Showing posts with label Hantarannya. Show all posts
Showing posts with label Hantarannya. Show all posts

Tuesday, March 6, 2012

Rilla's Craft {4} DIY Ring Pillow

Entri ini adalah sebahagian dari siri Rilla's Craft. Sila klik logo di atas untuk paparan semua siri ini.


Assalammualaikum dan hai semua!

Sudah lama tak ada entri Rilla's Craft kan? Kali ini adalah tutorial untuk Ring Pillow (Oshinz, ini untuk awak). Rilla memang dah lama nak pakai bantal cincin untuk hantaran Rilla berbanding dengan bekas cincin yang sudah biasa digunakan. Sejak dari tengok Tuanku Zara punya majlis pernikahan, dah memang pasang niat nak guna bantal cincin. Punyalah lama, masa tu belum kenal dengan Kanda lagi, heh. Minta maaf jika kualiti gambar kurang memuaskan, masa ambil gambar ni memang terkejar-kejar, maklumlah, saat akhir baru terhegeh-hegeh nak buat.

Inilah hasil yang kita cuba buat hari ini.


Langkah 1
Buat bantal. Ala, yang macam biasa tu. Saiz, ikut sesuka hati anda.


Langkah 2
Potong beberapa jalur kain. Lebar 5cm, panjang tidak kisah. Lebar juga boleh disesuaikan. Kalau nak kelopak yang kecil, kecilkan lebar jalur kain ini.


Langkah 3
Lipat jalur kain tadi seperti ini.


Langkah 4
Potong bahagian atasnya mengikut bentuk separuh bulatan. Bakarkan sisi-sisi kain jika fabrik anda jenis yang berbulu-bulu.


Langkah 5
Buka lipatan kain yang dipotong tadi. Jahitkan ke atas bantal seperti di dalam gambar ini.


Langkah 6
Jahit mengikut bentuk bulatan. Apabila sampai ke penghujung kain, sambung dengan jalur kain yang lain pula.


Langkah 7
Jahit sehingga bulatan sampai ke tengah.


Langkah 8
Potong sedikit kain berbentuk bulatan dan jahitkan di tengah bantal.



Langkah 9
Potong riben. Rilla guna riben grossgrain. Kemudian jahitkan di tengah-tengah bantal. Masa nak jahit tu, riben dibiarkan sahaja mengurai, jangan diikat seperti dalam gambar ini. Ini adalah gambar masa Rilla cuba ikat riben.


Dan Siap! Inilah rupa bantal cincin yang diletakkan di atas dulang hantaran.


Selamat mencuba!

Nota kaki:
Rilla ada dapat beberapa pertanyaan tentang penggunaan cermin Malma Ikea untuk hantaran Rilla dan perbandingannya dengan hantaran Intan. Rilla memang tak cadangkan korang ikut cara Rilla pakai cermin Malma ni kalau korang nak fungsi cermin itu sendiri. Cuba tengok Intan punya hantaran, nampak reflection bunga-bungaan kan? Intan custom-made dia punya cermin, dia hantar ke kedai frame. Tambahan, lepas guna untuk hantaran, lebih cantik untuk menghias rumah berbanding cermin Malma ni. Cermin Malma ni, bahagian cermin dia kecil sahaja. Kalau tengok hantaran Rilla, semua pun Rilla tutup bahagian cerminnya. Rilla tidak mahukan fungsi cermin itu, sebaliknya lebih kepada nak menampakkan elemen papan kayu. Kalau nak beli papan kat kedai kayu mahal lepas tu nak kena sapu dengan kertas pasir, cat lagi, banyak makan masa. Jadi cermin Malma adalah pilihan yang terbaik buat Rilla. Rilla tetap akan cadang korang guna cara Intan kalau nak hantaran korang ada pantulan cermin.

Wednesday, February 15, 2012

Wedding Review: Hantaran [Dinda to Kanda]

Assalammualaikum dan hello my darlings (gaya Fazura).
[entri percubaan menggunakan Bahasa Melayu sebanyak yang boleh]

Seperti biasa, minta maaf sebab kadar kelajuan membuat ulasan majlis Rilla tidak selaju yang diinginkan. Sepatutnya entri ini dinaikkan minggu lepas, tetapi Rilla amat sibuk. Hari minggu kami habiskan dengan mengecat rumah kami. Isnin dan Selasa Rilla ke tugasan luar.

