Showing posts with label Rencamnya. Show all posts
Showing posts with label Rencamnya. Show all posts

Friday, March 4, 2011

Festival Perkahwinan Minggu Ini

Assalammualaikum dan hello semua :)


Rasanya semua orang dah tahu ada dua festival perkahwinan minggu ini. Tapi Rilla tepek jugak lah di sini untuk memudahkan semua. Jom pergi ramai-ramai.

Festival Pengantin 2011




Tarikh: 4-6 Mac 2011
Tempat: Mines International Exhibition Centre (MIEC)
Senarai Booth:
  1. Pelamin: Bright Sail (M) Sdn Bhd
  2. Honey Vacation
  3. Krulmatric
  4. Stailista
  5. Setelkahwin.com
  6. Nazreen Idris
  7. Ari Wedding Couture
  8. Wafi Soft Ice Cream
  9. Kad Lestari
  10. G.I Photoshoot
  11. Ministry of Moments
  12. Rien Zaid
  13. Qalas-Qalas
  14. Khemah Syakila
  15. Mines Wellnes Hotel

Ekspo Kahwin KL (Edisi 2)



Tarikh: 4-6 Mac 2011
Tempat: Central & East Atrium, Ground Floor, Wangsa Walk Mall
Senarai Booth:
  1. Booth C01: QUNTUM CHANTEK
  2. Booth C02: FIREFOX STUDIO
  3. Booth C03: RAHSIA CETAK
  4. Booth C04: BELUNCAS PHOTOGRAPHY
  5. Booth C05: ASPIRASI KAD KAHWIN
  6. Booth C06: KOLEKSI PENGANTIN ARYANI
  7. Booth C07: 7 DULANG CREATIONS
  8. Booth C08: JUE EDEN D’ RIAS
  9. Booth C09: JUE EDEN D’ RIAS
  10. Booth C10: PESONA CANOPY & CATERING
  11. Booth C11: DEWI SERI BRIDAL
  12. Booth C12: RESTORAN SERI MELAYU
  13. Booth C13: TAG PHOTOGRAPHY
  14. Booth C14: SONGKET SUTERA
  15. Booth C15: YEOB CATERING
  16. Booth C16: YEOB CATERING
  17. Booth C17: AM PHOTOGRAPHY
  18. Booth C18: TIMIEZA FLORAL & DECO
  19. Booth C19: BOUNCE TEAM PROJECT (MALAYSIA)
  20. Booth C20: TAG PHOTOGRAPHY
  21. Booth C21: TUJUH AURA IMPIAN
  22. Booth C22: DETIK INDAH PHOTOGRAPHY
  23. Booth E01: DAVENCY WEDDING WORKSHOP
  24. Booth E02: MAYAGRAPHY
  25. Booth E03: EEYA GRAFPRINT
  26. Booth E04: DAVENCY WEDDING WORKSHOP
  27. Booth E05: DIENA HENNA & PHOTOGRAPHY
  28. Booth E06: SHIDA BRIDAL COLLECTIONS
  29. Booth E07: D’ LA ROSSA CREATION
  30. Booth E08: ANGEL CUPID KITCHEN
  31. Booth E09: THE LEAGUE
  32. Booth E10: THE LEAGUE
  33. Booth E11: WARKAH PESONA ENTERPRISE
  34. Booth E12: ZIELYNN’S BOUTIQUE
  35. Booth E13: ENCHANTED WEDDINGS BY KOLEKSI WAWASAN
  36. Booth E14: D NATRAH
  37. Booth E15: WARISAN BONDA CATERING & EVENT SERVICES
  38. Booth E16: WARISAN BONDA CATERING & EVENT SERVICES
  39. Booth E17: WHITESIGNATURE PHOTOGRAPHY
  40. Booth E18: D’ LA ROSSA CREATION

Tuesday, November 9, 2010

Majlis Resepsi Anganan Saya

*this is a scheduled entry.Entri ini ditulis semasa Rilla berada di dalam mode verangan.

Salam readers semua. Hari ni Rilla nak membawa readers semua ke alam fantasi Rilla. Nak ikut tak? Hahaha. Rilla mahu verangan tentang majlis resepsi belah Rilla nanti, masjlis sanding la. My dream reception would be:

1. Waktu malam.
Sebab tak panas macam tengah hari. Rilla kan candle princess ;p

2. Outdoor.
Tamo dalam dewan, nak kat luar di bawah kerdipan bulan dan bintang, ewah. Ideally tepi tasik. Tapi memandangkan rumah Rilla bukan kat tepi tasik, jadi tasik itu tak ada. Just buat kat luar rumah.

3. Main transparent canopy.
Yang ni untuk makan beradap. Transparent canopy dideko dengan fairy lights *.*


4. Tak nak kemah.
Serius, rilla tak nak kemah untuk tetamu. Lagi best kalau bawah langit terus. Nampak lapang, best best.


