tangan Kanda is one of the item for hantaran nikah. Tapi sudah beli sebab jam yang Kanda suka tu limited edition. Takut dah habis kang, tak restock, so beli jelah. Rilla kena simpan setahun, tapi at least dah boleh cross satu hantaran item :D

We bought one watch from the Fossil Phillipe S+arck Collection

Jam dari collection ni memang sangat cantik dan smart, worth checking-out. Definitely the priciest item on his hantaran list. Tapi since Kanda punya jam dah rosak, takpelah, beli je. Janji ada kualiti, tahan lama dan kanda suka.

Phew...suka, 4 item dah boleh cross :D

P/S: I did contacted Pegawai Jakim and he said that the hukum for suasa is 'Harus'. On a personal note, kalau was-was jangan beli. Cuma pada yang dah terbeli, takkan nak buang kan, itu kan membazir pulak?

Monday, November 22, 2010

My Ring Hunting Story: Meminang, Nikah Ring Done!

Pada Sabtu lepas [20hb], selepas berjaya membawa pulang trofi kemenangan...

Ok, gambar ini takde kaitan dan berunsur show-off ;p

Kanda and me went to Sunway Pyramid to hunt for our rings. Plannya nak survey cincin di SP dan Mid Valley, kemudian nak beli sabtu ni [27hb]. Kami nak beli 4 cincin terus - cincin belah rotan untuk meminang, cincin tunang, cincin nikah for me and cincin nikah for kanda. Sonang, beli seme sekali, pastu tak payah pikir dah. Isi penting di situ: Sabtu lepas survey, Sabtu ni beli.

Akhirnya kami terbeli cincin meminang dan cincin nikah saya. Huhu, boleh ke "terbeli"? And we only toured SP, tak pergi MV pun, sebab bila dah petang tu, dua-dua pun dah pening kepala. Siap beli panadol actifast lagi. Mungkin sebab banyak sengat tengok diamond? Hahaha.

Kami tawaf satu SP tu, dan situ memang sangat banyak kedai jewellery kan, penat tau dengan peha tergeliat time main futsal lagi. I was determined to have my belah rotan ring made from rose gold. Saya memang lebih suka rose gold berbanding emas kuning. Tapi sangat susah nak cari. Cincin rose gold semuanya berbatu-batu. Last-last kami tempah sahaja. Saya memang dah agak, cincin saya mesti kena tempah punya sebab jari saya kecik, saiz 8. Nasib baik sempat nak tempah, sebab ambil masa 3 minggu.


Saya dah cuba Google cincin yang macam cincin saya, this is the closest that I could find. Saya punya lebih nipis, lepas tu ada jalur white gold kat tengah. Cincin saya juga tak plain macam ni, ada carvings sikit.

Ok on to my nikah ring. Oh, saya sudah jatuh hati dengan cincin nikah saya. Sebelum ni saya berangan nak cincin radiant cut. Tak pun round cut with 4 prongs sebab nampak macam square. White gold semestinya. Tapi tak mahu solitaire. Cik Rilla ganas tau, kalau pakai solitaire, confrim calar-balar kulit nanti, haha. Sudah ditakdirkan daku bukan gadis lemah lembut, nasib baik ada orang nak, huhu.


Lebih kurang macam kat atas ni, tapi white gold. Tapi yang kami beli, bukan seperti yang Cik Rilla dambakan. We fell in love in this one ring. Saya dah try Google, nan ado juga. Ke ko yang tak pandai Google Rilla? Tapi saya jumpa yang hampir serupa.



Tapi diamond saya lebih kecil. Dan jangan terpedaya dengan keblingannya melambangkan harganya. We got ours after 70% discount. Harga asal memang jauh panggang dari api tak mampu. Tapi lepas discount, the price fell UNDER our budget, jadi takkan nak lepaskan peluang kan? The diamonds are not certified though, jadi camno nak apply 4Cs kan? We did survey for certified diamonds, saje-saje. SA siap pinjamkan kitorang kanta khas untuk tengok cutting diamond lagi. Memang la sangat menawan dengan perfect arrows dan kilauan dia. Tak pakai kanta pun memang nampak beza. Siapa-siapa yang mampu, sila beli. But we didnt. Rilla punya personal opinion, it's ok to buy uncertified diamonds if you're not planning to sell it. Tapi kalau untuk investment, harus tau. Cincin nikah saya ni ambil masa 1 minggu untuk diorang resize. Buat casing baru, bukan potong. Saya suka sebab kebanyakkan jewelers hanya potong casing cincin untuk resize.

