Showing posts with label {Fabulous Finds}. Show all posts
Showing posts with label {Fabulous Finds}. Show all posts

Friday, August 19, 2011

{Fabulous Finds} IKEA 2011

Assalammualaikum dan hai semua.

Catalog baru IKEA dah sampai kat rumah.. weee. Actually dah sampai minggu lepas. Rilla je yang terlupa nak buat entry. Tapi tak banyak item yang grab attention Rilla. Cuma Rilla nak share kat sini item-item yang Rilla rasa bermanfaat untuk kita semua selaku Bride to be Malaysia. Eceh.


Socker Plant Pot | RM3.90
Nilah plant pot yang Rilla guna time e-day hari tu. Rilla letak bunga dan susun di kiri dan kanan bantal duduk. Selain itu, boleh juga digunakan untuk centerpiece. Rustic sangat.



Skurar Plant Pot | RM11.90
Lama tau tunggu pasu ni sampai kat Malaysia. If pergi Ikea oversea, pasu ni dah lama ada. I want.



Kvill Frame | RM15.90
Frame ni juga produk baru. Ini frame plastik, bukan kayu. Tapi Rilla rasa still nampak cantik. Boleh la beli untuk deco meja guestbook atau bilik pengantin.


Itu je. Jom shopping.

Tuesday, June 21, 2011

{Fabulous Finds} Tissue Paper Flower

Assalammualaikum dan hai cantiks.

Hari tu Rilla pergi IOI Puchong. Jalan-jalan masuk Daiso a.k.a. kedai 5 ringgit, maknanya setiap barang dalam kedai tu harganya RM5.00. Barang-barang dia semua import dari Jepun. Rilla memang suka lah masuk kedai ni, menggila jadinya, semua barang pun geram tengok. Masa tu ajak kanda masuk sekali, dia pun menggila, lama sungguh dia membelek barang-barang kat bahagian aksesori kereta. Macam-macam ada kat kedai ni, dari peralatn rumah, alat tulis, sampai la aksesori haiwan peliharaan. Bak kata pepatah, macam-macam ada.

Rilla tahu ramai B2B kat luar tu yang tengah gila dengan tissue flower atau paper flower. Rilla jumpa material untuk buat benda ni, khas untuk yang tak berapa rajin nak DIY from scratch. Kenapa? Sebab dia dah potongkan kertas dan ikatkan dawai. Jadi, beli you all beli, tinggal kembang-kembangkan jek.


Boleh didapati dalam pelbagai warna. Rilla beli warna putih.

Sepeket ni boleh dapat 14 kuntum bunga sebesar piring yang guna untuk minum teh tu. Eh, bukan guna piring untuk minum teh, piring yang datang sekali dengan cawan untuk minum teh. Bunga dia kembang semangkuk je. Rilla beli sepeket, saja menggatal. Agak mahal sebenarnya, sebab RM5.00 dapat 14 kuntum jek. Kira sekuntum dalam 36 sen. Kalau banding dengan made from scratch la. Tapi macam yang Rilla cakap, untuk mereka yang tak berapa nak rajin atau yang tak cukup masa.

Daiso ni banyak cawangan. Yang kat IOI tu memang besar. Yang dekat The Curve pun besar jugak.

Dah.

Wednesday, December 8, 2010

{Fabulous Finds} Mason Jars

As-Salam readers kesayangan Rilla semua.

Mason jars - the superstar of wedding decor. Sebab dia sangat flexible jadi westerners banyak guna untuk decorations, tak semestinya untuk weddings saja, untuk benda lain pun boleh jugak. Tapi kenapa la mason jars ni payah benar nak jumpa kat tanah tumpah darahku ini?

TAPIIIII, Cik Rilla berjaya menjumpainya semasa berjalan-jalan di Subag Parade waktu lunch. Office saya sebelah Subang Parade and Empire Subang, shopping dan window shopping waktu lunch adalah kebiasaan. Cane nak kumpul duit cani? =.= Ok, dah melalut, kembalilah kamu kepada topik yang sebenar, wahai Rilla. Time Rilla jalan-jalan dalam Parkson, terserempak la dengan encik mason jar sekalian. Excited sangat, dalam hati cakap "harus kukhabarkan kepada B2B blogers dan readersku". Tangkap gambar pakai handphone saja, maaf kualiti tak hebat. Ada banyak saiz dan design.