5. Rectangular tables.
Tamo meja bulat. Tamo meja panjang juga. Nak setting macam mea makan kat rumah tu, boleh? Chiavari chairs wouldn't hurt either. Pastu makanan hidang kampung, tak payah buffet, tak payah dome. Old skool style XD


7. Thousands of lights.
Mahu gantung lampu banyak-banyak. Tak kisah la lantern ke, fairy lights ke, light bulbs ke, janji banyak lampu. Pastu centerpices pun letak lantern atau lilin, fuh...meleleh air liur.


Agak-agak, mak bapak Rilla nak layan tak anganan anaknya ni ha? Tapi Rilla macam lupa pulak, kita ni duduk kat Malaysia. Iklim panas dan lembab sepanjang tahun. Hujan tak menentu. Pulak tu nak wat kenduri ujung tahun, mestila musim hujan kan? Mahu tetamu basah kuyup nanti, huhu. But hey, a girl can dream kan? Mari verangan!!!

Sunday, November 7, 2010

This Week's Activities: Sale, Karnival Pengantin & My Pretend Birthday

Salam untuk semua readers yang Rilla sayangi. Kali ni Rilla nak update tentang aktiviti minggu ni.

1. Dios Astana Mega Sale

Rilla dan kanda pergi Ahad lepas, 31 Oktober 2010. Saje je pergi, nak survey-survey. Rilla pergi cawangan Puchong. Iklan dia dalam majalah Pengantin nampak menarik, tu yang terpanggil untuk pergi. Sampai sana rasa macam tak meet expectation Rilla. Last-last jadi aktiviti round-round tengok design baju, hahah. Mungkin sebab kitorang pergi dengan tak ada purpose yang kukuh, sebab tu tak rasa best kot? Ada gambar snap pakai hp, tapi Rilla tak dapat transfer pulak :(


2. Karnival Pengantin SACC 2010



Rilla pergi semalam, Sabtu [6 Nov 2010]. Overall, better than Karnival Pengantin kat KLCC. Booth pun banyak. Organiser je bukan Urban Vibe, so administration dia lain sikit. First thing yang Rilla notice, booth catering, merata ada. Serious, kalau you all masuk ngan perut lapar, boleh keluar ngan perut yang kenyang. Surprised jugak sebab banyak jumpa catering yang offer package menarik dan affordable, as low as RM6.00 rasanya.

Aim kami adalah nak pergi booth Honey Vacation. Saje je nak survey package honeymoon and nak compare package diorang ngan package kalau kitorang deal sendiri dengan hotel. Lepas tu package diorang ni halal, jadi yakin la sikit. Insya Allah bila tiba masa Rilla dan kanda book pakej honeymoon, kitorang akan contact diorang.

Antara package overseas yang Honey Vacation offer. Slia klik untuk membesarkannya.


Rumusan untuk karnival pengantin ni: Sangat memuaskan. Rilla bagi 3 3/4 bintang [perluke 3/4 tu? hahaha. Better than the one at KLCC hari tu, tapi tak sebest yang kat Mid Valley. Ni just my personal opinion je la.

Good thing:
Banyak booth dan variasi, meaning booth bridal boutique ada, booth kad kawin ada, booth catering ada, even booth perabut pun ada. Yang kat KLCC ari tu banyak booth spa.

Bad thing:
Nak masuk kena cop tangan, Rilla tak kisah sangat tapi ink dia pekat, sangat susah nak hilang T.T


3. My Pretend Birthday

Oh, apekah pretend birthday? Cik Rilla ni miring kah suke suki nak pretend birthday dia. Lepas kitorang habis round Karnival Pengantin around lunch time, kitorang pergi Sunway Pyramid to pretend to celebrate my pretend birthday. Sebenarnya birthday saya adalah pada 9 Nov. Tapi sebab esok sampai Jumaat saya akan outstation ke Pekanbaru dan Jakarta, maka kanda decide to celebrate my birthday on the 6th instead. Heheh. Had a blast walaupun tak wat ape pun, just lunch sama-sama pastu jalan-jalan dalam SP tu. Bak kata ayat jiwang Rilla kepada kanda "Tak kisahlah pegi mana-mana pun, asal dapat spend time dengan kanda" Sila muntah, hahaha.


Sebelum dapat kek ni kena tutup mata dulu, haha. Malu gak tutup mata tengah2 restoran. Bila bukak mata, nampak kek ni. Sedap tau. Cupcakes, dengan chocolate covered strawberry toppings. Nampak cop Karnival Pengantin yang utuh di tangan saya tu?


