Quick one. Enjoy my DIY save the date video. Simple sahaja. Gunakan video klip yang ada sahaja, masa kitorang tengah lepak, masa birthday Rilla, birthday kanda dan masa bertunang. Rilla guna Corel Video Studio untuk editing. A bit tacky, yelah, bukan Manggis yang buat, hoho.
Showing posts with label Kad Kahwinnya. Show all posts
Showing posts with label Kad Kahwinnya. Show all posts
Tuesday, December 6, 2011
Save The Date Video
Assalammualaikum dan hai korang
Tuesday, November 22, 2011
Invitation Card + STD Video: Done
Assalammualaikum dan hai korang..
Kad Rilla dan Kanda sudah siap dicetak, wah, seronok dan teruja! Secara keseluruhannya Rilla gembira dengan kad Rilla walaupun sempoi dan ringkas. Kad sekeping je, one-colour je pulak tu. Tak sangka pegang kad kahwin sendiri. Selama ni pegang orang lain punya je. Kad ni Rilla DIY design semua, kedai cuma print sahaja.
Lagi satu, video save the date Rilla pun dah siap. Tapi biasa-biasa je. DIY jugak, takde vendor, nak jimat duit. Video amatur tapi Rilla rasa video tu istimewa.
Gambar malas nak edit.
Nanti Rilla cerita detail ya. Sekarang ni sibuk menyiapkan benda-benda DIY yang lain pulak.
Tuesday, October 11, 2011
Kad Kahwin Sudah Dihantar untuk Dicetak
Assalammualaikum dan hello my sayangs,
Tajuk entri memang sangat skema kan? Akhirnya, Rilla dan Kanda dan hantar kad kami kepada printer selepas puas survey kesana-kemari. Kami pergi ke Festival Pengantin di Aeon AU2 Sabtu lalu, kami sudah memilih printer yang buka booth di situ. Rilla bawak design siap-siap dan pusing kawasan festival tu, tanya setiap vendor kad-kahwin, berapakah harga terbaik yang boleh diberikan untuk design kami. Ya, kami design kad kahwin kami sendiri, tak nak sama dengan orang lain katanya. Tapi design simple sahaja. Kad kami bukanlah hard cover, mahupun berlipat-lipat, jauh sekali mempunya inlay 3-4 helai. Kad sekeping sahaja. Memang dari dulu Rilla suka kad sekeping. Lagi pun mengurangkan penggunaan kertas.
Kami tempah 500 pcs untuk masing-masing punya majlis. Jadi jumlah adalah 1000pcs. Tetapi, memandangkan kad sekeping, design untuk kedua-dua majlis (belah Rilla dan bertandang) adalah berlainan, kadang-kadan vendor bagi sebut harga yang berlainan. Secara purata, harga yang kami dapat di dalam lingkungan 60-70 sen. Ada juga yang quote RM1.20. Tetapi dengan vendor yang kami telah pilih ni, 51 sen sahaja. 260 gsm art card, matt lamination depan dan belakang beserta sampul surat. Pada Rilla berpatutanlah harga begitu. Sebenarnya, memang di bawah budget Rilla pun. Jadi, sudah malas mahu survey lagi dan tak mahu bertangguh untuk print kad kahwin, selepas sahaja kami berurusan dengan vendor di booth, kami terus pergi ke cawangan mereka di Ampang. Di sana, kami transfer soft copy design kami dan terus bayar deposit.
Insya Allah, lagi 3 minggu siap. Tak sabar nak tengok. Agak-agak cantik ke tidak kad kami nanti? (Ceh, kad nak murah, outcome nak yang cantik). Seperti biasa, jika ok hasilnya, Rilla akan beritahu siapa vendor kami tu.
Cerita selingan: Jalan-jalan di festival hari tu, jumpa kad ni di salah satu booth. Lisa, sila mintak royalti, hahahah. Kanda cakap kad ini comel.
Subscribe to:
Posts (Atom)