Sebenarnya Rilla mahu gabungkan sahaja ulasan hantaran pihak lelaki dan perempuan dalam satu entri, tetapi sedikit malas nak edit gambar. Gambar dalam entri ni pun ada yang terang, ada yang malap, jangan salahkan OP ya. Rilla yang pandai-pandai edit.

Hantaran Rilla DIY, cuma sirih junjung diDIY oleh ibu saudara Rilla. Alas dulang Rilla guna textured velvet dengan lace patching. Rilla guna bunga hidup sebagai dekorasi. Alas hataran pula, Rilla tak guna bantal mahupun polisterin. Sebaliknya Rilla gunakan cermin MALMA yang Rilla beli di IKEA. Harganya RM2.90 sahaja sekeping. Pakai cermin Malma ni memang tak nampak pun cermin dia, sebab cermin tu kecil saja. Tapi bingkai dia cantik, macam papan kayu. Selepas digunakan untuk hantran, Rilla akan guna untuk hias rumah pula nanti. Jadi tidak membazir di situ.


Inilah sirih junjung Rilla, ibu saudara yang buatkan. Rilla rasa ibu saudara Rilla buat dengan amat baik sekali.


Seterusnya cincin nikah dan buah epal. Cincin nikah diikat di atas bantal cincin yang juga diDIY dari material yang sama dengan alas dulang.

Sejadah yang dibeli di Bandung dahulu. Dekorasi hantaran zaman sekarang mudah. Sejadah tidak perlu dibentuk hingga jadi masjid, cukup sekadar melipatnya dan ikatkan dengan reben. Al-Quran pula kiriman dari Mekah.


Set minya wangi dan chocolate truffle. Oleh kerana keduanya sudah mempunyai kotak yang cantik, Rilla cuma tinggal letakkan sahaja di atas dulang. Mulanya mahu belikan Kanda coklat lain, tetapi bila terpandang coklat ni, terus sahaja beli sebab pembalutnya sama warna dengan tema. Bolehkah begitu?


Akhir sekali kemeja, tali pinggang dan tali leher. Set ini dipakai oleh Kanda semasa bertandang. Jimat di situ sebab kami beli barang yang memang akan dipakai semasa bertandang, berbanding dengan membeli barang untuk hantaran semata. Dulang terakhir adalah jam tangan yang dipilih sendiri oleh Kanda.

Rilla gunakan bunga hidup kerana ia lebih murah. Kos dekorasi setiap dulang (termasuk membuat alas dulang baru) adalam RM40.00. Cuma oleh kerana tarikh nikah Rilla itu musim sejuk, pilihan bunga import memang sangat terhad. Jadi terpaksa gunakan bunga mana yang ada di dalam stok. Asalnya mahukan semua bunga yang berwarna putih. Akhirnya terpaksa campur dengan bunga berwarna lain. Bunga yang digunakan adalah Kekwa, Mawar, Orkid dan Baby's Breath.

Baguskan entri Berbahasa Melayu ini? (tak boleh nak buat lawak sangat lah)

Sunday, May 29, 2011

Majlis Pertunangan: DIY Bantal Hantaran

Assalammualaikum dan hai korang...

Rindunyaaa dengan blog ni, dengan readers, dengan BBF, dengan blogwalking. Last week pun satu entri sahaja itu pun entri berjadual. Work is really hectic nowadays. Ada beberapa hari minggu lepas, balik lambat, sampai rumah terus tidur dengan baju kurung, baju kebaya, hahah..dah tak ingat nak mandi dah. Hopefully next week okay sikit.



Bantal hantaran juga Rilla DIY, seperti yang Rilla dah cerita dalam entri ini. Ya, Rilla banyak DIY untuk e-day, save budget dan puas hati. Jadi selepas buat asas bantal hantaran tu, Rilla cover dengan soft textured velvet - material yang sama dengan bantal duduk Rilla. Lepas dah cover, Rilla jahit manik, buat macam jurai-jurai ke hape ntah...hentam sahaja. Lepas tu sangkut kristal bentuk snowflake.