Oh, nampak muka Cik Rilla di situ. He liked to spoiled me see? Ada kad bagai. Dalam kad tu ada karangan:

Tajuk: Aku Sebatang Pen

Aku sebatang pen. Aku tidak mempunyai ibu atau bapa. Aku dilahirkan di sebuah kilang di Klang... bla bla bla. Tiba-tiba aku terjaga. Rupa-rupanya aku bermimpi sahaja"

Hahaha. Takdelah. Actually dalam tu ada love notes yang sweet.


Sekian update kali ni. Kalau sempat, Rilla akan buat scheduled post so you guys will have something to read while I'm gone.

Sunday, October 31, 2010

The Date #2

October was a slow month for this blog. Cuba tengok kat archives tu, bulan ni ada 7 entri je. Hehe, maap ye readers tersayang sekalian. Rilla banyak outstation bulan ni, tambahan pulak hari tu tak berapa sihat. Boleh pulak muntah-muntah, morning sickness kat office. Orang lain yang pregnant, Rilla pulak yang loya-loya. Jumpa doc, dia tanya "U dah kawin?" Hahaha. Doc cakap perut Rilla masuk angin.

Berbalik kepada tajuk. Dalam entri ni Rilla ada mention, proses majlis Rilla adalah Meminang-->Bertunang-->Nikah-->Sanding. And it is with pleasure that I form you that we have settled on the meminang date. Kecoh tul Rilla ni, majlis meminang je kot. Oh, but I cannot help it. Saya tak pernah ada orang masuk meminang saya, berbunga-bunga tahu. Tapi nak settle that one date pun pening. So Insya Allah, majlis meminang saya akan diadakan pada 1/1/11 [tarikh cantik di situ].


Untuk tarikh majlis-majlis lain tu, akan dibincang masa majlis meminang. Saya tak kisah sangat tarikh tunang, janji kawen. Hahahaha. Tapi my mum ada mention nak buat semua 1hb: Meminang 1/1/11, Tunang 1/5, Sanding 1/1/12. Tengok tu jarak meminang dan sanding, exactly 1 year. Nikah? I preferred to have it on the night before sanding, 31/12/11. Honestly, Rilla rasa, oh lambatnya nak kawin, umur dah tua, hahah. Tapi itu je tarikh yang sesuai untuk seme. Takpelah, kita merancang, Allah juga punya rancangan untuk kita. Alhamdulillah. Semoga dipermudahkan.

Tuesday, October 26, 2010

Merisik vs Meminang

Adat Melayu. Sungguhpun satu kaum-Melayu, tapi adat berbeza mengikut negeri. Topik kali ini diinspirasikan dari daddy dearest [mahu dia muntah dengar Rilla panggil dia "daddy"]. Ikut pemahaman saya la kan, adat perkahwinan Melayu akan dmulakan dengan merisisk di mana pihak lelaki akan hantar cincin belah rotan. Kemudiannya bertunang, di mana tarikh nikah ditetapkan. Kemudian, barulah nikah. Turns out, according to daddy, I was a little off course.

Jadi diceritakan oleh ayah saya [yang berketurunan Melaka, dilahirkan di Singapore dan tinggal di KL sejak umur 13 tahun, jadi saya tak tahu dia ikut adat negeri mana], sebenarnya merisik itu tiada cincin belah rotan. Tu hanyalah untuk pihak laki nak tahu yang si gadis dah berpunya atau tak. Kadang-kadang, takde majlis pun, just macam wakil laki datang saja-saja, melawat, nak berkenalan gitu. Kemudian, kalau si gadis tu tak berpunya, barulah pihak lelaki akan hantar rombongan meminang. Time ni selalu ada berpantun-pantun. Dan masa ni tarikh pertunangan akan ditetapkan dan si gadis akan diberi sebentuk cincin belah rotan sebagai tanda.

Selepas itu, barulah majlis pertunangan diadakan bagi mengikat janji dan menetapkan tarikh pernikahan. Dah lepas bertunang, barulah nikah. So, ada empat langkah di situ: risik-->meminang-->bertunang-->nikah.

So, berincanglah kami anak-beranak, camno ni nak buek. Ayah decided that merisik is not relevant in my situation.. Obviously gwe sedang berpacaran sama kanda gwe, watpe merisik kan? Proceed terus dengan meminang jelah. So sekarang tengah bertimbang-timbang nak buat meminang dan bertunang serentak atau asing? Me? Tak kisah, janji kawin, hahaha. Kalau pihak laki nak serentak atau asing, kami ikut saja. Sebab diorang yang nak datang. Tapi tengok gaya my FMIL [cewah], dia prefer majlis asing sebab boleh berkenalan dengan parents Rilla. And I like that idea too. "Ikut makcik saja, mana yang senang kat makcik" [bajet bakal menantu yang bersopan]. Oh, tapi my FMIL understanding of merisik is equivalent to my dad's definition of meminang. Pening gak la Rilla dan kanda yang kat tengah-tengah ni, hahah.