Yang Rilla tengah pegang tu RM9.90 yang besar sikit kat belakang dia tu RM11.90


Yang ni kecik sikit tapi design lain. Yang saya tengah pegang tu berharga RM6.50. Yang besar sikit RM7.50


Ni yang lagi besar. RM8.90 dan RM10.50 [atau RM8.50 atau RM10.90, tak ingatlah, haha].

Sekarang ni ada discount, 20% if I remember correctly. But still a bit pricey kan? Rilla suka yang macam gambar first tu, tapi kecik sikit. Rilla kan verangan nak buat Cupcake-in-a-jar time E-day nanti.

Kegunaan lain Mason Jars

Macam yang semua B2B dah tahu rasanya, Mason Jar lantern:


Yang ni sweet, mason jar vase/chair deco:
DIY Chair Flowers by Ruffled


Now this one is cool, and cheap:

Quick and easy temporary LED garden lights by Evil Mad Scientist Laboratories


As centerpieces:
Bottled Picture Centerpiece by My DIY Wedding Day

Kalau ada sesapa yang jumpa lagi murah mohlah kita bersharing-sharing. A cheaper alternative would be IKEA Ratjan spice jar priced at RM7.50/4 pcs. Tapi size dia tu kecik la sikit.

Tuesday, November 16, 2010

{Fabulous Finds} Small Hole Puncher


Hole puncher pon ko nak buat entri Rilla? Hahaha

Macam yang Liyana pernah tulis, this type of puncher memang susah nak cari. I've been searching for it for quite some time too. Yang jumpa pun, single puncher yang size biasa tu. Susah nak cari yang lubang kecik. Merata Rilla cari, Kinokuniya, MPH, Jusco, kedai stationery biasa, merata-ratalah. At long last, Rilla jumpa Kat Setiawangsa. Jumaat lepas bawak adik pergi klinik, sebelah klinik tu ada kedai stationery, saja-saja masuk, then jumpa puncher ni. Sangat hepi. Harga RM6.90. Hole size: 4.5mm.

Saja buat entry ni sebab mana la tau ada B2B lain pun cari puncher ni jugak, boleh pergi kedai ni:

Paper N Pen

2nd Floor, Wisma Prima-peninsular,
Jln Setiawangsa 11, Taman Setiawangsa,
54200 Hulu Klang, Selangor

Map:

View Larger Map

Kedai ni, hari-hari pun bukak, so no problem kalau nak datang Ahad pun.


❁ Update 27 December 2010❁

Rilla dah jumpa hole puncher yang lagi kecil dan murah. RM3.90 di Jusco AU 2.

Monday, September 27, 2010

{Fabulous Finds} Lugage

Lugage? Apekah kaitannye ngan wedding? Memang takde kaitan berkadar langsung ye para pembaca sekalian. Tapi kaitan secara tak langsung. Pergi honeymoon kan bawak luggage. Last week saya kena outstation sehari untuk pergi buat briefing. Saya dalam dilema kerana memang takde beg yang sesuai untuk pergi trip setakat sehari je. Nak bawak harvest-sack [beg gi camping yang banyak tali tu] besar sangat, beg laptop, kecik sangat - letak telekung je dah kembung, belum letak air, makanan bagai.

Hari tu pergi buat briefing bawak beg laptop biasa, isi telekung nampak macam bawak tembikai [exaggerate]. So the night before my flight tu baru la saya terhegeh-hegeh gi cari be [procastinator tak?]. Nak cari yang ada roda macam beg sekolah Barbie itu, penat kot kehulu-kehilir menyandang laptop. So round Jusco, jumpa la yang cantik, but takdela betul-betul berkenan. Average price, RM400.00. Mak aih..my budget around RM200.00++ je.Berkira-kira nak beli ke tak. Last-last, tak beli pun.