Okay tak? Mata Rilla nampak cantik jek. Sape nak sewa? *mode bisnes lagik*


Rilla baru lepas kira spending untuk e-day hari tu. Agak suprised bila tengok jumlah yang Rilla spend untuk dekorasi hantaran [bantal, fresh flower, bakul, reben etc] hanya dalam RM33.00. Alhamdulillah, jimat. Plus, bantal hantaran tu boleh pakai lagi :D

Monday, May 9, 2011

Majlis Pertunangan: Hantaran Dinda to Kanda {DIY}

Assalammualaikum dan haii...

Entri banyak gambo..nak sangat kan? Hambilll. Kali ni pasal hantaran dari Rilla kepada Kanda pulak.


Ginilah rupanya kesemua tujuh hantaran. Sila klik gambar di atas untuk mebesar bagai juara.



BBF semua masih ingat gambar ni yang Rilla penah post kat group dulu? Ni masa Rilla buat trial hantaran. Lepas tu Rilla post kat BBF mintak diorang pilih. Sudahnya, satu pun Rilla tak buat, hahaha. Bakul masih guna yang sama, cuma Rilla spray pain warna putih, kasi masuk dengan warna tema.


Rilla DIY hantaran Rilla. Mula ingat nak guna artificial flowers sebab Rilla memang tak pernah gubah hantaran sebelum ni, apetah lagi yang menggunakan fresh flowers. Kalau guna artificial, boleh buat awal-awal. Tapi akhirnya Rilla guna fresh flowers jugak.




Nila bunga-bunga yang Rilla guna. Dari kiri: Sweet William, Chrysanthemum dan Orchid. Warna Orchid tu sweet sangat. Chrysanthemum tu sebenarnya Rilla nak cari warna mauve, tapi bila sampai kat rumah dia jadi macam dusty purple. Lighthing dalam kedai lain sikit. Takpelah, hentam sajalah labu.


Kenapa fresh flowers?

Kerana ianya lebih murah dari artificial. Rilla tengok harga bunga dulang RM16.00/pc -mak aih, terkejut makcik. Katalah Rilla ambil yang koman sikit, RM10/pc. Kalau darab dengan 7, dah RM70.00. Kos Rilla beli bunga hidup dan span? Tak sampai RM50.00 ok? Sweet William tu RM20.00/bunch, Rilla beli 1. Chrysanthemum RM11.00/bunch, satu bunch bunga ni banyak gila, Rilla beli 1 jek. Orchid RM5.00/bunch, Rilla beli 3 bunch. Tu pun semua bunga siap berlebih. Tapi Rilla tak buat design yang bunga keliling tu, Rilla buat bunga sejemput-sejemput. First time buat hantaran kan? Buatlah design yang senang sikit.

Jom tengok setiap dulang.




Sireh jungjung yang takde rupa macam sireh junjung sangat. Design ni je yang Rilla letak bunga keliling. Sireh tak sampai 20 keping rasanya, layakkah dipanggil sireh junjung? Rilla cuba buat yang gulung-gulung tu, tapi tercabut-cabut. Sudahnya, Rilla cabut semua sireh yang gulung-gulung tu. Sireh addalah ihsan dari jiran kami - terima kasih Makcik Asiah. Kat tengah Rilla letak lantern dan isi lantern tu dengan bunga rampai. Suka bunga rampai, wangi satu hall. Simple sahaja.

Ayah Rilla tanya benda kat tengah tu ape: 'Along, benda tengah kat sireh junjung kau ni ape? yang macam kat taman tu..ape? Pergola ek?'. 'Gazebo lah, ayah', balas Rilla. Disamakan latern Rilla dengan gazebo?




Seterusnya, mini cakes. Dulang ni pun ada bunga, cuma tak masuk frame. Mini cakes ini ditempah dari Mad About Cake. Sponsored by one of my uncles - thanks Pak Long. The only thing that I don't like about it is that I don't get to eat it. Geram tau. Bukak kotak kek je, bau strawberry semerbak...adoi. Tapi hanya mampu melihat. Sangat puas hati dengan service mereka, delivery on time.




Seterusnya adalah buah-buahan. Rilla letak epal, anggur, strwberry dan plum. Rilla pilih buah-buah ni sebab suka dengan warnanya.