We're very happy with our decision. Tadi time lunch we meet up and went to SP to settle the payment [Sabtu hari tu deposit saja, mana bawak duit, nak survey katanya]. Dapat free gift crystal and pearls bracelet. Nanti siap dua-dua cincin baru ambil. Cincin meminang siap 14/12/10 [tarikh anniversary kitorang], weee. Tapi akan disimpan oleh FMIL. Kitorang tamo simpan sendiri, takot.

Terima Kasih Wah Chan ^.^

Siap manager dia yang layan kitorang. Boleh kow-tim. Cuma SA kitorang tak fasih bahasa Melayu, jadi komunikasi tidak berapa lancar. Free polishing for life. Overall good service.

Tuesday, November 16, 2010

Diamond Cuts and Shapes

Thing to look for when buying diamonds:
1. Cut
2. Carat
3. Clarity
4. Colour

Diamond Cuts

Selalunya orang ingat bila cakap pasal diamond cut, orang akan ingat, bentuk diamond tu, bulat ke, bujur ker, petak ke. Rilla pun ingat macam tu. Tapi diamond cut actually refers to porpotion diamond tu sendiri, macam kedalaman [depth], lebar [width] dan kesamaan permukaan-permukaannya [facets similiarity]. Semua ni penting untuk ketahanan dan faktor keblingan diamond itu. Kalau cutnya bagus, diamond itu akan lebih bersinar. So be aware of this when you go for your ring hunting nanti. Kat bawah ni contoh diamond cuts for depth:


Kalau minat nak baca dengan lebih lanjut, boleh klik sini


Diamond Shapes

Ha, ni baru refer kepada rupa bentuk diamond tu sendiri. Ada banyak jenis bentuk:


Round
Ni bentuk standard untuk diamond dan bentuk yang paling selalu dijumpai. Kalau round brilliant diamong, ada 58 permukaan tau. Tu yang berkelip-kelip *.*

Asscher
Nama bentuk ni diambil sempena dengan nama the Asscher bros. Juga dikenali sebagai square emerald cut sebab bucu dia tak tajam. Cantik, Rilla suke. Tapi jarang jumpa.

Emerald
Macam Assher, cuma bentuk dia rectangle as oppose to square. Asscher and emerald ni cara potong dia bertingkat, so, kalau kita tengok, nampak macam anak tangga. Rilla selalu nampak cut ni diorang buat untuk precious stones macam ruby ke, sapphire ke, untuk diamond, tak pernah nampak plak.

Oval
Bentuk bujur, boleh buat ilusi optik untuk buat jari nampak panjang.

Marquise
Yang ni bujur jugak, cuma ada bucu.

Pear
Bentuk pear ni jarang orang buat cicin sebab ianya lebih cantik untuk earrings atau rantai. Nampak cam juntai-juntai.

Radiant
Yang ni pun Rilla suka. Boleh dalam bentuk square or rectangle. Ni campuran antara emerald cut dengan round. Bentuk macam emerald sebab bucu dia tak tajam, tapi facets dia macam round.

Princess
Yang ni Rilla suka nama dia. Cam best je sebut "Princess-cut diamond", hahaha. Lebih kurang macam radiant, cuma bucunya tajam. Depth untuk radiant and princess ni selalunya lebih dalam sikit berbanding jenis bentuk diamond yang lain.

Heart
Awww..sweet. Tapi jarang jumpa kan? Bukti cinta ni.

Jadi, uolls suka yang mana?

Referrences:
1|2

We will go for cincin hunting this weekend, Insya Allah. Ai verangan nak cincin meminang rose gold, tambah pulak jari ai keding, confirm kena tempah. So, survey awal-awal dulu. Nak tempah ambil masa sebulan, I'll be needing it on 1st Jan, huhu. Alang-alang, tengok cincin untuk tunang and nikah sekali.