Then tekad pergi Carrefour, kalau ada, ada lah. Kalau takde, terpaksa la bawak dua bijik beg. Then, look what I've found:


Beg American Tourister di Carrefour? Oh, seperti tidak percaya saja. Kepada yang belum tahu, American Tourister ni adik beradik Samsonite jugak, same company. Ada offer tau. SA cakap, normal price dia RM500.00, but guess how much the promo price is? RM222.00! :D Hangkut beg ni, terus pegi kaunter. Saya sorang je beratur tengah-tengah orang beli sayur, susu, barang rumah kat kaunter ekspress nak beli beg pada pukul 10.00 malam. Mari kita tengok kebestannya:



Ade kunci tahu


Compartment yang paling depan


Compartment tengah


Main compartment


Ia juga didatangkan dengan 3 beg kecik ni: 1.cord pouch 2.Clear pouch [saya buat isi make-up] 3.Document holder [untuk letak pasport, pen, dokumen kecik]


The best part? Comes with a 3-year warranty. Kalau rosak, pergi sahaja mana-mana cawangan Samsonite untuk redeem. So far, saya amat puas hati pakai beg ni. Handle dia tak tersekat-sekat pun. Lancar je bila tarik naik dan turun. Best. Ye, ni beg untuk kerja, but there's a lot of other American Tourister models suitable for your honeymoon travelling kat Carrefour, mugkin B2B boleh cekkidaut? [Rilla pergi Carrefour Wangsa Maju].

Lagi satu, yang ini Rilla jumpa masa trip Rilla ke IKEA minggu lepas. Toilleteries pouch. Dah lama cari benda ni. Pernah juma dekat Parkson, different design but same function, tapi harga? A staggering RM100.00++ IKEA's price? RM19.90 hoke.



Ailoike

Monday, September 20, 2010

{Fabulous Finds} IKEA

Last Friday I was on a helf day leave. Saje je amik half day sebab tau, mesti takde mood nak kerja full day punya. So, at 1 pm, I drove out and went to IKEA to satisfy my meatballs craving. Sangat mengidam meatballs sejak dari bulan puasa hari tu. Guess what, diorang dah update stock baru with new price, biaselah, bulan September kan? Pergi sana, tengok katalog baru dah keluar, but belum sampai kat rumah.

Kalau pergi IKEA tak berangan, tak sah, hahaha. Kanda pun datang sekali hari tu lepas dia habis kerja. Berjalan-jalan lah kami. Rilla sempat snap a few pics on items yang Rilla rasa menarik. But on Saturday, tengok-tengok, katalog tu dah ada kat rumah. Weeee, I loved reading and browsing through IKEA catalogue. Jom tengok ape barang yang best:



RAJTAN spice jar: RM 7.50/4 pcs.
Tahun lepas RM 9.90 tau, tahun ni turun harga, so about RM 1.88/pc. Tau ramai B2B suka jar ni untuk buat favours kan?




ROTERA Lantern for Tealight: RM 14.90/pc
Tapi price ni untuk 6-19 December 2010 je tau. So sape-sape ada niat nak beli lantern ni, tunggu December k. Also available in white and black. Boleh guna untuk deko meja makan beradap atau bilik pengantin.




STRANNE floor lamp: RM 179.00/pc
Rilla sangat suka lampu ni, sebab dia pakai LED, which consume less energy [about 70% lesser, banyak tau] and last longer than odinary bulbs. Lampu ni pun cantik. Boleh letak kat bilik pengantin, pastu boleh guna for your newlywed nest nanti.



STRANNE table lamp: RM 149.00/pc
Ni adik dia, version table lamp pulak.




SOCKERÄRT vase: RM 25.00
Vase ni boleh juga digunakan sebagai jag air. Comel je kalau letak fresh flowers dalam ni.


So B2B KL, moh kita ke IKEA. Yang luar KL jangan lupa singgah kalau turun KL k? Sementara tu, boleh jamu mata tengok IKEA Catalogue 2011 ni.