Masih lagi dalam kategori makanan, dulang seterusnya adalah encik coklat bersaudara. Rilla letak Fererro Rocher yang biasa ngan Rodnoir. Lepas tu letak Almond Kisses.




Kain pasang dan butang baju. Butang baju tu mungkin korang tak berapa nampak, tapi Rilla letak dalam frame kecil. Frame tu beli kat SFF, ada magnet kat belakang.




Dulang seterusnya berisi kasut untuk tunang tersayang. Ingat nak bagi stokin sekali, tapi sebab last minute baru decide dan nak cari, tak berjumpa. Kenapa susah amat nak cari stokin lelaki ek? Ke Rilla yang cari salah tempat?




Next - songkok dan sampin songket. Songkok tu beli kat Wisma Yakin. Sampin nilah yang Rilla cakap dalam entri ini. Told you it was a common colour.




Group photo - ni awal lagi ni. Tengah tunggu my side of the family datang.


I have so much fun doing my own hantaran. Rilla buat pagi majlis, start dalam pukul 7 lebih, pukul 11 lebih dah siap. Tu pun sebab Rilla berhenti makan-makan tengok tv. Gubah satu per satu. Selepas siap satu dulang terus letak dalam bilik berhawa dingin. Rilla beli bunga Sabtu pagi [majlis Ahad]. Balik dari Floristika, terus tadah air dalam baldi, letak sebijik panadol dalam air tadahan tu dan masukkan bunga. Kemudian Rilla simpan dalam bilik berhawa dingin.

Tak susah mana pun gubah hantaran fresh flower ni, cocoklah ikut mana pun, tetap akan nampak cantik.

Sekian. Harap korang suka dengan entri ni.

Thursday, May 5, 2011

Majlis Pertunangan: Hantaran Kanda to Dinda

Assalammualaikum dan salam sejahtera [ok, skema]

Hantaran yang Kanda bagi kat Rilla masa E-day hari tu. Rilla mals nak cakap banyak, terus ke gambar je la k.


Kiri: Sirih junjung with fresh flower.

Kanan: Cincin tunang saya. Ye, memang sangat kecik. Semua orang kat office, bila mintak tengok cincin, akan cakap 'halusnya cincin'. But I love it so much. Kejap-kejap belek cincin pastu senyum macam kera dapat bunga. It's a simple solitaire white gold ring. Diamond set in four prongs. Rilla memang sengaja pilih yang kecil kerana 1: Rilla takut nak pakai diamond besar-besar dan 2: Jari Rilla kecik [saiz 8 ok, macam kanak-kanak ribena]. Kalau pakai cincin besar, mak datin sangat pulak.


Atas: Kain pasang

Tengah: Cupcakes. Cupcake yang sedap ni boleh dibeli di Kek <3 Cawan by Farah Hannan. Kat bawah cupcakes tu ada kek lapis Sarawak. Rilla specifically mintak Kanda jangan tulis 'Selamat Bertunang'. Rilla tak tahu la, pendapat Rilla macam kelakar. Kalau tulis macam tu, macam Kanda wish Rilla bertunang dengan orang lain.

Bawah: Handbag dan sunglasses. Pelik gak bagi barang ni time tunang. Patutnya kasut nikah, tapi Rilla tak jumpa yang berkenan di hati. Jadi beli sunglasses sebab sunglasses lama dah patah. Sukar nak drive panas-panas kalau tak ada sunglasses. Beg tu additional. FMIL insisted that I should get a bag too ;p Rezeki jangan ditolak, ahaks.

Hantaran digubah oleh FSIL. Simple tapi cantik amat, I adored it so much.

Thursday, February 3, 2011

Kisah Pemburuan Sampin Songket Kami

Assalammualaikum dan what's up semua.

We're trying to cross everything in our hantaran items list for our engagement nanti. Salah satunya adalah sampin songket. We wanted the sampin in this particular colour. My budget is not big though. Tak mampulah nak belikan Kanda sampin songket riban-riban. So, kami pun mulakan pemburuan kami.