Ayah: Nanti diorang hantar rombongan, ayah akan terima based on pantun diorang. Kalau pantun diorang bagus, baru ayah terima.

Rilla: Ape-ape lah ayah *dalam hati saja*

Ayah: Ayah senang. Ayah balas je dengan "dua tiga kucing berlari, mana nak sama si Rilla sorang"

Thursday, September 30, 2010

My Dad is One Funny Man

Ayah saya ni memang kelakar orangnya. Peristiwa ni berlaku tadi, masa dinner.

Ayah: Along, ayah ada hajat, masa ko kawin nanti

Rilla: Ape?

Ayah: Nanti ko kawin, ayah nak bagi gelang emas

Rilla: Nak watpe? *saya pun pelik masa ni, watpe dia nak bagi gelang emas?*

Ayah: Pakai masa sanding la. Ayah nak ko pakai dari sini *tunjuk pergelangan tangan dia* sampai sini *tunjuk pangkal bahu*. Lepas tu dari sini *tunjuk pergelangan kaki* sampai sini *tunjuk lutut*. Tu hajat ayah yang pertama.

Rilla: Okey *saya okeykan aje, dah biasa dengan idea-idea imaginatif ayah saya*

Ayah:Hajat kedua ayah, nanti ayah nak arak ko keliling taman, naik forklift.

Rilla: Cane nak naik forklift tu?

Ayah: Kita angkat je pelamin. Ayah serius ni tau. Ayah nak buat ko nampak macam mami jarum nanti.

Dan memang sepanjang perbualan kami itu, muka Ayah memang serius ok? Banyak lagi idea-idea ayah saya. Hari tu cakap nak arak naik lori, ni dah tukar guna forklift pulak.


Forklift by DIY Trade | Pelamin by Ombak Creative

Apekah?

Wednesday, September 1, 2010

Bandung Trip: Confirmed!


Excited ni. Rilla telah pun berjaya mengbook fligt ke Bandung pada 11-13 Jan 2011 nanti. Pergi dengan mak, Insya Allah. Saje je amik weekdays sebab harga promo tapi still mahal and kalau shopping weekdays mesti tak crowded kan? Sekarang tinggal nak contact Pak Tarmidzi and book package dengan dia.

Saya tak pernah pergi Bandung. Ade sape-sape nak bagi tips? Tujuan utama adalah nak beli kain, kad jemputan, dan telekung. Mesti pergi ke kedai handbag juga sebab mak saya suka handbag. Yang lain-lain tu tak minat sangat for now. So sy plan nak spend time paling lama kat kedai kain.

Source gambar dari Pak Tarmidzi juga.
Mood tak boleh tido sebab dok berangan pasal baju kawin

Saturday, August 21, 2010

The Date

Hai kawan-kawan *wat suara macam Upin n Ipin". Entry kali ni adalah mengenai THE date... untuk my w-day la. Mula-mula me and my Kanda rancang nak amik 11.11.11 - shantik kan tarikh ni? Nikah hari Jumaat, esoknya sanding. this date is so close to my birthday, nanti mesti dapat satu hadiah jek, hadiah birthday dan anniversary combine sekali, ahaks. But then kanda bagi tahu ada officemate dia nak wat kenduri kahwin anak dia tarikh tu, so kalau bleh nak elakkan la dari pakai tarikh sama, nanti officemate dia tak dapat datang majlis kami.

Discuss lagi, kami setuju nak amik tarikh 16.9.11 - Malaysia Day tu, hari Jumaat jugak. Esoknya sanding. So, saya pun bincang dengan parents saya:-

Rilla: Mak, ayah, kitorang propose nak buat 16.9.10

Mak: Tarikh tu dekat dengan tarikh mak and ayah nak pergi Haji la. Nanti mak penat, mak nak prepare untuk pergi haji semua, mak nak concerntrate

Rilla: Habis tu, mak propose nak buat bila?

Mak: Either buat lepas mak balik haji atau bulan 6

Rilla: Bulan 6, Along takut kitorang tak sempat nak prepare financially la. So, kena lepas mak balik Haji. Wah..lambatnyaaaaa

*Bincang ngan Kanda lagi*

Rilla: Okaylah, mak, ayah. Kitorang cadang nikah 25.12.11

Ayah: Tak boleh, masa tu rambut ayah belum tumbuh lagi. Buat 25.13.11 la

Hahaha..boleh terima tak alasan ayah saya ni? Adoyai. Sampai sekarang tak confirm lagi ni tarikh. My dad is not really used to the fact that his little girl is getting married. Mak je yang beriya. Ayah, umur along dah lebih dari suku abad =.=