Turns out, the colour we wanted was extremely hard to find, padahal warna common je pun. Semuanya sama ada terlalu gelap atau terlalu terang. Lepastu corak terlampau simple atau terlampau penuh. Dan bila jumpa warna yang sesuai, benang tenun dia pulak warna emas. We wanted the benang tenun in silver. Sampaikan kitorang decide, ok, letak budget ke tepi, cari yang berkenan dulu. Kalau terlebih budget pun Rilla boleh consider lagi.

Our first week of hunting, we went to Jalan Masjid Inda. Mula-mula pergi Wisma Yakin. Sambil tu survey tailor untuk baju Kanda. Pergilah setiap kedai. Found this one sampin, cantik tapi ada gabungan warna lain. We liked it, but didn't loved it. Lepas tu jalan nak pergi Semua House. On the way tu singgah satu kedai India ni. And guess what? We fell in love with this one sampin. Oh, sukanyaaaa. But alas, it was dirty. What a dissapoinment that was. Tak berani beli sebab takut kalau hantar cuci, stains tak hilang camne? Lepas tu masuk Semua House pulak. We did find the tailor for my dress, but again, no sampin :(

Jadi, berakhirlah pemburuan sampin kami untuk minggu pertama.

Second week, we had breakfat together at Pak Li sec. 7 Shah Alam. I love having breakfast there. Ice chocolate+double kaya toast=bliss. Ok, takde kaitan dengan entry. Lepas breakfast, terus pergi destinasi pertama.

Then we went to PKNS dengan harapan setinggi gunung [exaggerate je]. Pusing la tingkat atas PKNS tu. Lepas tu kat hujuuuuuuung sekali terjumpa satu kedai ni. Sampin songket dia affordable dan sangat banyak pilihan. Rila rasa ada la dalam dua ratus pasang sampin kat situ. And we went through their stock. Lama gak membongkok nak cari sampin. Boleh tak dalam beratus sampin yang ada kat situ, kitorang tak jumpa yang berkenan di hati? And so we moved on. Kemudian, masuk satu kedai ni. Sampin dia tak la sebanyak kedai tadi, tapi kitorang tengok jugak.

Then I found this one sampin. The colour was perfect with silver tenun thread and all. At first it seems too gliterry. Lepas tu suruh Kanda tengok bawah lighting biasa [when I first pull it out, it was under a spotlight]. Ok, less glittery. Tapi takpelah kalau glittery sikit pun sebab baju Kanda simple je. Sampin tu pun ada satu je dalam kedai tu. Jadi Rilla tanya Kanda, "suka tak?". Kanda jawab "suka". Opening price was above our budget, tapi the owner bagi diskaun dan harga turun jadi dalam budget kitorang. So I happily paid for it. Lepas tu kitorang rasa lega sangat. Susah tau nak cari sampin ni.


Dalam ni ada sampin Kanda. Kalau nak tengok, korang bukak lah beg tu :D
Bagus kedai ni bagi reusable bag, sustainable gitu.


Rilla recommend kedai ni. Price affordable. The owner and her staff sangat peramah dan baik hati. Rilla letak kad dia kat bawah ni, mana tahu kan kot-kot ada yang nak pergi.



Berita baik kepada sesiapa yang nak tempah baju pengantin, juga boleh pergi kedai ni. Diorang offer package RM700.00. Apa yang anda dapat? Sepasang baju pengantin. Lelaki siap dengan tengkolok, bengkung dan sampin. Perempuan siap dengan selendang/selimpang. The best part is, kain included. Contoh macam gambar kat bawah ni. Gambar ni disnap dalam kedai tu.


Daaa~~~

Sunday, December 12, 2010

Cincin Kanda, Cincin Tunang, Kanda's Watch, DONE!

As-salam readers semua, sihat? Entri pukal ni.

So, December was a productive month for us. We've managed to settle all the rings plus one hantaran item :D Early huh? Given our nikah is one year ahead. So why did we buy this time around, you may ask. Our wedding is moooontthss away, we have plenty of time to buy the rings. Well, it never hurts to prepare early. Besides, if you wanted to buy rings, Christmas season would be the best time. Our Wah Chan SA told us that they gave the best discount during Christmas sale due to the fact that 1: it's Christmas and 2:They need to clear their stock.

So why not wait until next Christmas you ask? I have such a small finger that my rings would have to be re-sized or custom made. Kanda has such a particular preferences that his might have to be custom-made too. So, bila cincin nak tempah-tempah ni selalunya ambil masa 3 minggu. Kalau tunggu next Chrismas, takut tak sempat and we don't want to take the risk.

Panjang pulak ko rant Rilla.

Ok, on to the exciting part. Cincin Kanda dulu lah ek? Kitorang beli masa cuti Awal Muharram hari tu kat One Utama. Memang masa tu tengah ring-hunting. Dan kanda terjumpalah cincin yang beliau suka, melonjak kegembiraanlah beliau. [Susah tau nak cari yang dia suka] But the problem is, the ring is white gold. Camno tu? Tapi SA tu cakap boleh tempah, same design but using white suasa. Oh, we like!

So, kanda's ring would be solid white suasa with matte finishing:Source

Set with 4 small round diamonds, lebih kurang camni:
Source


With engravings on the inside of the ring:

♥ Rilla

Haha, never thought that kanda's ring would have sampai 4 diamond. Tapi somehow cincin tu nampak sweet and masculine at the same time. Mula-mula kitorang ragu-ragu, lelaki boleh pakai suasa ke tak, as suasa contains a little bit of gold. Dalam 10%-20% kalau tak silap. But after confirming with a couple of people and they said ok, kitorang beli je la. Engravings tu kitorang dapat free, yey!

Ok, cincin tunang Rilla pulak. Baru beli tadi ni, kat Mid Valley. Oleh sebab cincin nikah dah banyak diamond, maka cincin tunang kitorang prefer yang satu batu je. In this entry, I did mention that I didn't like solitaire, sebab saya ni ganas, hahaha. Tapi susah la nak cari cincin yang simple but tak solitaire. Sebab banyak design yang solitaire. Yang tak, tak berkenan di hati pula. So, akhirnya, kitorang beli jugak cincin solitaire. I'd love to have the diamond in princess-cut. Tapi disebabkan kitorang nak betul-betul stay on budget, tak dapat la beli yang princess cut sebab selalunya yang princess cut ni yang beriban-riban tak mampu. So beli yang biasa saja, tapi still nampak sweet pada mata Rilla lah. Kanda cakap, janji Rilla suka, Rilla yang nak pakai :D

So, cincin tunang Rilla lebih kurang macam ni, white gold, a small round diamond with 4 prongs. Sebab diamond dia kecik dan ada 4 prongs, diamond dia nampak macam square :D


The funny thing is, we ended up buying all of our rings from Wah Chan, tapi branch lain-lain. Rasa macam sengal pun ada jugak, hahah.

Cincin meminang + cincin nikah: Wah Chan Sunway Pyramid
Cincin nikah kanda: Wah Chan One Utama
Cincin tunang: Wah Chan Mid Valley

Nasib baik cincin tunang siap on the spot, kalau tak, satu hal pulak nak ambil cincin dari 3 tempat. Breakdown perbelanjaan cincin untuk Rilla, Cincin nikah: 78%, cincin tunang: 17%, cincin meminang: 5%

Ok, last but not least, jam tangan untuk Kanda. Sebenarnya jam tangan Kanda is one of the item for hantaran nikah. Tapi sudah beli sebab jam yang Kanda suka tu limited edition. Takut dah habis kang, tak restock, so beli jelah. Rilla kena simpan setahun, tapi at least dah boleh cross satu hantaran item :D

We bought one watch from the Fossil Phillipe S+arck Collection

Jam dari collection ni memang sangat cantik dan smart, worth checking-out. Definitely the priciest item on his hantaran list. Tapi since Kanda punya jam dah rosak, takpelah, beli je. Janji ada kualiti, tahan lama dan kanda suka.

Phew...suka, 4 item dah boleh cross :D

P/S: I did contacted Pegawai Jakim and he said that the hukum for suasa is 'Harus'. On a personal note, kalau was-was jangan beli. Cuma pada yang dah terbeli, takkan nak buang kan, itu kan membazir pulak?

Monday, November 22, 2010

My Ring Hunting Story: Meminang, Nikah Ring Done!

Pada Sabtu lepas [20hb], selepas berjaya membawa pulang trofi kemenangan...

Ok, gambar ini takde kaitan dan berunsur show-off ;p

Kanda and me went to Sunway Pyramid to hunt for our rings. Plannya nak survey cincin di SP dan Mid Valley, kemudian nak beli sabtu ni [27hb]. Kami nak beli 4 cincin terus - cincin belah rotan untuk meminang, cincin tunang, cincin nikah for me and cincin nikah for kanda. Sonang, beli seme sekali, pastu tak payah pikir dah. Isi penting di situ: Sabtu lepas survey, Sabtu ni beli.

Akhirnya kami terbeli cincin meminang dan cincin nikah saya. Huhu, boleh ke "terbeli"? And we only toured SP, tak pergi MV pun, sebab bila dah petang tu, dua-dua pun dah pening kepala. Siap beli panadol actifast lagi. Mungkin sebab banyak sengat tengok diamond? Hahaha.

Kami tawaf satu SP tu, dan situ memang sangat banyak kedai jewellery kan, penat tau dengan peha tergeliat time main futsal lagi. I was determined to have my belah rotan ring made from rose gold. Saya memang lebih suka rose gold berbanding emas kuning. Tapi sangat susah nak cari. Cincin rose gold semuanya berbatu-batu. Last-last kami tempah sahaja. Saya memang dah agak, cincin saya mesti kena tempah punya sebab jari saya kecik, saiz 8. Nasib baik sempat nak tempah, sebab ambil masa 3 minggu.


Saya dah cuba Google cincin yang macam cincin saya, this is the closest that I could find. Saya punya lebih nipis, lepas tu ada jalur white gold kat tengah. Cincin saya juga tak plain macam ni, ada carvings sikit.

Ok on to my nikah ring. Oh, saya sudah jatuh hati dengan cincin nikah saya. Sebelum ni saya berangan nak cincin radiant cut. Tak pun round cut with 4 prongs sebab nampak macam square. White gold semestinya. Tapi tak mahu solitaire. Cik Rilla ganas tau, kalau pakai solitaire, confrim calar-balar kulit nanti, haha. Sudah ditakdirkan daku bukan gadis lemah lembut, nasib baik ada orang nak, huhu.


Lebih kurang macam kat atas ni, tapi white gold. Tapi yang kami beli, bukan seperti yang Cik Rilla dambakan. We fell in love in this one ring. Saya dah try Google, nan ado juga. Ke ko yang tak pandai Google Rilla? Tapi saya jumpa yang hampir serupa.



Tapi diamond saya lebih kecil. Dan jangan terpedaya dengan keblingannya melambangkan harganya. We got ours after 70% discount. Harga asal memang jauh panggang dari api tak mampu. Tapi lepas discount, the price fell UNDER our budget, jadi takkan nak lepaskan peluang kan? The diamonds are not certified though, jadi camno nak apply 4Cs kan? We did survey for certified diamonds, saje-saje. SA siap pinjamkan kitorang kanta khas untuk tengok cutting diamond lagi. Memang la sangat menawan dengan perfect arrows dan kilauan dia. Tak pakai kanta pun memang nampak beza. Siapa-siapa yang mampu, sila beli. But we didnt. Rilla punya personal opinion, it's ok to buy uncertified diamonds if you're not planning to sell it. Tapi kalau untuk investment, harus tau. Cincin nikah saya ni ambil masa 1 minggu untuk diorang resize. Buat casing baru, bukan potong. Saya suka sebab kebanyakkan jewelers hanya potong casing cincin untuk resize.

We're very happy with our decision. Tadi time lunch we meet up and went to SP to settle the payment [Sabtu hari tu deposit saja, mana bawak duit, nak survey katanya]. Dapat free gift crystal and pearls bracelet. Nanti siap dua-dua cincin baru ambil. Cincin meminang siap 14/12/10 [tarikh anniversary kitorang], weee. Tapi akan disimpan oleh FMIL. Kitorang tamo simpan sendiri, takot.

Terima Kasih Wah Chan ^.^

Siap manager dia yang layan kitorang. Boleh kow-tim. Cuma SA kitorang tak fasih bahasa Melayu, jadi komunikasi tidak berapa lancar. Free polishing for life. Overall good service.